Archive for November, 2007

20
Nov

GIRLY MAN

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku rasa ramai yang pernah tengok video ini.

Bapak kelakar.

Dia buat subtitle lagu ini berdasarkan bunyi sebutan yang menyerupai bahasa Inggeris.

Hasilnya, lirik yang tak masuk akal dan kelakar. Genius.

Mutton Goes Yay!

Oh, please son’t buy the bald seal!

19
Nov

AKU CINTAKAN KAU KERANA AKU CINTAKAN KAU

   Posted by: nazri   in karya

Aku cintakan kau kerana aku cintakan kau,

Kau tanyakan aku kenapa aku cintakan kau,

Aku tak dapat menjawab kenapa aku cintakan kau,

Kalau cinta itu datang dari jawapan,

Aku boleh berikan seribu jawapan kenapa aku cintakan kau,

Tapi kau seribu lagi tidak puas dengan jawapan kenapa aku cintakan kau,

Lagipun kekalkah jawapan itu 10 tahun lagi?

 

Kalau kau mahu aku buktikan aku cintakan kau,

Aku tidak boleh buktikan aku cintakan kau,

Kerna aku tidak sanggup berenang lautan api,

Kerna aku tidak sanggup dadaku dibelah sana sini,

Kerna aku tidak sanggup memetik bintang,

Lagipun,

Aku tidak pernah menyuruh kau berenang lautan api,

Memegang kapak membelah dada mu,

Melontarmu ke atas mencapai bintang,

Kalau cinta itu datang dari bukti-bukti,

Kau takkan puas dengan seribu bukti,

Lagipun kekalkah bukti-bukti itu 10 tahun lagi?

 

Aku cintakan kau kerana aku cintakan kau,

Kerana aku mahu melihat kedut wajahmu 10 tahun lagi,

Kerana aku mahu melihat perut boroimu 10 tahun lagi,

Kerana aku mahu melihat jatuhnya bontotmu 10 tahun lagi,

Kerana aku mahu mendengar letermu sampai aku mati,

Aku cintakan kau kerana aku cintakan kau,

Lagipun,

Bukankan indah jika cinta kekal misteri,

Untuk kau yang mungkin jadi isteri,

 

Ewahhhh!!!

 

Dedikasi untuk teman-teman wanitaku Selma Blair, Mandy Moore, Claire Danes, Kelly Preston (selepas John Travolta mampus terhempas kapal terbang), Elyana (selepas selesai main tarik tali dan menang piala untuk rumah Biru), Irene Santiago, Nurul Syuhada Nurul Ain dan lain-lain.

18
Nov

BILIK PENULIS

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku dapat ini dari Ted.

Artikel berikut mempersembahkan bilik-bilik penulis. Satu benda yang mesti ada dalam bilik seorang penulis ialah: Buku.

Aku tak boleh bayangkan seorang penulis yang tak suka membaca buku. Benda kedua yang mesti ada ialah alat bantu menulis, seperti komputer atau mesin taip. (ada juga penulis yang menulis tangan dulu sebelum menaip ke dalam komputer, wa salut sama lu weihh! Rajin gile!).

Boleh baca artikel tersebut di sini.

Bagaimana pula dengan ruang menulis kamu? Boleh ceritakan sikit?

16
Nov

TUAH PAK HANG

   Posted by: nazri   in falsafah parodi

Siapa tak kenal hang Tuah.

Semua kenal wira Melayu tu.

Tapi aku semakin jengkel dengan nama itu sekarang.

Filem Hang Tuah, Teater hang Tuah, itu okey.

Tapi bila nak buat cerita zaman purba sahaja, mesti ada hang Tuah.

Aziz M. Osman ‘time travel’ dalam XX-RAY II ke zaman Hang Tuah.

Filem animasi yang terawal, buat cerita berunsurkan hang Tuah.

Ada pula reimagining kawan-kawan berlima Hang Tuah di TV9 sekarang.

Ada teater kisah zaman Hang Tuah.

Siri TV Ejen 016 sedang berlangsung sekarang. Karakter Apek itu aku agak bakal ‘time travel’ ke zaman purba. Teka siapa dia akan jumpa? Berdasarkan kredit pada akhir siri…ya, Hang Tuah.

Bila cerita purba saja, bila cerita mengenai keperkasaan dan keperwiraan sahaja, Hang Tuah, Hang Tuah, Hang Tuah.

Read the rest of this entry »

16
Nov

MARI MELUKIS

   Posted by: nazri   in memori semasa kecil

Sebelum aku menceburkan diri dalam hal ehwal menulis, sebelum aku sedar yang duit makan aku dicari dengan menulis, aku suka melukis.

lee14.jpg

Gambar tiada kaitan dengan entri. Kredit gambar: Liyana M. Annuar

 

Bakat aku (waktu itulah) tumpah dan terpancut-pancut dari abah aku yang semasa sekolah suka melukis (dia ketua kelab melukis di sekolah. Mula -mula aku tak percaya, tapi ada bukti dalam gambar majalah sekolah dia).

