ANAK HALAL
Anak Halal adalah produk dari pengarah Osman Ali. Nama dia menjadi perhatian dengan hasil kerja tahap dewa seperti Bukak Api.
Kemudian datang Puaka Tebing Biru yang...ummm...aiseh.
Anak Halal menjanjikan satu pengalaman sinematik yang cukup mengujakan. Seperti yang aku tonton dalam Haru Biru.
Premisnya pun bagus. Kisah budak-budak jalanan yang suka berhuha. Mereka berhadapan dengan hidup dengan cara mereka. Salah seorang bertemu dengan anak orang kaya bermasalah, seorang lagi terjebak dengan dunia pengedaran dadah dan apa yang bakal terjadi kepada nasib anak-anak muda ini?
Aku terbayang sebuah filem streetkids seperti karya Larry Clark.
Hmm...
10 minit pertama merupakan waktu yang menjanjikan harapan tinggi di mata aku. 10 minit yang buat aku kata, yeslah! Ini filem yang aku tunggu-tunggu.
Kalau ia sebuah filem pendek, aku akan kata "Huzzahhh! Osman Ali adalah genius".
Tapi ini bukan filem pendek.
Juga bukan filem indie (ikut konteks Malaysia).
Okeylah, untuk adil, aku ceritakan apa yang aku suka dahulu:
- Sinematografi. Banyak juga shot yang best dan buat aku kagum. Terutama shot masa ending, di lorong celah dua bangunan, sayup-sayup nampak KLCC.
- Zul Huzaimy bawak karakter orang jahat.
- Dialog ada gampang, sial dan semua itu. Aku suka. Yehaa!!!
- Tunjuk sisi gelap KL. Ini bukan filem warna-warni Malaysia dan takkan boleh jadi promo untuk tahun melawat Malaysia. Mungkin ada yang tak suka imej-imej gelap KL ini (sebab mereka mahu mencipta Utopia), tapi imej-imej gelap ini memang wujud di KL. Babak menarik antaranya shot Sungai Kelang (rasanya) yang begitu kotor.
Okey, sekarang apa yang aku tak suka:
- Plot yang entah apa-apa. Tak kukuh langsung. Maksud aku perjalanan cerita langsung tak terjaga. Orang boleh kutuk Prof Razak dan Nana Tanjungnya, tapi bagi aku produk Prof Razak lebih terjaga plotnya. Dan aku menepis alasan berselindung di sebalik nama "art movie".
- ada dua plot besar (pada mulanya nampak tak ada kaitan) akhirnya bergerak dan bercantum. Tapi cantuman itu tidak cantik. Bayangkan masa plot Farid Kamil - Fasha Sandha, aku boleh terluap plot Adi Putra - Zul Huzaimy.
- Karakter Fasha Sandha seperti anak orang kaya yang bermasalah. Tapi karakter ini tiada kekuatan. Pada awal cerita ia muncul dan begitu menjengkelkan. Mula-mula aku keliru, aku ingat Fasha Sandha ini perempuan gila. Malah sehingga akhir cerita, aku kurang percaya karakter Fasha sebagai seorang penagih.
- Kebetulan yang memualkan. Fasha Sandha kebetulan jumpa Adi Putra di jambatan selepas Adi Putra jumpa Jehan Miskin. Fasha Kebetulan Sandha baru lepas jumpa Jehan Miskin, pastu Jehan Miskin blah, suruh Fasha tunggu, lepas tu kebetulan terserempak Farid Kamil yang bawak lori, Farid Kamil tahan fasha Sandha dan WTF Jehan Miskin boleh lalu sekali lagi di situ? Kebetulan pula hero baru balik masa Fasha jatuh, kebetulan Maya Karin jumpa bapak Fasha masa si bapak nak keluar rumah, kebetulan Fardi Kamil and the gang kenal dengan Jehan Miskin pusher si Fasha yang nanti kebetulan pulak berkenalan dengan Farid Kamil (sebesar KL ni sorang je ke pusher?) Kebetulan aku terserempak dengan elyana yang kebetulan sedang beli baju untuk prom night yang kebetulan juga aku akan pergi sebab kebetulan aku dan Elyana sedang bercinta dan kebetulan kami akan kahwin dua tiga tahun lagi dan kebetulan kami dapat anak yang comel-comel.
- Aku tak faham bagaimana Rosyam Nor boleh cari balik 'Bonda' (Mislina) tapi tak boleh cari anaknya, Farid Kamil. Tu kebetulan jugak tu si Farid Kamil gaduh dengan anak buah Rosyam Nor. Okeylah, mungkin Rosyam Nor kebetulan terjumpa balik Mislina. Tapi, tapi tapi...
- Keseluruhan pembangunan cerita tidak membawa kepada ending pun. Maka bila ending, aku tak peduli pun sama ada Farid Kamil nak tembak atau nak sembah atau nak dakap bapaknya. Keseluruhan konflik berkaitan geng farid Kamil dengan geng Zul Huzaimy. Betul, Rosyam Nor adalah DrugLord dan bos kepada Zulhuzaimy, tapi, perjalanan plot takde langsung nak mengaitkan Rosyam Nor dengan Farid Kamil.
