Archive for May, 2007
Aku rasa majoriti perempuan Melayu sudah bertepuk tangan dengan hero mereka.
Baca link ini: Lelaki Melayu Bermasalah
Aku setuju. Betul, aku setuju.
Aku dapat cerita kelakar ni dalam e-mel.
Biasalah, e-mel mana pernah nak beritahu sumber asal lawak ni.
Kalau tuan empunya lawak atau sesiapa yang tahu dari mana lawak ini dicipta, boleh beritahu aku di ruangan komen.
Okey, ini lawak dia;
Duit seringgit telah bertemu dengan Duit Lima Puluh dan bertanya "Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".
Paris Hilton adalah ikon kepada perempuan bangang. Jangan salah sangka, aku tak kata dia jahat, aku tak benci dia, tapi itu tidak menafikan fakta bahawa dia adalah ikon perempuan bangang.
Kemudian, ada pula si bangang yang buat petisyen ini. Bayangkan ada manusia buat petisyen untuk perempuan bangang, menjadikan dia dua (atau lebih) bangang dari si bangang tersebut.
Oh, aku ingat era orang darjat/pangkat besar terlepas dari hukuman hanya pada zaman feudal atau zaman-zaman Raja/Sultan dulu.
Rupanya sekarang pun sama.
Apa kata nanti aku buat macam tu juga. Memandu mabuk lepas tu buat petisyen suruh lepaskan aku.
Lepas tu ada pula suara jerit "Kau siapa nak buat petisyen, Paris Hilton tu kaya".
Oh, kalau anda nak hidup zaman feudal lagi, silakan. Tiba-tiba mengamalkan prinsip "Aku lahir macam ini lalu aku kena terima semua sampah-sampah hidup ke atas aku seraya aku kena sembah orang yang ada pangkat besar sebab mereka boleh buat apa sahaja".
Semacam "Oh, mak bapak aku sampah, maka aku sampah, jadi aku kena ikut cakap-cakap keturunan intan berlian"
Lebih baik kamu duduk di tengah jalan beri lori langgar badan kamu tu. Tak guna hidup pun.
Kaya ke, cantik ke, berpangkat besar ke, bangang tetap bangang. Peduli apa aku miskin dan tak hensem. Tak ada aku nak puji orang pangkat besar tapi tak hormat orang lain.
Bodoh!
Sekian entri kemarahan aku hari ini.
Aku tak tunggu filem Harry Potter terbaru sebab naluri aku mengatakan filem itu tidak akan memuaskan nafsu serakah aku seperti mana Alfonso Cuaron buat dalam Prisoner Of Azkaban.
Ada satu filem fantasi lain yang aku tunggu.
The Golden Compass yang diadaptasi dari novel tulisan Philip Pullman.
Sini boleh baca mengenai filem itu. a.k.a aku malas menaip.
Kemudian kamu pergi ke laman web rasmi. Main game di situ dan dapat seperti yang aku dapat.

Ayuh!

Peh, bapak cool gile poster dia.
Err, aku tidak bercerita mengenai roh yang keluar dari jasad.
Aku cuma mahu kasi link SensaOil ini.
Lelaki - sila belajar.
Tagline dia bikin perasaan aku bercampur baur. Hendak ketawa atau menangis?
"Isteri Anda Pasti Terkejut Suka!!! (Ya, dengan TIGA tanda seruan hatta TIGA kali POWER!!!"
Wakakaka, aku bayangkan isteri si pengguna minyak ni terjeirt-jerit suka. Maklumlah, alat pemuas nafsu mereka kini sudah "power!!!"
Okey, nanti ada pula yang hantar hate-mail pada aku.
*Sesiapa yang sudah cuba, jangan karang pengalaman anda di sini. Aku tak mahu tahu.
