Archive for May, 2007
Okey, aku tahu tajuk di atas banyak salah dari segi tatabahasa dan makna.
William Hubben dalam buku The Prophets of Our Destiny (kalau tak silap aku, itulah tajuknya - boleh dibeli di Kinokuniya) menyenaraikan penulis-penulis berikut sebagai The Four Horsemen Of Apocalypse. Mereka adalah Fyodor Mikhailovich Dostoevsky, Friedrich Wilhelm Nietzsche, Søren Aabye Kierkegaard dan Franz Kafka.
Antara lain secara langsung atau tak langsung mereka berkait rapat dengan idea existentialism serta banyak benda-benda berkaitan. Hasil kerja mereka mempengaruhi ramai penulis-penulis yang datang kemudian.
Okey, aku tak mahu menulis panjang mengenai buku itu, mereka atau idea-idea mereka sebab aku sendiri masih tak faham sepenuhnya. Aku sendiri tak berapa faham, macam mana aku hendak ceritakan kepada kamu semua.
Lantas, mengambil inspirasi dari senarai itu maka;
Aku menyenaraikan 4 horsemen of Apocalypse yang BAKAL mengkucar-kacirkan dunia sastera Malaysia. Adapun senarai aku ini bersifat hiburan dan tiada kaitan dengan sebarang idea filsuf. Maka aku berharap tiada orang yang tiba-tiba mengadakan forum di mana-mana membincangkan tentang 4 penulis ini. Buang masa anda sebab mereka tiada karya hebat (malah ada yang belum terbit apa-apa pun).
Macam aku tulis tadi, BAKAL
Ini dia:
Aku agak, ramai penulis yang bercita-cita untuk menghasilkan 'magnum opus' seperti yang pernah Tolkien buat. Atau mungkin mahu menjadi seperti David Eddings. Atau paling dekat dengan Ahmad Patria Abdullah, jaguh karya fantasi negara kita.
Kita tengok artikel berikut bagaimana dan apa yang harus anda letakkan dalam karya epik fantasi anda. Tapi aku sebenarnya lebih banyak ketawa bila membaca artikel itu. Mungkin si penulis mahu bersifat sarkastik. Mungkin dia benar-benar jujur. Apa pun, memang ciri-ciri itu banyak dalam novel epik fantasi (tak semua). Mungkin klise, mungkin 'lame', apa pun itulah dunia epik fantasi.
"Gonzo" adalah cerita pendek yang aku tulis di dalam terbitan Kalashnikov.
Gonzo juga jatuh dalam kelas cerita pendek (yang pernah diterbitkan atau bersarang dalam hard-disk komputer) yang aku suka dan puas tatkala usai menulisnya. Walau mungkin, dari kaca mata ramai karyawan, cereka nukilan ini lemah dari banyak segi. Tapi sebenarnya aku berharap lebih ramai cuba melihat lebih jauh dari itu.
Aku tergerak menulis perihal Gonzo selepas mengetahui seorang pembaca memahami apa yang cuba aku kiaskan.
Beginlah, aku ceritakan bagaimana dan kenapa aku mahu menulis Gonzo.
Ilham itu datang selepas aku mencuri-baca buku milik teman rumah aku. Buku yang aku sudah lupa tajuknya hasil karangan penulis Hunter S. Thompson. Aku menilik idea dari mindanya. Kemudian aku cuba berkenalan dengan penulis itu, menerusi maklumat-maklumat yang aku boleh dapat dari sibermaya (wahaha). Datang pula adaptasi filem dari buku Fear And Loathing In Las Vegas (buku yang aku curi baca itu bukan buku Fear... ini), dan seterusnya, aku membaca Gonzo itu sendiri.
Ramai penulis mesti bercita-cita hendak menjadi penulis sepenuh masa. Uniknya dunia penulisan ini ialah si penulis itu datang dari banyak lapisan kerjaya. Ada kita dengar doktor menulis novel, ahli kimia menulis puisi, jurutera, pegawai pemasaran dan ramai lagi. Mereka ini, kalau bukan semua pun, ramai yang mengimpikan untuk berhenti dari kerja siang mereka dan menumpukan kepada penulisan.
Pendek kata, melainkan mereka itu anak kepada hartawan yang namanya dalam senarai 'orang kaya', mahu penulisan menjadi sumber sara hidup masing-masing.
Aku teringat kata-kata Puan Ainon semasa menghadiri kursus hari itu:
"Kenapa penulis tak boleh jadi macam penyanyi dan pelakon? Penulis yang mata pencariannya hanya menulis?" seperti penyanyi dan pelakon yang memang bergantung penuh kepada kerjaya itu. Tak ramai penyanyi yang ada kerja lain bukan? Tidak seperti penulis yang masih ramai bekerja makan gaji, merasakan hasil penulisan itu tidak cukup untuk menjayakan hidup.
Aku pun ada impian yang sama.
Tapi...
Bila difikirkan balik, secara teknikalnya, istilah "penulis sepenuh masa" itu kena juga dengan aku.
Sebab kerja aku di pejabat pun menulis artikel majalah.
Okey, aku kena ubah sedikit impian aku;
Aku mahu jadi penulis novel sepenuh masa.
Hait!

