Archive for July, 2007
Sekali tengok tajuk filem ini macam filem kelakar bodoh yang digemari oleh orang-orang Malaysia (berdasarkan statistik kutipan tiket serta kerapnya filem bodoh begitu dibikin setiap tahun). Posternya juga ada misleading bila melihat empat karakter itu macam budak-budak poyo yang hendak melepak di KLCC. Aku rasa sepatutnya poster Haru Biru boleh dibuat dengan pendekatan yang lain.
Rupanya aku salah.
Haru Biru adalah filem yang buat aku kata "whoaaa!" "wauuuu!" "Gilalahhhh!" "Mak aihhhh!" "Fuyoooo!" dalam panggung. Jarang filem Melayu boleh beri aku rasa sebegitu.
Haru Biru mengenai persahabatan tiga orang kawan baik. Kid (Que Haidar) adalah ejen hartanah yang berjaya dan kacak dan bangsat. Ariyana (Dynas) adalah awek cun yang bercita-cita mahu menjadi model sementara Dani (Ijoy) adalah seorang 'artis' yang bakal mengadakan pameran solo di galeri seni dalam masa terdekat. Disebalik penampilan Kid yang serba kemas dan kacak, dia suka hisap dadah dan dada (Serius, aku bukan buat rima ke apa, memang itu karakter dia). Ariyana pula awek gedik yang boleh buat lelaki bodoh jatuh cinta dengan dia. Dani, rasanya tak layan dadah tapi dia jatuh cinta pada Adriana.
Masalahnya, Kid pernah menjalinkan hubungan kelamin dengan seorang awek Suzi (Betty) yang sudah tangkap cinta dengan mamat penangih ini. Suzi ini pula adalah perempuan simpanan kepada seorang orang kaya. Sudah jadi lumrah sekarang, perempuan tak kisah jadi perempuan simpanan asalkan dapat duit dan kesenangan yang aku agak cuma bertahan dua tiga tahun sahaja. Jadi si orang kaya ini layan Suzi macam binatang. Agak-agak horny saja, dia pergi kondominium si Suzi untuk melempiaskan nafsu serakah tak mengira sama ada Suzi haid ke, penat ke, malas ke, ada kerja ke atau apa sahaja.
Ohhh, anda berminat?
Nah, klik di bawah;
Opss, aku melalut.
Panduan menulis skrip di atas di buat dalam bentuk lakon layar, maka segala tips dan garis peraturan yang perlu ada dalam skrip di terangkan di dalam dialog-dialog itu.
Sila baca.
Tak susah pun.
Selamat menghasilkan skrip filem yang hebat. Sudah berjaya nanti jangan lupa belanja aku makan.
Haha!
Link Lain: Dari Ted untuk bantuan tambahan
::
Bacaan Tambahan: Facism

Find out your Harry Potter personality at LiquidGeneration!
Hah! Aku yang paling power!
Mampus kau Harry Potter!
Kuiz ni aku dapat dari Mama Ikmal
SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*
Budak yang naik penyapu datang kembali dalam "Harry Potter And The Order Of Phoenix".
Selain dari Sorcerer's Stone (sebab ia yang pertama) dan Prisoner Of Azkaban (paling aku suka), filem-filem HP yang lain seakan mengecewakan aku. Ingat, aku bukan peminat Buku apatah lagi filemnya. Tapi aku juga bukan pembenci HP, cuma dipandang dari sudut adaptasi, HP tidak banyak memberi hiburan pada aku.
Tapi...
Ada beberapa benda yang menarik dalam The Order Of Phoenix.
Secara tipikal sejak empat filem yang lalu, filem dibuka dengan Harry Potter berada di rumah keluarga angkatnya, kena buli bla bla. Kali ini Dementhor datang menyerangnya. Harry terpaksa guna magik patronus di depan muggles. Jadi dia mesti dihukum. Kemudian datang satu pakatan mengatakan Dumbledore ada isu dengan ministry. dia nak jatuhkan ministry. Dikatakan bahawa Harry Potter sengaja mendakan cerita tentang kembalinya The Dark Lord. Pihak atasan tidak mahu percaya Cedric (rujuk filem sebelum ini) dibunuh oleh Voldermort.
Kemudian muncul pula The Order Of Phoenix, satu gerakan rahsia, antara ahlinya ialah Sirius Black. Selepas dibicarakan, majoriti pihak atasan mengundi Harry tak bersalah dan dia dibenarkan belajar di Hogwarts. Tapi masalah baru datang semasa Prof Dumbledore mengumumkan kedatangan cikgu Dark Arts yang baru iaitu Dolores Umbridge. Miss Umbridge ni orang kerajaan (ministry), maka tipikal orang kerajaan, dia hendak memastikan keadaan teratur agar NAMA BAIK KERAJAAN terpeliharan walaupun sudah nyata kebodohan kerajaan itu berada di depan mata. Perlahan-lahan dia mengambil alih tempat Dumbledore dan buat macam-macam peraturan.
Oh dunia
Oh dunia
Kenapa prejudis?
Adakah hanya kerana aku tidak berbulu?
Oh dunia
Oh dunia
Aku juga comel
Aku semestinya juga manja
Kenapa takut padaku?
Hanya kerana aku tidak berbulu?
Kau laung hak samarata
Tapi jelik dengan fitrahku
Kau kata kau suka membelai
Kenapa memilih siapa-siapa?
Kau kata mahu yang gemalai
Eh, eh, kenapa lari dariku?
Aku tidak menggigit, miawku lunak
Apakah sebab hanya aku tidak berbulu?
Kau jauh dariku?
Tolong terima aku
Aku juga ciptaan tuhan
Kau menolakku
seolah kau menolak tuhan
Atau memang kau menolak tuhan?
Kau mencipta idea elit
Tapi tidak cukup elitkah aku?
Ohhh,
Kau prejudis, untuk sphinx sepertiku
::
Ini sajak lama, aku tak ingat bila aku tulis (baca: dah tua). Rasanya sajak ini aku hantar untuk zine Mantra si Azwan Ismail. Tapi tidak melepasi saringan.




