Archive for October, 2007
Ya, entri ini dimasukkan menjelang sembilan minit ke pukul 3 pagi.
Apakah makna ini semua?
Ini adalah antara benda-benda awal yang telah berlaku ke arah transisi hidup aku pada bulan depan.
Betul risikonya tinggi, tapi aku perlukan sokongan semua orang yang aku sayang untuk menjayakannya kerana aku yakin, ini jalan yang paling baik.
Suara Jon Bon Jovi memekik Livin On The Prayer berkumandang berkali-kali waktu ini.
Sebagaimana tuannya, laman ini juga akan mengalami transisi juga nanti.
Umm..
.
.
.
.
.
Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan dan pembaca yang sudi menjengah laman web ini. Harap-harap semua dapat raya yang gembira dan menghiburkan.
Mohon maaf kepada semua dan berhati-hati di jalan raya.
Yippe!
Asasnya, peniaga memang musuh dimata pengguna (pembeli)
Okey, aku rewind jauh sebelum mengupas isu di atas.
Mak aku mengganggu tidur aku yang enak pada tengahari ahad lepas hanya kerana mahu memberitahu anak lelaki Chef Wan sama nama dengan nama aku.Terkial-kial aku membuka tv dan melihat anak chef wan yang dimaksudkan sedang memasak.
Dari topik anak chef Wan bergantu ke satu topik, melompat ke satu topik sehinggalah tiba ke topik mengenai harga ayam naik. Aku memetik rungutan dari Buletin Utama bila seorang pengguna merungut "tiap kali Bulan Puasa harga barang naik, tiap kali Hari Raya harga barang naik..." rungutan itu merujuk kepada harga ayam yang naik.
SILA KLIK UNTUK BACAAN SETERUSNYA
Ada satu rancangan tv di 8TV, drama bersiri tajuk Kami
Bukan, ia bukan sekuel untuk filem KAMI lakonan Sudirman suatu ketika dahulu.
Al-kisahnya mengenai 5 remaja yang menjalani kehidupan seperti remaja yang lain.
Aku suka kalau hujan turun waktu malam. Atau waktu subuh.
Semalam sejurus selepas aku habis menyedut Sampoerna Hijau buat kali kedua selepas tiga minit (rutin harian bulan Puasa sejurus sebelum waktu imsak), angin tiba-tiba menggila, langsir bilik berkibar keras laksana puntianak yang mahu melengkapkan kuota menyakat manusia pada malam itu. Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebat diserta sekali kombo ribut mega menyentak alam. Cuma yang tiada hanyalah paluan guruh dan hentakan kilat ke muka bumi.
Usai melayan Sampoerna dan meneguk air, aku baring sambil berselimut. Tiba-tiba aku teringat semasa kecil, semasa duduk di rumah beratapkan zink di kampung.
Lantas hujan subuh itu memberitahuku yang aku pernah suka dengan hujan pada waktu malam atau pada waktu sejurus sebelum azan subuh. Aku suka bunyi zink dengan melodi orkestra rintik hujan yang menjengkelkan. Dengan dentuman guruh, kilat serta hembusan angin maha yang seola-olah mahu mencabut paku alam.
Aku suka kerana pada waktu itu aku baring berselimut kesejukan dan aku akan tertidur untuk pergi bermain dengan makhluk mimpi.
Duduk di apartmen, kondo hatta rumah teres berbumbung bukan zink TIDAK AKAN SAMA SEKALI memberi perasaan yang sama seperti berlindung di bawah atap zink.
Aku suka kalau hujan ribut pada waktu malam.

