Archive for ◊ August, 2007 ◊

16 Aug 2007 HAK KREATIF
 |  Category: falsafah parodi  | 7 Comments

Ada satu petikan kata, lebih kurang berbunyi begini;

“Manusia berhak untuk berekspresi dengan karya kreatifnya.”

Aku dah lupa ayat sebenarnya, dari mana aku baca dan siapa penuturnya. (Aku perlu selalu makan kismis). Maaf, bila aku ingat dan tahu siapa yang sebut, aku akan update. Yang penting, itu bukan ayat aku.

Apa pun, berdasarkan ayat itu, maksud aku ialah;

Tidak kira apa pun hasil kerjanya, kita seharusnya menilai dahulu sebelum menghentam membabi buta. Selepas menilainya, tidak elok juga untuk menjatuh sebawah-bawahnya si artis tersebut hanya kerana karyanya tidak selari dengan piawaian kehendak seni yang menjadi mazhab sesetengah individu.

Sebab asasnya sudah nyata, manusia dijadikan lain-lain. Maka logiknya juga idea persembahan setiap individu lain-lain.

Kenapa mesti sampai mengeluarkan ikrar “kita mesti tolak idea bla bla bla kerana idea itu bla bla bla”.

Maka kita sudah menjadi penghukum kepada manusia yang lain. Lantas memalaikatkan diri sendiri hanya kerana merasakan diri sendiri yang paling layak untuk menjadi yang terbaik?

Aku tidak menunding jari kepada sesiapa kerana ini isu sejagat.

Isu lama yang masih ada.

Aku tahu ramai yang tidak setuju dengan ideologi manusia bebas dengan hak berkarya.

Aku salah seorang penganut fahaman itu.

Nah, masihkah kalian yang tidak menganut ideologi yang sama seperti aku mahu minum teh, berbual-bual atau bertukar-tukar pandangan bila kita bertemu?

Kerna, kita sudah bercanggah fahaman?

Kita sudah jadi musuhkah?

13 Aug 2007 WAWA DIPINANG ORANG
 |  Category: karya  | 10 Comments

Wawa adalah gadis kampung yang tidak duduk di kampung. Dia teringin hendak kahwin. Dia sudah empat belas kali putus cinta (7 diputus, 5 diminta putus dan 2 tidak diketahui statusnya sehingga cerita ini ditulis).

Wawa berkenalan dengan Fendi, seorang jejaka kacak yang bekerja di Alor Setar. Mereka berkenalan melalui Friendster. Satu tahap demi satu tahap dilalui sehinggalah enam bulan kemudian, Fendi yang suka kemaruk mahu memperisterikan Wawa merancang untuk masuk meminang.

Wawa suka bukan main. Akhirnya dia kahwin juga.

Pada hari yang ditetapkan, datang satu rombongan meminang (3 kereta). Wawa duduk dalam bilik. Sebagai seorang gadis pemalu, dia tidak mahu keluar melihat proses yang berlaku antara keluarganya dan keluarga rombongan itu.

Apa yang dia tahu, keluarganya menerima dengan hati yang terbuka (lagipun Wawa sudah menjalankan kempen sejak lama lagi).

Selepas rombongan meminang itu pulang dan tarikh kahwin sudah ditetapkan, barulah Wawa keluar. Melompat-lompat si dara kegirangan kerana dapat berkahwin dengan Fendi.

Tapi kemudian Wawa berhenti melompat bila kedengaran suara lelaki yang lengkap berbaju Melayu memberi salam. Kata lelaki itu, mereka datang ada hajat, mahu meminang Wawa. Lelaki itu juga memohon maaf kerana terlewat, jalan jam.

Wawa jenguk keluar tingkap dan melihat satu rombongan meminang (5 kereta) dimana kelihatan Fendi di dalam salah sebuah kenderaan itu.

Keluarga Wawa saling pandang memandang.

Habis tu rombongan yang tadi wakil siapa? Rombongan yang baru pulang dengan tarikh dan segala persetujuan yang diberi dari pihak perempuan?

Wawa pengsan.

Wawa akan kahwin.

Tapi dengan orang lain.

TAMAT

 

(Ini adalah treatment yang sedang aku usahakan untuk skrip drama TV, agak-agak boleh jual?)

12 Aug 2007 Men Yu
 |  Category: jurnal  | 11 Comments

Sebagai seorang yang agak obses dengan bolasepak, agak kurang juga entri mengenai bola di dalam blog aku. Jadi sempena dengan kedatangan musim baru Liga Overrated Perdana Inggeris maka aku ceritakan serba sedikit mengenai bagaimana aku menyokong tim kesukaan aku yakni tidak lain tidak bukan Manchester United yang serba gemilang dan tersohor (ya scouser, eat your heart out!)

Semuanya bermula jauh sebelum aku mengenai wanita sebagai objek menghairahkan dan politik adalah sesuatu yang begitu kotor.

Bagaimana aku boleh meminati pasukan yang paling hebat di dunia ini?

Oh, bukan kerana Fergie Fledglings, bukan David Beckham, bukan Ryan Giggs, bukan juga sebab George Best, bukan sebab Eric Cantona, bukan sebab Dennis Law, bukan sebab Bryan Robson, bukan sebab legenda Bobby Charlton, bukan sebab Steve Bruce, bukan sebab Brian McClair, bukan sebab mana-mana legenda Manchester United pun.

law.jpg

more…