ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for July, 2007

Spam adalah antara ciptaan dunia internet yang paling bangsat sekali. Spam boleh menyerang dalam banyak cara. Mungkin saudara Mystic lebih arif akan hal ini.

Blog juga tidak terlepas dari serangan bangsat-bangsat ini. Maka banyak cara digubah untuk memastikan anak-anak iblis ini tidak terlepas masuk ke dalam ruang komen atau ruang chat sesebuah blog.

Kadang-kala aku sendiri terhibur melihat spam yang datang bergolek. Mereka tidak pernah putus asa untuk menggoda keturunan Adam (dan Hawa, sudah tentu, jangan bawa kad generisma anda di sini).

Tapi spam yang baru masuk dalam kotak penapis pada hari ini membuatkan aku kagum, betapa usaha anak-anak iblis ini tidak pernah kenal jemu.

Ini adalah mesej spam tersebut:

wuzzup buddy? lama tak nampak posting ko kat sini.. aku dah bookmark website ko nih.. kalo ada apa2 updates inform la kat aku eh?

Dari:term life insurance

IP: 218.111.168.139

Baiklah, aku andaikan mesej di atas spam berdasarkan pemberi mesej yang aku tidak pasti siapa dan website yang ditulis membawa aku kepada satu laman web insurans.

Kalau si penghantar mesej itu memang manusia (aku kenal atau pembaca blog aku), maafkanlah.

Tapi ia jadi pengajaran kepada kamu, silalah beri nama sebenar atau nama samaran yang lebih menyakinkan.

Aight!

Nota: Bandwith laman web ini akan 'menuju puncak' dalam sehari dua lagi. Harap maaf. Bukan salah aku kerana terlalu popular. Buat gadis-gadis pemuja aku, sila kumpul rindu kalian dan kita jumpa lagi bila masalah bandwith ini selesai.

Aku bertemu dengan penyajak tepi jalan itu.

Sudah lama tidak bertukar bicara, kali terakhir semasa dia memberi nasihat ketika aku putus cinta bulan Januari dahulu.

"Lu sudah lama tak tulis sajak?" tanya dia.

"Ada satu, dua,"

"Lu sudah lama tak tulis sajak..." kata dia.

"Ya," aku angguk. "Aku tak pandai tulis sajak,"

"Lu pergi mampus!"

Aku ketawa dan dia terus dengan Encik Jack D-nya. Minta Sampoerna sebatang. Katanya orang-orang atas semakin mencekik lehernya.

"Sebelum Sampoerna bunuh gua, orang-orang atas tu dah cekik gua dulu,"

Aku hanya angguk.

"Lu tak tulis sajak lagi?" soalnya.

"Aku tak pandai tulis sajak,"

"Lu, sama orang-orang kat atas, boleh pergi mampus!"

Aku terus ketawa sementara dia terus diam melayan rokok subsidi. Dia nak minta aku belanja nasi lemak, aku cakap tak ada duit, dia suruh aku mampus sekali lagi.

Entah bila aku akan jumpa dia lagi.

Aku ke Borders The Curve. Saja jalan-jalan selepas kecewa melihat barisan yang panjang di kaunter tiket Cineleisure. Harapan menonton samaada Harry Putput atau Robot Tukar-Tukar hancur sama sekali.

Ahh, boleh cari buku panduan menulis skrip.

Aku taip di 'mesin carian' kata kunci 'screenplay'.

Keluar beberapa tajuk. Antara tajuk yang menarik perhatian aku terletak di seksyen 'Writing And Publishing'. Aku pusing-pusing sekitar kedai dua tingkat itu. Tiada seksyen 'Writing And Publishing'. Buku tersebut adalah sebuah naskhah panduan bagaimana mahu menulis skrip dengan baik. Aku cuba jenguk di bahagian rak buku-buku filem. Yang ada cuma satu rak buku-buku skrip filem seperti Eternal Sunshine, Monty Python dan banyak lagi.

Aku capai peta di tepi kaunter (ya, masih mengekalkan karakter lelaki yang tidak suka bertanya, jadi? bencilah aku). Tiada seksyen 'Writing And Publishing' di dalam peta. Berikut adalah seksyen yang ada;

Read the rest of this entry »

Untuk teks falsafah parodi pada hari ini, aku bentangkan kondisi yang berlaku (sengaja sempitkan kategori agar tidak terlalu panjang kajian) kepada setiap entri atau penulisan blogger.

Sindrom 'Aku Betul'.

Tak payahlah kamu nak cuba berperangai 'tak nak mengaku', setiap blogger yang sudah bersetuju menjerumuskan dirinya ke alam blog akan memahat sindrom 'Aku Betul' ini. Setiap orang.

Tidak kira kamu menulis hal-hal kecil sepeti hari ini berak berapa kali, hal keagamaan seperti benda ini halal atau haram, hal politik seperti skandal Altantuya dan Na..., filem Transformers, album Smashing Pumpkins atau kajian kitab-kitab pemikir dari Russia, semuanya ada perangai yang sama;

'Aku Betul'.

Read the rest of this entry »

Filem KAYANGAN bakal menemui penonton di pawagan pada 9 Ogos 2007. Filem terbitan Raden Pictures Sdn Bhd menampilkan nama seperti Nur Fazura, Dynaz, Eja, Opie Zami dan ramai lagi.

kayangan-cinema-poster-copy.jpg

Sinopsis:

Read the rest of this entry »

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.