ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for July, 2007

Mat Jan beri aku link berikut, 10 tips yang amat mudah untuk kalian jadi penulis yang bagus.

Tidak perlu kos yang mahal, tak perlu ruang yang besar, peralatan yang canggih.

Cuma perlu ikut 10 tips itu.

Aku percaya, kalian akan jadi sehebat Nazmi Yaakub :P

Ini tips yang boleh kamu ikut:

 10 Steps to Becoming a Better Writer

Ada alasan lagi?

Aku berpeluang bertemu dan berbual dengan seorang 'orang besar' dalam dunia penerbitan buku dan novel.

Satu ayat dia yang bermain dalam kepala otak aku ialah "kami sedang mencari karya yang lain dari yang lain"

Okey, kita tinggalkan sebentar perkara di atas.

Aku juga pernah berbual (YM) dengan seorang teman perempuan, yang mengeluh kerana karya-karyanya ditolak oleh penerbit. Sudah tiga novel karangannya gagal untuk dibawa ke-mana-mana.

Dia seorang yang berbakat. Tulisannya lari dari gaya klise penulis perempuan. Temanya bukan seperti tema yang berderet di rak buku Melayu. Tambah lagi, kalau Indonesia ada Ayu Utami, Malaysia ada dia, sampai begitu sekali aku mengangkat teman yang jauh lebih berbakat dariku.

Satu lagi ayat yang bermain di fikiran aku bila ada penerbibt bertanyakan kepada teman itu, "ada orang akan bacakah karya awak? Awak ada peminat tak?"

 Itu, adalah soalan yang paling bangsat pernah aku dengar dari mulut penerbit. Ayat yang mungkin hampir sama pernah J.K Rowling dengar bila buku pertama Harry Potter menghadapi masalah ditolak oleh banyak penerbit. (Sekarang penerbit-penerbit itu boleh jilat ludah mereka).

Apa relevannya dengan cerita pertama? Relevannya ialah, sama seperti banyak hal, ayat  "kami mahu cari lain dari yang lain" itu  sebenarnya tidak menggambarkan maksud yang sebenar. Nah, si teman ini unik gayanya, segar temanya, tapi kenapa masih ditolak?

Kadang-kadang aku tersengih sendirian bila mendengar ucapan-ucapan dari orang-orang besar ini, bila bersungguh-sungguh bercerita tentang perjuangan sastera, tentang mencari penulis besar Malaysia, tentang apa sahaja. Tentang mahu unik, tentang itu, tentang ini. Tentang menerbitkan karya agung.

Itu cuma omong promosi. Marketing bak kata bahasa orang yang pernah menjajah Tanah Melayu. Kembalikepada perkara pokok, karya yang dihantar hendaklah mengikut selera perut mereka juga, yang kadang kala betul, dan kadang kala...salah...

Apa pun, teks ucapan itu bukan mereka yang tulis pun.

 Untuk nota kecil, isu ini bukanlah isu Malaysia sahaja. Mungkin kalau aku berada di Amerika, peluang untuk melihat karya aku berada di rak buku jauh lebih rendah dari sini. Mungkin.

Aku ucapkan selamat berjaya kepada teman tersebut. Moga-moga dia dapat menjadi setanding Ayu Utami suatu hari nanti.

simpsons_movie_ver4_001.jpg

The Simpons Movie dibuat untuk peminat yang sudah ikut siri TV sejak berbelas tahun dahulu dan untuk budak-budak yang dilahirkan lambat beberapa tahun (baca: peminat baru). Lawak-lawaknya boleh dihadam oleh sesiapa sahaja.

Satu kejayaan Simpsons adalah menyuntik rasa cool dikalangan orang-orang yang meminatinya. Ia adalah simbol rasa anarkis, berontak dan keterasingan budak-budak muda yang mahu dinilai unik dari masyarakat sekeliling. Dan The Simpons adalah kartun berani menghina sesiapa sahaja yang mereka suka (mungkin tak sehebat South Park, mungkin la).

 

lisa-simpsons.jpg

The Simpsons adalah apa yang terkandung dalam darah aku sekarang. (baca: aku cool).

 

 

Read the rest of this entry »

Aku sempat meronda-ronda di MPH Midvalley. Selain meninjau buku-buku, aku ternampak carta 10 novel Bahasa Melayu (Malaysia?) terlaris di MPH.

Kesimpulannya?

Dari senarai 10 tajuk terlaris itu;

3 darinya mempunyai perkataan Kasih

3 darinya mmepunyai perkataan hati

3 darinya mempunyai perkataan rindu.

Nah, pastikan jika kamu sedang menulis sebuah karya fiksyen sains agung pun, mesti ada salah satu perkataan di atas.

"Saya sedang menghasilkan sebuah novel mengisahkan seoang budak lelaki yang masuk ke sebuah sekolah ahli sihir dan berkawan dengan budak-budak yang belajar sihir. Saya namakan novel tersebut HATI SEORANG MIGISIAN".

"Trilogi novel saya sudah siap. Ia mengisahkan sebentuk cincin yang dibuat oleh orang jahat. Beberapa orang kerdil memikul tanggungjawab untuk memusnahkan cincin puaka itu. Dalam pada masa yang sama, tentera makhluk jahat datang menyerang Istana manusia dan manusia, elf, wizard dan Gimli (sebab bangsanya sudah pupus) bersatu tenaga menghalang kuasa jahat tersebut. Tajuk Trilogi ini adalah RINDU DI PUNCAK MORDOR dan KASIH MANUSIA ABADI"

Kamu mahu menulis novel bukan cinta tapi dalam pada masa yang sama mahu meraih duit bukan?

Nah, dengar nasihat aku. Pikirkan tajuk yang pop dan komersial.

Nota: Doakan aku kaya melampau-lampau dalam masa terdekat ini dan aku akan terbitkan karya-karya kamu tak kira tajuk ataupun ideologi di dalamnya. Janji aku suka cerita tulisan kamu. Muahahaha.

Okey, kepada yang tak tahu spoiler, secara asasnya, spoiler adalah:

- Kau sudah tahu hero mati walaupun belum menontonnya.

- Kau sudah tahu rahsia sesebuah filem yang dibina untuk didedahkan masa ending.

Asasnya la.

Sama seperti orang lain, aku juga tidak mahu tahu spoiler novel atau filem yang sedang/akan aku nikmati.

Tapi rakan-rakan yang rapat dengan aku tahu aku adalah Raja Spoiler. Aku akan chek wikipedia sebelum menonton/membaca (buku jarang aku buat).

Kenapa?

Kenapa aku berubah dari seorang budak kecil yang suka menikmati sesbeuah cerita tanpa mahu mengetahui apa yang berlaku pada pengakhirannya?

Ia ada kaitan dengan peristiwa hitam semasa aku berada di sekolah menengah.

Aku telah diliwat oleh seorang pelajar senior...

Read the rest of this entry »

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.