12
Jul

AKU BETUL

   Posted by: nazri   in falsafah parodi

Untuk teks falsafah parodi pada hari ini, aku bentangkan kondisi yang berlaku (sengaja sempitkan kategori agar tidak terlalu panjang kajian) kepada setiap entri atau penulisan blogger.

Sindrom ‘Aku Betul’.

Tak payahlah kamu nak cuba berperangai ‘tak nak mengaku’, setiap blogger yang sudah bersetuju menjerumuskan dirinya ke alam blog akan memahat sindrom ‘Aku Betul’ ini. Setiap orang.

Tidak kira kamu menulis hal-hal kecil sepeti hari ini berak berapa kali, hal keagamaan seperti benda ini halal atau haram, hal politik seperti skandal Altantuya dan Na…, filem Transformers, album Smashing Pumpkins atau kajian kitab-kitab pemikir dari Russia, semuanya ada perangai yang sama;

‘Aku Betul’.

Maka kamu menulis sepenuh hati, tidak kisahlah samaada entri itu cuma parodi hidup yang berada di garis pemisah fiksyen atau realiti, tapi kamu mencampakkan semua yang ada dikandung jiwa untuk memastikan entri itu benar-benar mendatangkan kepuasan. Aku percaya juga hampir semua menulis sambil berfikir tentang pembacanya.

Maka, setiap blogger yang wujud di alam siber, mesti mempunyai sifat aku betul.

Tetapi lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang lahir dan hidup, disukai oleh semua orang. Termasuk Nabi Muhammad sendiri yang punya ramai musuh. Maka kamu yang rendah darjatnya dari Nabi Muhammad sudah tentu sekali lebih ramai yang tidak suka dengan apa yang kamu tulis.

Jadi ada entri yang memuatkan komen kontra dari pegangan hidup kamu. Kamu ejek mereka sebagai rendah taraf. Kerana Aku betul.  Apa yang aku tulis itu yang paling betul di dunia. Mereka yang tidak menyokong tidak setaraf dengan kepala pemikiran aku.

Kamu sudah dijangkiti sindrom ‘Aku Betul’. Kamu maki nama-nama yang tidak bersetuju dengan entri kamu (walaupun ya, si anonymous yang lahir dari perempuan yang berzina dengan lelaki tanpa nama memang patut dipotong alat sulitnya sementara dia masih hidup). Kamu akan kata mereka tidak faham. Aku betul, Akubetul, Aku betul! Seperti dua parti politik yang menghentam antara satu sama lain. Sini kata aku betul, sebab memperjuangkan Melayu, sana kata aku betul sebab memperjuangkan Islam. Aku yang berada di tengah-tengah tetap meneguk liur melihat Milo Ais naik harga.

Aku tak mengatakan perihal ‘Aku Betul’ sebagai sesuatu yang salah.

Kenapa mesti salah? Kita meluahkan sesuatu yang lahir dari hati (parodi atau realiti, ia tetap dari hati, dari jiwa, tak usah ‘kencing’), kita mesti mempertahankan apa yang telah ditulis, bukan? Bodoh benar kalau terus sahaja menerima teguran tanpa usul periksa, kerana ada juga teguran yang tidak bersifat membina.

Tapi laksana berdebat, tiada siapa yang mahu kalah. Berilah alasan bahawa kamu sedia berdebat dengan diplomasi dan fakta, tapi asasnya, kamu mahu menegakkan idea ‘Aku Betul’. Kamu mahu menang debat.

Aku Betul, orang lain salah.

Itu adalah asas kepada gaya penulisan blog masakini. Kamu tak usah mengaku tidak terpengaruh dengan idea itu. Jangan jadi pembohong.

Aku betul, aku cool

Orang yang sokong aku, cool

Orang yang tegur aku, tak cool

Orang yang tak setuju dengan cara hidup aku, “kau siapa nak tegur aku?”

Lagipun bukankah aku yang paling hebat di dunia ini, serta kawan-kawan aku yang berkongsi minat dengan aku adalah kawan-kawan yang paling tinggi darjatnya di kalangan manusia? Yang selebihnya, ulat-ulat di tepi sampah.

Muahaahahaha!

*Edisi falsafah parodi hari ini telah ditaja oleh syarikat aviasi Helang Emas, menerbangkan manusia dari Prima Putra sehingga ke Pengkalan Baru.

This entry was posted on Thursday, July 12th, 2007 at 4:28 pm and is filed under falsafah parodi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 comments so far

 1 

isyk, cam terasa lak…..

aku betul
aku betul
aku betul
aku betul!

July 13th, 2007 at 11:14 am
rainbow
 2 

Blog kita.Tanggungjawab kita!

Kalau tak suka.Buat blog sendiri! Tulis di situ!!!

July 13th, 2007 at 10:32 pm
Nazim Masnawi
 3 

Gentle cakap, dosa “Aku betul” tak sebesar dosa “Ini pada pendapat aku (dan lantaklah orang lain nak kata apa pun).”

July 17th, 2007 at 10:32 am
epool
 4 

blog adalah “kerajaan” penulis blog itu sendiri
dan…
tukang komen blog adalah “parti pembangkangnya”
setuju?” :)

July 20th, 2007 at 4:22 pm
nazri
 5 

epool - sudah tentu :P

July 20th, 2007 at 4:25 pm
tuhan
 6 

semua bloggers adalah tuhan.

July 21st, 2007 at 1:01 am
Nazri
 7 

Tak, blogger bukan tuhan (atau sekurang-kurangnya mereka ingat mereka tuhan).

Kalau mereka tuhan, kenapa time internet down, atau server ada masalah, mereka tak boleh update?

July 23rd, 2007 at 10:38 am
 8 

Damn… kau baca blog aku ke? Or seriously ini adalah kebetulan? Kalau kebetulan freaky man..

November 23rd, 2007 at 6:40 pm

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment