Archive for June, 2007

29
Jun

LANUN, POLIS DAN ROBOT TUKAR-TUKAR

   Posted by: nazri   in Filem

Sinambungan dari konsep ulasan filem berkumpulan dari blog lama aku:

Tapi lebih ringkas.

PIRATES OF THE CARIBBEAN: AT WORLD’S END

pirates3.jpg

Ada beberapa babak yang aku suka seperti semasa Jack jumpa ketam batu.Tapi secara keseluruhan, entah le, bukan tak bagus, cuma filem kedua sudah dibina untuk filem ketiga, tapi akhirnya?

Apa kejadahnya lanun-lanun lain boleh tengok saja Black Pearl berperang?

Aku jangkakan ada perang lanun-lanun yang besar.

Calipso atau apa ntah nama perempuan yang jadi besar itu, aku peduli apa,

Davy Jones, aku peduli apa,

Elizabeth dan William Turner, aku peduli apa,

Johnny Depp…wauuu!

Secara keseluruhan,

Hampeh!

HOT FADZ FUZZ

hot_fuzz.jpg

Filem paling best tahun ini (setakat bulan Jun), dari semua genre.

Dari kumpulan yang sama dalam filem Shaun Of The Dead.

Adegan hero buat flying kick terajang nenek tua merupakan masuk dalam senarai adegan cool filem yang pernah aku lihat. Nota kepada moralis: aku tak promote menderhaka kepada orang tua.

Lawak orang-orang British lagi best dari lawak-lawak orang Amerika. Juga hayati ‘kemewahan’ filem ini yang dibuat bersungguh-sungguh oleh sang pengarah dan penulis skripnya. Terlalu banyak trivia di dalamnya. Selepas tonton di panggung, kamu kena beli DVD dan tengok satu persatu ’small details’ yang diletakkan.

Edgar Wright dan Simon Pegg, kamu genius!

TRANSFORMERS

trans.jpg

Baiklah, filem ini memang menghiburkan, aku tahu, aku tahu. Berbaloi untuk kamu pergi. Aksi robot tembak manusia, manusia tembak robot, robot lawan robot, robot tukar jadi kereta, kereta tukar jadi robot, Vending Machine tukar jadi robot, semuanya memang buat aku cakap “whoaaaaaaaaaa!!!”

TAPI

Tarnsformers mungkin dilihat gah sebab tak ada filem blockbuster kategori Giant Robot sebelum ini.

Maka kalaulah Transformers keluar selepas, ambil contoh, GUNDAM, Robotech, Giant Robot dan sebagainya, aku rasa orang akan kata filem ini sekadar…”okeylah”.

Transformers akan senasib dengan Fantastic Four yang mungkin akan kelihatan gah kalau filem Batman dan Spider-Man tidak pernah dihasilkan.

Jangan salah anggap, hasil kerja Michael Bay ini tetapi berbaloi duit kamu. Rasanya.

Cuma…adeh, ya lah ya lah, pop-corn films memang kena macam tu kan.

Sigh, aku takde kawan yang akan bersetuju.

25
Jun

SIRI FAIZ DAN AYAHNYA DALAM KISAH: HERO

   Posted by: nazri   in Tulisan

“Itulah dia, propaganda Amerika!” ayah Faiz menutup televisyen sambil terus membebel, “kalau filem diorang je, mesti diorang hero, mesti askar diorang paling hebat, mesti polis diorang yang paling baik, mesti diorang yang selesaikan semua masalah”

Ayah Faiz baru selesai menonton sebuah filem Blockbuster Hollywood yang mengisahkan seorang tentera Amerika yang berjaya menyelamatkan dunia dari ancaman serangan nuklear serta memperlihatkan kedunguan negara lain dalam mengatasi konflik.

Faiz yang sedang asyik di depan komputer sekadar tersenyum dan menggelengkan kepala. Ini bukan kali pertama ayahnya meluahkan sentimen anti-Amerika. Tapi dia sendiri tidak mahu melayan sangat karenah ayahnya malam ini, dia ada kerja yang perlu diselesaikan.

“Masih belum siap lakon-layar tu?” soal ayahnya tiba-tiba.

“Ya ayah, Faiz masih tak tahu samaada nak matikan karakter hero di akhir cerita atau tak.”

