Archive for December, 2007

31
Dec

SINOPSIS OPERA ANGKASA

   Posted by: nazri   in karya

operacover.jpgSebenarnya aku ambil dari cover belakang novel itu sahaja. Huhuhu -

Arman dan krew kapal angkasa Rajawali menjalankan khidmat pengangkutan kargo antara planet. Polisi mereka mudah: anda bayar, kami angkut. Tiada sebarang soalan ditanya. Suatu hari, mereka menerima tugasan yang disangka mudah. Tugas mereka: membawa pulang Faridah Hanum, anak saudara seorang senator yang pulang bercuti.

Namun ketika menjalankan tugas itu, mereka dikejar oleh pelbagai pihak termasuk lanun angkasa, pemburu upahan dan anggota kerajaan yang korup. Rupa-rupanya Faridah Hanum bukan gadis biasa. Gadis itu menjadi buruan kerana mewarisi kalung Raja Bersiung, salah satu daripada ‘empat Pusaka Kemusnahan’. Kalung itu adalah kunci yang mengaktifkan tujuh armada di tujuh galaksi. Sesiapa yang memilikinya dapat menguasai alam semesta.

Arman dan rakan-rakannya berusaha sedaya upaya menyelamatkan Faridah Hanum.

Dari situ merka membongkar satu lagi rahsia umat manusia….

Baru aku perasan blurp di atas ada sedikit bersifat spoiler. Ya.

Ini adalah (jika ada rezeki) projek novel fiksyen-sains bersiri aku. aku sudah merancang jalan cerita untuk sekurang-kurangnya empat siri. Namun untuk siri pertama ini lebih bersifat stand alone. Mungkin tahun depan akan keluar siri kedua kalau tiada masalah seperti A - aku mampus, B - Perang dunia, C - Wabak yang mengakibatkan kemusnahan umat manusia, D - hari kiamat, E - PTS bankrup, F - buku ini kena ban, G - Aku jadi pelakon dan berpindah ke Hollywood, H -  Aku bercinta dengan Elyana dan kami berdua lari ke Oman untuk membina hidup baru sebagai pasangan suami isteri yang bahagia seterusnya mempunyai dua orang anak comel serta rumah dengan pagar dan seekor kucing.

Sekian terima kasih.

24
Dec

SUDAH TERBIT: K-EIGHT

   Posted by: nazri   in semboyan

Sebuah antologi baru terbitan Sindiket sol-Jah bertajuk K-eight.

Harga senaskhah: RM15

Boleh hubungi mana-mana Sol-Jah (Sinaganaga, Tok Rimau, Samurai, Jogi, Mat Jan, OP serta Spyz, Bukunota dan amir Mukhriz) untuk tempahan.

Ada ramai hamba Allah (dan mungkin hamba Yesus, entah) yang menangis air mata darah kerana terlewat memesan Kalashnikov.

Jangan buat kesilapan yang sama.

Pesan sekarang.

Sekarang.

Ya, memang itu maksud aku, sekarang.

cover-k8.jpg

Ini adalah projek yang paling bermakna (setakat ini) yang pernah aku usahakan dalam siri penerbitan Sindiket Sol-Jah, di sebalik beberapa masalah yang datang sepanjang proses pembikinan.

Dan aku yakin, pembaca dapat sedar konsep yang sedikit lain dari Kudeta dan Kalashnikov. Satu lagi sebab kenapa aku katakan projek kali ini agak menarik pada mata tidak berkaca aku ini.

Komen dialu-alukan, seperti biasa.

21
Dec

RIMAU PURPLE

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku dapat benda ni dari blog Mardhiah.

Oit, lu punya link salah la wehhh.

