Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

ORANG GILA

August 7th, 2007 nazri

Ketika aku belajar di sebuah sekolah elit (ya, memang elit dari definisi) di utara Perak, perangai aku lebih kurang bangsat seperti sekarang. Ada satu dua benda yang tidak diterima masyarakat majoriti di asrama yang selalu aku buat.

Lantas macam-macam nama mereka pakaikan ke badan aku. Orang Gila antara nama yang selalu keluar dari mulut mereka.

Juga satu lagi nama;

Pyan, sempena nama Pyanhabib.

Mereka kata aku gila seperti Pyanhabib. Aku agak semua sudah sedia maklum apa kegilaan yang aku buat. Sebuah sekolah SAINS yang bakal melahirkan profesor, jurutera, doktor dan macam-macam lagi didatangi dengan seorang budak yang lebih suka baca buku fantasi, tulis sajak dan tulis cerita. Pendek kata benda-benda yang tak mendatangkan faedah, tak intelek dan tak pandai, maka aku faham kenapa mereka panggil aku gila.

Era aku dipanggil Pyan berlaku sekitar tahun 1993 hingga 1994. Nama itu lenyap selepas aku masuk sekolah lain. Bangsat-bangsat yang memanggil aku nama Orang Gila atau Pyanhabib takkan aku ampunkan di akhirat kelak. Mampuslah kamu dibakar di neraka bersama aku nanti

Oke, jangan ambil serius.

1993 hingga 1994. Sekarang sudah tahun 2007.

 

vovin5.jpg

Ini aku bersama Pyanhabib, kami berdua hadir memenuhi undangan membaca sajak di majlis Poetry Jamming di Annexe Central Market pada Jumaat lepas.

Siapa sangka selepas 14 tahun aku digelar dengan nama Pyan, akhirnya aku bergambar dengan tuan empunya nama, yang secara kecil atau besar, memberi inspirasi untuk aku jadi siapa aku sekarang.

NOTTHATBALAI POETRY JAMMING

August 3rd, 2007 nazri

nothatbalaiart festival 2007 and baubau cafe present:
  

notthatbalai.jpg


poetry jamming!

3rd August 2007, Friday
6.30 pm
bau bau cafe,
cm annexe, KL

with: azwan ismail |  PYAN  HABIB
toni | HAN | arief yudi | NIZAM
ZAKARIA | fairul nizam | taf teh
kG | SHARANYA | kim | MISS.FYNN
DIZZYFIREFLY | nazri m. annuar
FADLY AL_AKITI | dato' shan
BATSHEBA ZLIKHA ARSALAN
anggawedhaswhara | DINSMAN

and [ open mic session ] [ kalau masih ada masa!]

check out www.notthatbalai.com for other happening till 5th august 2007!

Pstt: Kepada orang-orang Notthatbalai, sama ada laman web dot com kamu down atau kamu terlupa nak letak 'blogspot' di situ.

Alternative link: Blog Notthatbalai

Dijemput datang, aku akan baca sajak (baca: terberak di atas pentas).