“Matikan hero? Kenapa mesti matikan hero? Bukankah hero itu orang Melayu yang sedang melawan pengganas Amerika? Kita mesti tunjuk hero Melayu kita kuat! Hero kena menang. Barulah jadi sumber inspirasi kepada penonton-penonton Melayu kita!” hujah ayahnya bersemangat.

“Tapi, bukankah nanti cerita saya akan nampak sama sahaja seperti filem yang baru ayah tengok tadi? Bukankah nanti cerita saya juga akan dicop propaganda?” Faiz mengusik ayahnya sambil terus tersenyum.

“Itu Amerika. Amerika memang jahat. Masuk neraka punya. Kita orang Melayu, orang Melayu masuk syurga,” balas ayahnya sambil masuk ke dalam bilik.

TAMAT

21
Jun

MIMPI

   Posted by: nazri   in fantasi

Aku mimpi dalam dua bulan lepas (rasanya)

elyana-01.JPG

::

::

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam mimpi itu, aku nampak dia.

Aku cuba berbual dengannya,

Dia cuba juga berbual denganku,

Dalam mimpi aku mendengar,

Mungkin mimpi gunanya mengindahkan kita,

Jadi mungkin juga aku tak perlu percayakan mimpi,

::

::

elyana-02.JPG

::

::

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan aku nampak bayang-bayang dia.

Mujur ia cuma mimpi,

Kerana tampak, lebih baik mimpi dari realiti.

::

::

::

Mungkin, dalam dimensi lain, dalam alternate reality, aku adalah tapak sulaimannya.

 

 

19
Jun

RETRO: CINTA DEWA DEWI

   Posted by: nazri   in karya

Sebuah fiksyen pendek yang aku tulis dalam blog lama (24/03/2005)

Saja, mahu retro;

::
CINTA DEWA DEWI

::
Seorang dewa yang memerintah dunia di bawah dunia. Seorang dewi yang menghuni dunia di atas sana.

Tiadalah pernah siapa jangka yang mereka akan bertemu muka, walaupun hidup berlainan dunia, lantas si dewa terpesona dengan kejelitaan si dewi. Hati tergerak untuk mengenali dengan lebih dekat siapakah gerangan wajah rupawan yang membuatkan jantung berdegup kencang. Tertarik untuk menjadikan si dewi sebagai teman hidup selama mungkin.

Tiadalah dapat digambarkan lagi bunga-bunga riang si dewa bila mengetahui rupanya si dewi juga turut tertawan dengan kejaguhan sang dewa memerintah alam sana. Lumrah dewi seperti tentunya amat berbangga berdiri disamping seorang dewa yang amat gagah dan disegani. Dalam malu, dewi bermain madah dan menerima cinta asmara sang dewa.

Waktu itu, masing-masing bagai tidak mahu berpisah, terasa seperti tiada perkara lain yang lebih penting dari memaut rangkulan kasih cinta.

Read the rest of this entry »

18
Jun

SHOPPING PENGUIN

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku ditanya kenapa tak up-date.

Jawapan: Aku tak tahu nak tulis apa.

Jadi untuk menampakkan seolah-olah aku rajin up-date, nah, aku letak cover novel yang sedang aku baca, di beli di Kedai Jualan Buku (baca: MURAH).

The Man In The High Castle oleh Philip K. Dick

Cerita mengenai alternate history, membayangkan bagaimana kalau tentera berikat kalah Perang Dunia Ke-2. Jerman dan Jepun naik sebagai kuasa besar dan menguasai dunia.

Aku beli dengan harga RM12. (Ya, riak). Peluang aku untuk memiliki buku hanya datang ketika jualan murah. Aku sudah pasti sekali tidak mampu membeli buku-buku di Kinokuniya atau MPH (Junx Bookstore juga mahal). Selalunya buku-buku bagus telah disambar oleh orang-orang yang datang lebih awal. Tapi aku sendiri tak pasti kenapa begitu banyak buku-buku yang bagus masih ada di rak ketika aku sampai, yakni tatkala sudah dua minggu jualan murah ini berlangsung.

Ohh, aku fikir mungkin semua orang sudah pun mempunyai buku-buku itu (baca: aku lambat).

