ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for September, 2007

Bak kata tifani teh, blogger sekarang tengah mabuk Shelfari.

Aku jugak sedang mabuk shelfari. Begitu hebatnya Shelfari ini sampai Fadz sanggup delete akaun maispes dia.

Terima kasih Shelfari kerana memberi erti kepada kehidupanku yang disangka tidak mempunyai matlamat sebelum ini.

Oh, aku juga diperkenalkan dengan Facebook oleh saudari Rina J.S.

Tapi aku masih belum faham matlamat kewujudannya. Lalu aku hanya ada 4 orang kawan selain Rina J.S. Mungkin aku perlu tanya Sartre apakah matlamat kewujudan Facebook. Mungkin aku perlu tanya matlamat kewujudan pen yang terletak di tepi lokar, mungkin aku perlu tanya matlamat kewujudan papan kekunci berlabel 'Y'. Mungkin kalau aku tanya soalan-soalan matlamat kewujudan itu akan akan dipuja dan di idolakan oleh pseudo-intelektual 100 tahun akan datang.

Sesiapa yang sudi bolehlah tambah (add) aku.

Tapi aku lebih suka kita bersenggama di dalam shelfari kerana inzalnya lebih mendatangkan nikmat. Tapi Facebook boleh bela binatang. Aku ingat mahu bela musang pandan.

Add aku kerna aku kesepian dan apa yang aku boleh mainkan hanya diri sendiri.

 

Aku selalu percaya untuk mengasah ketajaman kreativiti, buatlah iklan kondom.

condomshop2.jpg

Kita sedia maklum, kondom melibatkan penis (batang pelir, kote, punai, anu dan macam-macam lagi) serta aktiviti kelakuan seks (jimak, bersetubuh, berzina, fuck dan sebagainya). Maka kepala hotak kreatif tahap dewa diperlukan untuk menghasilkan iklan tanpa menyebut atau memaparkan imej alat kemaluan dan perbuatan berlaga kemaluan di atas.

Iklan yang dihasilkan mestilah tepat dan padat dengan mesej yang hendak disampaikan, dalam pada masa yang sama boleh dibuat dalam bentuk kelakar, metafora dan macam-macam lagi.

Laman web ini berkongsi sentimen dengan aku, enjoy; Iklan kondom

Nota: Komen lucah akan aku padam. Kalau kamu kata "tu ko cite pasal kondom ble plak!", kondom tak lucah, bebal. Kata open minded, tapi perangai bebal nak mampus.

Aku panjangkan dari sms yang aku dapat semalam, semasa sedang beratur beli ikan pari bakar sambal serai yang ummphhh;

Simposium Penulis Pelbagai Kaum akan diadakan pada 27 Oktober 2007 akan diadakan di Kuantan.

 Acara:

Forum dan pembentangan

Bayaran: Percuma (Perjalanan dan pakej penginapan ditanggung oleh DeeBeePee)

Siapa boleh masuk: Penulis, sarjana, penggiat sastera, peminat yang terdiri dari pelbagai bangsa.

Hubungi (urusetia): Pn Akibah Tel: 03-21482550, 012-2873647, Emel: akibah at dbp dot gov dot my

 Saya Yang Berkhidmat;

Mohd Jimmy Jamsary

 

Aku mengalami malfungsi diri yang agak kronis membuatkan segala jiwa dan ironi jasad tidak berlari dalam frekuensi yang samarata.

Oleh itu, sementara menunggu 1/3 nyawa aku kembali ke dalam badan, aku menjawab tag oleh mamat ini.

Nota: Jawapan kepada tag ini begitu sirkumstansial (yaaaaaaaa, high five Sufian Abas wehhh!), yakni banyak dipengaruhi oleh aku yang sedang dalam pengaruh dadah antibotik, paracetamol dan beberapa jenama lain yang aku malu hendak tulis di sini.

