Ini adalah bahagian awal bab pertama untuk novel Aliya Elyana 2 yang aku karang tidak lama dahulu. Aku masukkan di sini kerana yakin hakikat novel itu tidak dapat disambung lagi amat tinggi sekali. Mungkin, suatu hari nanti aku mampu juga mempersembahkan cerita seterusnya tentang dua budak perempuan itu yang amat istimewa dalam hidupku.
Selamat membaca;
Oh, ini versi pertama, jadi memang banyak typo dan struktur ayat yang belum diperbaiki. Hikhik.
...
Tengah malam, lebuhraya Persekutuan
Jalan hendak dikatakan banyak kereta, tidak juga. Juga tidak boleh dikatakn lengang. Ianya keadaan normal pada malam isnin. Jalan menghala ke Shah Alam boleh dikatakan sederhana keadaan trafiknya. Masih boleh bergerak selesa, jika tidak terlalu laju memandu kenderaan. Tapi ada sebuah Proton Satria yang begitu tergesa-gesa sekali gelagatnya.
Ia menyusur laju membelah malam. Ada tiga orang lelaki di awal dua puluhan di dalamnya. Masing-masing berkerut wajah. Cemas dan resah. Sekali sekala yang duduk di bahagian belakang menoleh, seolah-olah mencari-cari sesuatu. Entah apa yang dipandangnya.
Pemandunya pula langsung tidak peduli akan keselamatan diri, apatah lagi tidak endah tentang kereta-kereta yang dipotongnya. Proton Satria itu dipandu laju, terlalu laju dan menyusup di celah-celah kereta yang lain. Mujur juga tiada polis yang meronda disitu, jika tidak nahas dikejar.
Entah apa yang megejar mereka hanya tuhan yang tahu. Hendak dikatakan sedang melarikan diri dari seseorang, polis mungkin, tidak pula kelihatan sebarang kereta mengejar mereka. Atau sebenarnya mereka harus segera tiba ke satu destinasi?
“Ped! ‘dia’ ada kat belakang?� soal lelaki yang sedang memandu kepada Ped, yang duduk di bahagian belakang.
Ped geleng. Berkali-kali dia menoleh. Dia mengesahkan yang mereka tidak lagi diekori.
“Jangan slow, jangan slow!� arah lelaki yang berada di sebelah pemandu. Wajahnya begitu pucat. Begitu takut seakan bersemuka dengan malaikat maut.
“Dia dah tak ada, Lan�
“Jangan slow!� Lan menjerit.
Kereta terus laju.
Ped menoleh. Tiba-tiba dadanya berombak. Matanya terbeliak. Mulutnya tenganga luas cuba untuk menjerit. Tetapi tidak mampu. “Itu...itu...�
“Laju! Laju!� jerit Lan.
“Dah habis laju ni!� balas pemandu itu. Pedal minyak sudah berada dilantai. Tangannya ligat mengawal stereng agar tidak berlanggar dengan kereta-kereta lain.
“Aku tak nak mati Lan!� Ped memegang bahu Lan.
“Jangan bising!� Lan menumbuk Ped. Ped terkebelakang, mengaduh dan menangis, bercampur baur.
Tiba-tiba kedengaran seperti sesuatu jatuh diatas bumbung kereta. Debaran masing-masing semakin rancak bermain dalam hati. Jelas bumbung itu kemik sedikit seperti ada sesuatu benda berat yang mendarat dan berpijak diluar. Mereka bertiga tahu apa yang ada diatas.
“Pergi jahanam!� jerit Lan.
Tiba-tiba dari depan muncul satu besi tajam seolah-olah seperti sabit berhayun menembusi cermin kereta terus menikam Lan. Lan tidak mampu berbuat apa-apa bila melihat darah bersembur keluar akibat tikaman besi tajam itu. Dia sedikit mengelupur akibat sakit yang amat sangat.
Ped dibelakang menjadi saksi, histeria bagai orang tidak siuman. Jelas hujung sabit tersebut terus menerus menembusi kerusi tempat Lan duduk. Pemandunya pula panik melihat apa yang telah terjadi. Sifat untuk berselubung membuatkan dia terleka untuk mengawal kenderaan yang amat luar biasa laju itu. Apa yang dia nampak dalam milisaat itu adalah keretanya meluncur laju untuk melanggar belakang sebuah lori.
Pantas dia memusing stereng untuk mengelak namun bahagian sebelah kiri keretanya smepat menyambar belakang lori. Lantas membuatkan Proton Satria itu berpusing dengan laju. Dia sudah mungkin sekali tidak mampu untuk mengawal keadaan ini. Bertambah memburukkan keadaan bila sebuah kereta dari barisannya gagal mengelak lalu merempuhnya.
Akibat rempuhan itu membuatkan Proton Satria tersebut terbalik dan berpusing-pusing atas ke bawah, atas ke bawah, berkali-kali. Ianya terus berpusing dan melanggar penghadang jalan dan tercampak ke seberang sana.
Seterusnya proton yang sudah terbalik itu disambar pula oleh sebuah bas yang laju di jalan bertentangan dan terseret 50 meter jauh sebelum betul-betul terhenti.
Ped dibelakang sudah kaku tidak bernyawa. Begitu juga dengan Lan. Si pemandu yang bermandi darah itu cuba menggerakkan jari-jarinya. Setiap gerakan semakin lemah. Apa yang dia nampak sebelum menutup mata buat selama-mananya adalah kelibat benda berselubung itu, berdiri ketawa dengan sabit panjang dan besar serta merah dicemari darah.
Dan memang nyata...
Lebuhraya Persekutuan hari itu memakan tiga korban yang amat aneh sekali.
Hakikat sebuah imaginasi...

whoa!
feeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrr!
lu kan, gua sabit lu baru lu tau.
Aku tgh baca novel kau ni ... apa niii ada jiwang2 gak selit2 tgh tuuuuuuu ... hehehe kau nak jadi novel terhangat ek?
Huhuhu...
semua manusia jiwang...
Huhuhu...
terlalu tinggi imaginasi...penah kepala membaca
Aliya Elyana <3 tngh fall in love ngan cite ni hehe ^.^
saya sangat2 sukakan novel aliya elyana!the best imagination storyline ever,and saya berhajat nak angkat novel ini menjadi animasi someday..hehe