Berikut adalah beberapa lagi buku yang buat hidup aku bahagia, buku-buku ini (partially) aku baca dengan kaedah Gutenberg (kecuali Animal Farm, aku pinjam). Maka memiliki buku-buku non-Gutenberg jelas sekali memberi sedikit sinar bahagia kepada hidup aku yang kadang kala kelam dan kadang kala menghairahkan. Terima kasih kepada jualan murah Atria yang membuatkan orang miskin seperti aku mampu memiliki banyak buku. Achoy!

Kandang Babi

Nota Bawah Tanah dan Bergu

Buat Jahat Tanggung Sendiri

Dan disebabkan aku tak bawak duit lebih, aku terpaksa letak balik The Trial (Kafka), The Outsider (The Stranger) (Camus) dan Clockwork Orange (Burgess).

Takpe, aku dah sorok di tempat orang tak boleh jumpa. Nanti aku datang balik beli.

13
Jun

IKLAN RIBENA

   Posted by: nazri   in jurnal

Iklan Ribena tahun 1985. Aku rasa untuk iklan UK.

Aku tidak bekerja dengan syarikat Ribena occay! Cuma minat dengan minuman itu.

12
Jun

CINTA HATIKU - WILLOW ROSENBERG

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku memang jatuh cinta dengan ramai perempuan, yeap, betul.

Tapi ada seorang perempuan yang masuk dalam senarai dewi cinta aku. Dia yang tertinggi. Sempurna (lebih kurang), dia layak duduk di puncak paling atas, bersama aku, menyulam cinta-cinta abadi.

Nama gadis itu adalah Willow Rosenberg.

Okey, dia adalah karakter fiksyen. Tak wujud, bla bla bla. Peduli hapa aku?

Read the rest of this entry »

8
Jun

ALAN MOORE

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku tak pernah terfikir Alan Moore sudi ditemuramah dalam rancangan TV.

Mamat rambut mullet ini tak sesuai langsung temuramah ‘living legend’ ini.

::

Banyak isi video ini mengenai magic, worship, religion and few sensitive stuff.

Alan Moore, adalah salah seorang hero aku.

(Okey, manusia sempurna sila nyah dari blog aku)

4
Jun

MASKARA - SELEPAS

   Posted by: nazri   in maskara

Acara “Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita suka” atau nama pendek, Maskara telah selamat berlangsung pada hari Sabtu, 8:30 malam.

Apa yang berlaku pada malam itu?

Kredit Gambar: King Binjai

Puja-Puja, Kredit Gambar: King Binjai

Read the rest of this entry »

1
Jun

DONIA

   Posted by: nazri   in jurnal

Tuan Tanah* memberi komen ini dalam entri Lelaki Melayu Bermasalah

“Perempuan Irish memang ada mengadu yang lelaki Irish tak gentlemen. Tak macam lelaki Itali.

Donia… donia…”

Aku terbayangkan insiden ini yang mungkin berlaku serentak:

MALAYSIA

Faridah:

Lelaki Melayu memang sial. Kau tahu, Dina, tadi si Azman ______________ (sila masukkan satu perangai buruk yang sesuai). Tak macam Robbie** (dia berasal dari Ireland dan menetap di Malaysia untuk bekerja sebagai konsultan), dia ___________ (sila masukkan satu perbuatan baik yang sesuai). Kenapa lelaki Melayu tak macam lelaki Ireland hah?

Dina:

Lelaki Melayu, semua sama je! Ptuih!

::

IRELAND

Helena:

Stupid, stupid Irish men! Charlotte, do you know, Robbie** ______________ (sila masukkan satu perangai buruk yang sesuai), why can’t he be like Francesco*** (dia berasal dari Itali dan menetap di Ireland untuk bekerja sebagai pereka grafik). Francesco _______________ (sila masukkan perbuatan baik yang sesuai). Why Irish men never learn from Italian men?

Charlotte:

Heh! Those feckin Irish Man! Worst men on earth!

*Tidak, Tuan Tanah bukan perempuan Melayu yang tinggal di Malaysia dan cuma kenal lelaki Ireland dua tiga minggu atau pun melalui pembacaan dan filem-filem Ireland. Beliau adalah perempuan Melayu yang duduk di Ireland dan bercampur dengan orang-orang tempatan.

**Nama panjangnya adalah Robbie Keane (tiada kaitan dengan pemain Spurs)

***Nama panjangnya adalah Francesco Totti (tiada kaitan dengan pemain Roma)