 5 Benda Dalam Beg Gua (Babi, takde barang cool dalam beg aku sekarang)

  •  Sikat
  • Pen British Council
  • Ubat-ubatan buat penyembuh diri
  • Thumdrive
  • Sampah sarap

 5 Benda dalam Beg Duit Gua (Apa punya soalan ni, sudah tentulah ramai akan jawab IC kecualilah dia adalah pendatang tanpa izin dari Filipina yang menulis blog di Malaysia)

  • Kad nama aku
  • Kad nama orang lain
  • Kad nama Juliana Khairudin, manager Bayu Irama Consult
  • Kad nama Nurul Asyura Tahreb
  • Kad nama Ahmad Fairuz Abdullah

 5 Benda Kesukaan Dalam Bilik Bujang (Serius, aku tak faham soalan ini. 'Benda Kegemaran?' dalam bilik? Macam mana tu? Tak mengapa, aku jawab jua)

  • Demm, aku tak tahu nak jawab apa sebab aku tak faham soalan dia. Okey la, apa maksudnya? Barang-barang kegemaran aku dalam bilik ke? Kalau begitu secara teknikalnya hampir semua barang dalam bilik aku menjadi kegemaran aku sebab err...kalau aku tak gemar sudah tentulah aku tak letak dalam bilik aku.

 5 Perkara yang gua nak buat

Aisyeh, subjektif juga ni. Maksudnya sekarang ke atau 100 tahun lagi?

Jawapan untuk realisme sekarang

  • Nak tidur
  • Nak baik dari malfungsi ini
  • Nak makan ubat
  • Nak minum
  • Nak makan

Jawapan untuk surrealisme 100 tahun akan datang

  • Gua nak beli Golf GTI
  • Gua nak pregnantkan anak tok penghulu kemudian lari sambil anak tok penghulu yang perangai macam babi itu dipaksa kahwin dengan lelaki yang syok kat dia tapi lelaki tu merendah diri gila babi sampai sanggup merendahkan maruah hidup dia dan meletakkan semua orang kaya dan berpangkat tinggi di atas kepalanya.
  • Pergi depan kubur Susan Sontag sambil jerit "Wa caya sama lu !!!"
  • Tunjal kepala Eddie Vedder sambil kata "Lu so passe"
  • Buat rumah kucing kat belakang rumah banglo gua.

5 perkara yang sedang dilakukan

Pehhh, ini juga soalan gila babi surreal. Maksud dia apa? Tengah buat 'RIGHT NOW' atau  right now? Pehhh, surreal, surreal. Takpe, gua jawab bagi pihak gua.

  • Gua tengah taip "gua tengah taip"
  • Gua tekan enter
  • Gua tengah taip "gua tengah taip"
  • Gua tekan enter
  • Gua tengah taip "gua tengah taip"

5 Orang Lu mau Tag

- Liyana Jasmay

-  Mickey Mouse

- Dr. Mano

- Rosamund Kwan

- Ongkang-Ongkang

Sempena dengan ramadhan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat beribadah kepada teman-teman.

Bulan Ramadhan juga boleh dikaitkan dengan teori relatif masa Einstein. Bila dia mengatakan  masa bergerak lebih panjang bila waktu susah hati atau tak gembira dan bergerak lebih pantas waktu gembira atau senang hati.

Mengingatkan aku pada keluhan ramai orang, "waktu bulan puasa jarum jam tu rasa macam lambat bergerak,"

Aha, membuktikan sesiapa yang rasa begitu jatuh dalam kategori "susah hati." Erti kata lain, tak suka bulan ramadhan kan? kan? kan? Aku tak cakap, Eistein yang cakap. (Ya, aku tahu dia Jew dan sesiapa extremist Jew Hater boleh tinggalkan blog ini kerna aku bukan seperti kalian).

 Oh, untuk nota yang lain, aku sudah install satu plugin hotlink protection. Ikut deskripsinya, plugin ini mencegah sebarang hyperlink gambar atau bandwidth stealing. Masalahnya, aku tengok macam takde apa-apa perubahan pun.

 Sesiapa ada cadangan plugin lain yang lebih efektif?

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.