Ini link beul

color049.gif

You are Purple Tiger, whose comments tend to be imposing, and you possess vigor and your presence is strong.
Your gentleman like atmosphere makes others feel you are rather cold person.
But that is because they only see your sensitive side.
Really, you are warm and honest and considerate person.
You are optimistic, and you will not to give up any little work that you have started, even if the circumstance become unfavorable and difficult.
You possess great persistence.
You possess a wonderful quality of a good leader.
You can show flexible mind towards new things and ideas.
Because you are quick minded, you can develop logical theory while listening to the other person.
You have a tendency to follow your ideals.
If this side of your personality comes out strongly, your thoughts and actions seems too over reacting to others.
If you talk too big, people around you may find it difficult to follow your way.
You are a proud person, and think high of honor.
You cannot change your mind suddenly and according to circumstances.
Nevertheless, it means that you are keeping control of yourself, and helps you from failures.

17
Dec

ANAK HALAL

   Posted by: nazri   in Filem

main-poster.jpg

Anak Halal adalah produk dari pengarah Osman Ali. Nama dia menjadi perhatian dengan hasil kerja tahap dewa seperti Bukak Api.

Kemudian datang Puaka Tebing Biru yang…ummm…aiseh.

Anak Halal menjanjikan satu pengalaman sinematik yang cukup mengujakan. Seperti yang aku tonton dalam Haru Biru.

Premisnya pun bagus. Kisah budak-budak jalanan yang suka berhuha. Mereka berhadapan dengan hidup dengan cara mereka. Salah seorang bertemu dengan anak orang kaya bermasalah, seorang lagi terjebak dengan dunia pengedaran dadah dan apa yang bakal terjadi kepada nasib anak-anak muda ini?

Read the rest of this entry »

17
Dec

Protected: LA LA LA LA

   Posted by: nazri   in jurnal

This post is password protected. To view it please enter your password below:


14
Dec

THE ILLUSION

   Posted by: nazri   in teater

poster.jpg

Azwan sms aku. Katanya mahu pergi tengok teater? Batsheba jadi bomoh.

Ohhh, iya? Batsheba Zlika Arsalan, aku kenal nama tu. Nama yang ada dalam projek Mantra Azwan, aku dan dia pernah baca sajak dalam acara di Annexe dan baru-baru ini bertarung dalam Wayang Kata.

Tajuk teater ini adalah The Illusion, sebuah pementasan karya Tony Kushner (terkenal dengan karya Angels In America) yang diadaptasi dari komedi oleh Pierre Corneille (L’Illusion Comique). Kalau kamu tak faham apa yang aku cuba jelaskan, sila google atau dapatkan khidmat penterjemah.

Cerita pasal seorang ayah pergi jumpa seorang bomoh. Dia nak tahu keadaan anaknya. Bomoh itu lalu memberinya satu gambaran bagaimana keadaan anaknya. Aku tak boleh cerita panjang-panjang, spoiler.

Ini info lanjut yang aku dengan penuh rasa riang ria ribena meng-cut and paste:

 

Read the rest of this entry »

13
Dec

OPERA ANGKASA

   Posted by: nazri   in karya

Ya, dengan rasminya novel kedua aku sudah terbit dan bakal berada di dalam kedai buku pada 17 Disember 2007. (Ikut kata editornya, Mat Jan).

operacover.jpg

::

::

::

Yippa! Yippa!

Sila beli dengan penuh rasa kesyukuran kerana menjadi sebahagian dari sejarah peradaban sastera Melayu-Nusantara. Hoho!

13
Dec

I AM LEGEND (GUA ADALAH LAGENDA)

   Posted by: nazri   in Filem

SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER ORANG JAHAT MATI LAST SEKALI SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER MAK MERTUA MATI LAST SEKALI SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER

legend-poster.jpg

Read the rest of this entry »

10
Dec

ENCHANTED

   Posted by: nazri   in Filem

SPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILER

SPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILER

enchanted-poster.jpg

Read the rest of this entry »

10
Dec

Protected: RASA BAIK

   Posted by: nazri   in jurnal

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Page 1 of 212»