Orang yang cipta perumpamaan hidup umpama roda adalah orang yang genius.
Kadang-kadang bila ada benda best berlaku pada kita, tiba-tiba datang pula benda tak best.
Kadang-kadang bila kita gelak, tiba-tiba esok boleh menangis (itu sebab orang tua cakap jangan gelak lebih-lebih, nanti menangis).
Contohnya, kalau kita tiba-tiba dapat RM10 dari kawan, derma ikhlas, kita suka, mungkin pula selepas itu kita tak hepi balik sebab eksiden masa nak pergi belanja duit RM10 itu.
Orang putih cakap Up and Down.
Dan siapa sangka…
Bila dapat capai satu impian yang kita tak sangka muncul, impian lain yang tiap-tiap hari jadi mainan hidup boleh terlepas begitu sahaja.
Whoa, ada macam naratif Greys Anatomy tak?
Dan sungguh-sungguh tidak mahu melalui ketidakhepian yang menari-nari dan mengejek-ngejek di dalam.
Yaaaaa, novel Stardust aku ada signature Neil Gaiman semasa dia datang ke Singapura dua tahun lepas. Yaaaaa!!!

Seingat aku, inilah filem pertama adaptasi sebarang karya Neil Gaiman.
Oh ya, Neil Gaiman juga adalah dewa aku. Segala bentuk tulisan dia menjadi satu simbol keagungan yang tiada taranya. Dia adalah raja alam mimpi dan segala-galanya. Pehhhh…
Read the rest of this entry »
Aku rasa macam boring jugak blog aku sejak kebelakangan ini. Filem sudah lama tidak ditulis, buku tidak dibaca dan tiada karangan baru.
Aku tak ada idea.
Jadi aku menggunakan kuasa yang ada pada sesiapa yang menjengah ke sini untuk;
Mencadangkan apa topik yang patut aku tulis.
Kamu mahu topik apa untuk aku tulis dalam masa seminggu dua ini?
Sila nyatakan pada ruangan komen.
(Ini memang benar-benar melanggar undang-undang penulis blog anarkis yakni menulis tanpa memperdulikan kehendak pembaca, tapi aku baik hati, maka aku puaskan hati pembaca, dalam kata lain, aku malas nak fikir).
Terima kasih.
Acara membaca kelolaan Sharon Bakar ini menemui sesiapa yang minat mendengar orang membaca. Aku cuma cut n paste sahaja. Sini link asal: Klik sini

“Readings” is happening again Saturday 27th October, 3.30 at Seksan’s, 67, Jalan Tempinis 1, Lucky Garden, Bangsar.
We have a very interesting line-up with published, and about-to-be published Malaysian authors, and a couple of fresh new voices!
Thanks very much to my niece Shahnim Safian for designing the poster which you can enlarge at a click. Please feel free to copy it to your own blogs and pass on the info so that we get a good crowd.
aku tengah kemaruk game berikut
Yippie
Game di atas boleh membuatkan kalian ketagih dan memerlukan deria sensitif yang begitu tinggi bagi mengelakkan kantoi dengan bos.
Adapun kesan yang mungkin sekali berlaku akibat ketagihan game tersebut meliputi;
- Gagal menyudahkan kerja
- Lambat menyudahkan kerja
- Membuatkan kawan sebelah membaling monitor akibat bunyi game yang menjengkelkan
- Hilang daya bersosial
- Hilang girl-friend
- Lumpuh sistem sosio-ekonomi negara
- Kegagalan kerajaan untuk mentadbir negara
- Membuatkan lebih ramai manusia mula mempersoalkan kenapa mereka wujud di muka bumi.
- Menjawab persoalan kenapa mereka perlu satu justifikasi untuk membuatkan hati masing-masing lega dengan dosa-dosa besar yang telah mereka lakukan.
Selamat bermain :wink:
Ya, entri ini dimasukkan menjelang sembilan minit ke pukul 3 pagi.
Apakah makna ini semua?
Ini adalah antara benda-benda awal yang telah berlaku ke arah transisi hidup aku pada bulan depan.
Betul risikonya tinggi, tapi aku perlukan sokongan semua orang yang aku sayang untuk menjayakannya kerana aku yakin, ini jalan yang paling baik.
Suara Jon Bon Jovi memekik Livin On The Prayer berkumandang berkali-kali waktu ini.
Sebagaimana tuannya, laman ini juga akan mengalami transisi juga nanti.
Umm..
.
.
.
.
.
Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan dan pembaca yang sudi menjengah laman web ini. Harap-harap semua dapat raya yang gembira dan menghiburkan.
Mohon maaf kepada semua dan berhati-hati di jalan raya.
Yippe!
Asasnya, peniaga memang musuh dimata pengguna (pembeli)
Okey, aku rewind jauh sebelum mengupas isu di atas.
Mak aku mengganggu tidur aku yang enak pada tengahari ahad lepas hanya kerana mahu memberitahu anak lelaki Chef Wan sama nama dengan nama aku.Terkial-kial aku membuka tv dan melihat anak chef wan yang dimaksudkan sedang memasak.
Dari topik anak chef Wan bergantu ke satu topik, melompat ke satu topik sehinggalah tiba ke topik mengenai harga ayam naik. Aku memetik rungutan dari Buletin Utama bila seorang pengguna merungut “tiap kali Bulan Puasa harga barang naik, tiap kali Hari Raya harga barang naik…” rungutan itu merujuk kepada harga ayam yang naik.
SILA KLIK UNTUK BACAAN SETERUSNYA
Read the rest of this entry »

Ada satu rancangan tv di 8TV, drama bersiri tajuk Kami
Bukan, ia bukan sekuel untuk filem KAMI lakonan Sudirman suatu ketika dahulu.
Al-kisahnya mengenai 5 remaja yang menjalani kehidupan seperti remaja yang lain.
Read the rest of this entry »
Aku suka kalau hujan turun waktu malam. Atau waktu subuh.
Semalam sejurus selepas aku habis menyedut Sampoerna Hijau buat kali kedua selepas tiga minit (rutin harian bulan Puasa sejurus sebelum waktu imsak), angin tiba-tiba menggila, langsir bilik berkibar keras laksana puntianak yang mahu melengkapkan kuota menyakat manusia pada malam itu. Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebat diserta sekali kombo ribut mega menyentak alam. Cuma yang tiada hanyalah paluan guruh dan hentakan kilat ke muka bumi.
Usai melayan Sampoerna dan meneguk air, aku baring sambil berselimut. Tiba-tiba aku teringat semasa kecil, semasa duduk di rumah beratapkan zink di kampung.
Lantas hujan subuh itu memberitahuku yang aku pernah suka dengan hujan pada waktu malam atau pada waktu sejurus sebelum azan subuh. Aku suka bunyi zink dengan melodi orkestra rintik hujan yang menjengkelkan. Dengan dentuman guruh, kilat serta hembusan angin maha yang seola-olah mahu mencabut paku alam.
Aku suka kerana pada waktu itu aku baring berselimut kesejukan dan aku akan tertidur untuk pergi bermain dengan makhluk mimpi.
Duduk di apartmen, kondo hatta rumah teres berbumbung bukan zink TIDAK AKAN SAMA SEKALI memberi perasaan yang sama seperti berlindung di bawah atap zink.
Aku suka kalau hujan ribut pada waktu malam.