Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

BENDA YANG BIASA ORANG ADA BLOG BUAT

September 18th, 2007 nazri

Aku mengalami malfungsi diri yang agak kronis membuatkan segala jiwa dan ironi jasad tidak berlari dalam frekuensi yang samarata.

Oleh itu, sementara menunggu 1/3 nyawa aku kembali ke dalam badan, aku menjawab tag oleh mamat ini.

Nota: Jawapan kepada tag ini begitu sirkumstansial (yaaaaaaaa, high five Sufian Abas wehhh!), yakni banyak dipengaruhi oleh aku yang sedang dalam pengaruh dadah antibotik, paracetamol dan beberapa jenama lain yang aku malu hendak tulis di sini.

 5 Benda Dalam Beg Gua (Babi, takde barang cool dalam beg aku sekarang)

  •  Sikat
  • Pen British Council
  • Ubat-ubatan buat penyembuh diri
  • Thumdrive
  • Sampah sarap

 5 Benda dalam Beg Duit Gua (Apa punya soalan ni, sudah tentulah ramai akan jawab IC kecualilah dia adalah pendatang tanpa izin dari Filipina yang menulis blog di Malaysia)

  • Kad nama aku
  • Kad nama orang lain
  • Kad nama Juliana Khairudin, manager Bayu Irama Consult
  • Kad nama Nurul Asyura Tahreb
  • Kad nama Ahmad Fairuz Abdullah

 5 Benda Kesukaan Dalam Bilik Bujang (Serius, aku tak faham soalan ini. 'Benda Kegemaran?' dalam bilik? Macam mana tu? Tak mengapa, aku jawab jua)

  • Demm, aku tak tahu nak jawab apa sebab aku tak faham soalan dia. Okey la, apa maksudnya? Barang-barang kegemaran aku dalam bilik ke? Kalau begitu secara teknikalnya hampir semua barang dalam bilik aku menjadi kegemaran aku sebab err...kalau aku tak gemar sudah tentulah aku tak letak dalam bilik aku.

 5 Perkara yang gua nak buat

Aisyeh, subjektif juga ni. Maksudnya sekarang ke atau 100 tahun lagi?

Jawapan untuk realisme sekarang

  • Nak tidur
  • Nak baik dari malfungsi ini
  • Nak makan ubat
  • Nak minum
  • Nak makan

Jawapan untuk surrealisme 100 tahun akan datang

  • Gua nak beli Golf GTI
  • Gua nak pregnantkan anak tok penghulu kemudian lari sambil anak tok penghulu yang perangai macam babi itu dipaksa kahwin dengan lelaki yang syok kat dia tapi lelaki tu merendah diri gila babi sampai sanggup merendahkan maruah hidup dia dan meletakkan semua orang kaya dan berpangkat tinggi di atas kepalanya.
  • Pergi depan kubur Susan Sontag sambil jerit "Wa caya sama lu !!!"
  • Tunjal kepala Eddie Vedder sambil kata "Lu so passe"
  • Buat rumah kucing kat belakang rumah banglo gua.

5 perkara yang sedang dilakukan

Pehhh, ini juga soalan gila babi surreal. Maksud dia apa? Tengah buat 'RIGHT NOW' atau  right now? Pehhh, surreal, surreal. Takpe, gua jawab bagi pihak gua.

  • Gua tengah taip "gua tengah taip"
  • Gua tekan enter
  • Gua tengah taip "gua tengah taip"
  • Gua tekan enter
  • Gua tengah taip "gua tengah taip"

5 Orang Lu mau Tag

- Liyana Jasmay

-  Mickey Mouse

- Dr. Mano

- Rosamund Kwan

- Ongkang-Ongkang

RAMADHAN, MASA DAN PLUGIN

September 14th, 2007 nazri

Sempena dengan ramadhan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat beribadah kepada teman-teman.

Bulan Ramadhan juga boleh dikaitkan dengan teori relatif masa Einstein. Bila dia mengatakan  masa bergerak lebih panjang bila waktu susah hati atau tak gembira dan bergerak lebih pantas waktu gembira atau senang hati.

Mengingatkan aku pada keluhan ramai orang, "waktu bulan puasa jarum jam tu rasa macam lambat bergerak,"

Aha, membuktikan sesiapa yang rasa begitu jatuh dalam kategori "susah hati." Erti kata lain, tak suka bulan ramadhan kan? kan? kan? Aku tak cakap, Eistein yang cakap. (Ya, aku tahu dia Jew dan sesiapa extremist Jew Hater boleh tinggalkan blog ini kerna aku bukan seperti kalian).

 Oh, untuk nota yang lain, aku sudah install satu plugin hotlink protection. Ikut deskripsinya, plugin ini mencegah sebarang hyperlink gambar atau bandwidth stealing. Masalahnya, aku tengok macam takde apa-apa perubahan pun.

 Sesiapa ada cadangan plugin lain yang lebih efektif?

BARBEKU DAN BEKU

September 10th, 2007 nazri

Harap-harap boleh bertahan untuk jangka sebulan ini.

Sementara menunggu entri-entri yang menunggu giliran untuk disiarkan, nah, beberapa gambar barbeku di Putrajaya semalam.

barbeku1.jpg

Kambing. Sedap gila.

barbeku3.jpg

 Ayam dan Ambing.

barbeku4.jpg

Kalau nak masak kena masukkan token.

barbeku5.jpg

 Aku mempersembahkan skil memasak lamb di hadapan orang ramai.

barbeku6.jpg

 

Kredit gambar: Kak Ungku