29 May 2007 4 PEKUDA APOKALIPS
 |  Category: Tulisan

Okey, aku tahu tajuk di atas banyak salah dari segi tatabahasa dan makna.

William Hubben dalam buku The Prophets of Our Destiny (kalau tak silap aku, itulah tajuknya - boleh dibeli di Kinokuniya) menyenaraikan penulis-penulis berikut sebagai The Four Horsemen Of Apocalypse. Mereka adalah Fyodor Mikhailovich Dostoevsky, Friedrich Wilhelm Nietzsche, Søren Aabye Kierkegaard dan Franz Kafka.

Antara lain secara langsung atau tak langsung mereka berkait rapat dengan idea existentialism serta banyak benda-benda berkaitan. Hasil kerja mereka mempengaruhi ramai penulis-penulis yang datang kemudian.

Okey, aku tak mahu menulis panjang mengenai buku itu, mereka atau idea-idea mereka sebab aku sendiri masih tak faham sepenuhnya. Aku sendiri tak berapa faham, macam mana aku hendak ceritakan kepada kamu semua.

Lantas, mengambil inspirasi dari senarai itu maka;

Aku menyenaraikan 4 horsemen of Apocalypse yang BAKAL mengkucar-kacirkan dunia sastera Malaysia. Adapun senarai aku ini bersifat hiburan dan tiada kaitan dengan sebarang idea filsuf. Maka aku berharap tiada orang yang tiba-tiba mengadakan forum di mana-mana membincangkan tentang 4 penulis ini. Buang masa anda sebab mereka tiada karya hebat (malah ada yang belum terbit apa-apa pun).

Macam aku tulis tadi, BAKAL

Ini dia:

Fadli Al-Akiti

Sufian Abas

Azwan Ismail

Ruhayat X

Okey, nama-mana di atas adalah sama ada orang yang jadi kawan aku atau aku kenal secara peribadi. Memang bias gila babi punya.

Kalau kamu tak setuju, sila buat senarai sendiri di blog masing-masing.

Macam aku cakap, entri ini adalah entri hiburan. Mereka di atas ini belum (atau baru hendak mula) ada karya kontroversi. Aku cuma membuat Nostradamus sahaja yang empat ekor ini, MUNGKIN suatu hari nanti membawa apokalips kepada dunia sastera Melayu (terutamanya). Karya-karya mereka bakal dihentam oleh karyawan yang sudah menetapkan undang-undang bagaimana untuk menulis. Mereka tidak diiktiraf seorang penulis yang bagus oleh mata karyawan secara umum. Tapi selepas sepuluh tahun, semua buku-buku mereka diangkat sebagai magnum opus dalam kesusasteraan Melayu (hint: simpan Jian dan Wilayah Kutu untuk kamu jual dengan harga RM1 juta sepuluh tahun lagi). Ramai penulis terkemudian yang dipengaruhi oleh idea dan gaya empat mamat ini.

Tapi…

Mungkin juga aku salah.

Mungkin tidak ada apa-apa yang berlaku.

Apa pun…

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses

  1. tidak, aku tak mengaku di dalam ini 4 ekor, oh tidak!! hehe…ni, ada banyak lagi aku boleh bagi: Saharil (terutamanya, dengar nama dia pun dah gerun! Perempuan boleh koyak rabakkan baju bila dengar namanya), Abdullah Jones, Rahmat Harun, Lutfi (baca cerpen Biawak dia- gila, sangat-sangat gila! Kalaulah dia tak berhenti di situ saja), Mat Jan, Amir Mukriz, Tok Rimau, engkau..! haha-

  2. Hey ini aku punya list!

  3. 3
    Tifani Teh  
    Tuesday, 29. May 2007

    Aku setuju! Aku antara yang terpengaruh dengan Sufianisme.

  4. 4
    MAT JAN  
    Tuesday, 29. May 2007

    SAHARIL! SAHARIL!

  5. ok macam ni nak letak dlm kakiseni, either contact zedeck siew (the new editor) or register dlm kakiseni di sini: http://www.kakiseni.com/notice/#login

    pls do register, so u can iklankan benda ni dlm notice board, at least..

  6. Ada sorang ni dah fowardkan kat kakiseni. Thank you, nanti aku register.

  7. Mana Faisal Tehrani oi!!

  8. Aku cakap BAKAL.

    Maknanya mungkin dalam 10 tahun lagi.

    Faisal Tehrani, kalau nak letak dalam list pun, dia SUDAH atau pun SEDANG.

    Korang semua paham bahasa Melayu ke tak ni?

  9. Oh, what da fak!! Jom ngeteh petang ni. Boleh aku tunjuk kat kau, aku paham bahasa Melayu ke tak!! Ha ha!!

  10. ok, 4 tu dah betul. + saharil la. (aku dah ada wilayah kutu & jian, ho ho)

  11. 11
    ayobkelubi  
    Thursday, 31. May 2007

    4 orang sahaja kah?. ooooo tapi saHaril tu ok gak….

Leave a Reply