Read the rest of this entry »

15
Nov

BEOWULF

   Posted by: nazri   in Filem

beowulf-poster.jpg

Aku selalu teruja dengan cerita-cerita dongeng dari sebelah Scandinavia. Nama seperti Odin ketua dewa, Freya sidewa yang cantik, Valkyries yang membawa pahlawan yang mampus ke syurga, Bifrost jambatan dari Midgard ke Asgard dan ya, Beowulf si pahlawan vs Grendel si raksasa cukup cantik pada mata aku.
Aku juga teruja dengan cerita Beowulf yang pertama kali diperkenalkan semasa sekolah. (Aku ingat saudara Adzakael pernah melukis komik adegan Beowulf berlawan dengan Grendel dan si naga itu semasa sekolah).

Beowulf yang datang kali ini dalam bentuk motion capture (benda yang sama digunakan untuk membuat Gollum). Hasil kerja tangan Robert Zemeckis (kamu mungkin tak kenal dia tapi kenal dengan kerja dia seperti Back To The Future, atau lebih artistik seperti Contact, Forrest Gump dan Cast Away). Menurut Nazim Masnawi, filem Zemeckis tak pernah gagal sejak era Back To The Future.

Read the rest of this entry »

12
Nov

KAMI LUPA PAK

   Posted by: nazri   in Tulisan

Kami mintak maaf bapak,

Kami lupa minta permit,

Tapi selalunya, bila kami minta permit,

Bapak tak kasi, walhal bapak kasi pada anak cucu cicit menantu pak,

Mungkin bapak alah dengan ‘kepala surat’ kami,

 

Kami minta maaf Pak,

Sebab kami tak bersyukur,

Bapak dah susah payah tanam tiang lampu sebatang tu,

Kami boleh pergi marah pasal Baak ambil tanah, duit, harta, perempuan, perniagaan, kerja, maruah kami,

Kami lupa nak bersyukur pasal tiang sebatang tu,

 

Kami minta maaf pak,

Kami tak tahu Pak suka di atas sana,

Iyalah kami faham,

Kalau sudah berundur,

Mana boleh dapat  perempuan pengacara tv/model/pelakon/penyanyi, berbodi montok,

Rugi kalau tak dapat rasa,

Perempuan berbodi montok suka orang tua banyak duit macam bapak,

Takkan nak beri perempuan pengacara tv pada mat rempit,

rugi…

 

 Kami minta maaf bapak,

 Sebab kami faham bapak kena bayar duit BMW, Mercedes, Ferrari, Honda,

Bapak kena bayar duit banglo di Sana, sini, situ, sinun,

Bapak kena bayar duit bercuti di Gold Coast,

Bapak kena keluar belanja untuk perempuan pengacara tv/model/pelakon/penyanyi,

Bapak kena cari duit,

 

Tak mengapalah bapak,

kami faham,

Kami boleh pakai kereta Kancil bayar 9 tahun

Kami boleh duduk rumah flat 2 bilik bayar 30 tahun,

Kami boleh ambil hutang peribadi untuk kahwin bayar 10 tahun,

Kami boleh ambil hutang pelajaran bayar 7 tahun,

Kami boleh kerja 10 jam dibayar harga 4 jam,

Kami faham bapak susah,

Kami yang mengada-ngada,

Kami sudah lupa,

Maafkan kami ya, bapak,

 

 

 

9
Nov

BERITA HARI INI

   Posted by: nazri   in kisah haiwan

BERITA PERDANA NEGARA BELANTARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Belantara

Sari Berita penting:

1. Gerhana Menteri menasihatkan agar monyet dan kucing menjadi lebih rajin dan jangan selalu tidur.

2. Belantara dipilih sebagai destinasi pelancongan terbaik di rantau ini.

3. Pasukan bolasepak Belantara tewas kepada pasukan belia Hutan Simpan di sebalik 7 pemain belia hutan simpan mati dalam kebakaran hutan tempohari.

Berita Utama

Kerajaan Belantara mengecam keganasan yang telah dilakukan oleh Junta Tentera Mee An-Mar terhadap pengikut pro demokrasi dalam satu perhimpunan besar-besaran semalam. Mereka membidas Kerajaan Junta yang menghalang perhimpunan itu seterusnya menutup peluang untuk demokrasi. Kerajaan Belantara juga menasihati Junta melihat Belantara sebagai model demokrasi dan rakyat bebas bersuara tanpa sebarang sekatan.

Berita seterusnya,

Pihak Polis Belantara menasihati orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan AMAN yang bakal diadakan di Dataran Rumput pada hujung minggu ini kerana ia boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Sesiapa yang menghadirinya juga boleh ditangkap dan didenda walaupun perhimpunan itu dijalankan secara AMAN memohon agar pihak Kerajaan lebih adil dalam piliharaya Belantara.

7
Nov

AKO MUSTAFA

   Posted by: nazri   in jurnal

coverkomikoo_0.jpg

Kalau kamu kata komik-komik MARVEL sudah lame…

Read the rest of this entry »

5
Nov

QUEEN GEGEI

   Posted by: nazri   in siri gambar kucing

mak-tiri-naik-angin.jpg

Read the rest of this entry »