- Mula-mula dialog santai macam gua lu, tapi bila nak habis cerita, bila time tense, Aku, Engkau pulak. Boleh main tukar-tukar je ke?
- Aku rasa pengarah tak tahu apa nak buat dengan karakter Fasha Sandha.
- Karakter Maya Karin yang wasted.
- Adegan akhir semasa Farid Kamil tahan jip orang jahat. Dia bergaduh dengan orang jahat dan hampir kalah, tatkala ini geng Farid Kamil baru sampai. Roger ebert pernah tegur kelemahan ini sebagai Predictable Tree. "The Predictable Tree is named after the first Rambo movie, in which the bad lawman paused under a tree, and Rambo dropped on him. Why did the lawman choose that tree? How did Rambo know he would?". Seolah seperti Farid Kamil bawak geng untuk serang markas orang jahat, tapi dia pergi pecut motor sorang diri meninggalkan geng lain. Bagaimana ia boleh jadi begitu spesifik timing?*
- Rugi besar sebuah filem bila penonton sudah tidak peduli apa yang berlaku terhadap hero dan heroin. Itu yang berlaku. Orang jahat mati? Aku peduli apa.
Ada pun ini berdasarkan pemerhatian mata dan selera aku. Mungkin aku bakal ditembak sebagai orang yang tidak menyokong filem-filem Melayu, mungkin aku dikatakan tidak seni. Tetapi seni sangatkah anda? Maka jika penilaian aku kontra dengan majoriti, apa yang boleh aku buat? Mungkin juga aku gagal membaca bahasa filem si pengarah (itu yang aku malas nak buat entri filem Melayu, sebab nanti menyinggung perasaan si pengarah, seperti selalu). Entah le.
Apa pun tengoklah Anak Halal demi menyokong filem Melayu. Cuma harapnya lepas ni Osman Ali boleh keluarkan karya yang lebih bagus, sebagus Bukak Api, contohnya. Aku amat berharap dan merayu sepenuh hatiku.
* Satu lagi quote Ebert: "The worst moment comes when he opens the kitchen blinds, and Lydia is standing right outside them, staring at him. He slams them shut and tries to pretend nothing happened. What we have here is a particularly annoying movie gimmick in which the other person (Lydia, in this case) knows exactly when and where to position herself to create the shock effect. We aren't allowed to wonder how many hours, or days, she was posted outside, maybe in the rain, waiting for him to open the blinds." - Filem Sliding Doors
*** Terima kasih kepada Ajami Bicaraskrip atas undangan. Maaf aku tak boleh tulis benda yang baik-baik sahaja. Harapnya tidak serik mengajak aku.
Rebiu Nazim Masnawi: Sini

December 17th, 2007 at 8:18 pm
wahhh comment tak nak kalah tu...
http://wenkt.com/blog/?p=1879
December 17th, 2007 at 8:27 pm
betul, aku nampak jaaln cerita ni longga, banyak sangat kebetulan yang menjengkelkan. Dan aku rasa nak gelak je mekap si farid kamil waktu ending, darah tu nampak sangat calit, tak macam terpercik ke apa ke. Si adi putera, dengan member-member cakap aku engkau, dengan pusher cakap wa-lu, kelakar.Dan banyak part yang dibuat-buat serta tidak perlu sebenarnya.
Tapi vovin, kau dah komen, kira cukuplah ajinomotonya, huhu.
Serius, cerita ni hebat sebenarnya,kalau dibuat dengan lebih kemas.
December 18th, 2007 at 2:28 am
lerrr.. aku lagik sker kau tulis jujur dr hipotalamus!.. mcm X reti2!!!
December 18th, 2007 at 2:33 am
Kebetulan aku terserempak dengan elyana yang kebetulan sedang beli baju untuk prom night yang kebetulan juga aku akan pergi sebab kebetulan aku dan Elyana sedang bercinta dan kebetulan kami akan kahwin dua tiga tahun lagi dan kebetulan kami dapat anak yang comel-comel.
>> desu ex machina!!! kebetulan tahap dewa langit ke-7!!!
December 18th, 2007 at 2:34 am
correction ejaan
'deus ex machina' karang aku kena sumpah dgn Robert McKee!!! err! Xper kau Xkenal dia!!!.. larriikkkk!!!
December 18th, 2007 at 3:03 am
*cough* aku suka Puaka Tebing Biru, in fact aku rasa ia agak underrated. Lebih fairytale dari horror, macam filem Guillermo Del Toro. Apa2 pon aku setuju 85% dengan pendapat kau pasal Anak Halal.
December 18th, 2007 at 3:10 am
Aku tak ada masalah kalau satu Malaysia suka Anak Halal pun. Aku cuma memberi pendapat atas pandangan aku sendiri saja.
Lagipun standardlah kalau ada orang suka, ada orang tak suka.
Mana ada filem seluruh umat manusia suka.
Haha.
December 18th, 2007 at 7:51 am
aku suka rebiu kau..tapi bila pulak elyana ni masuk cerita tu? miracle miracle
December 18th, 2007 at 9:51 am
aiseh, rebiu ko ni membuat hatiku terasa kemalasan mahu menonton filem ini. Baru aje nak paksa gf aku tgk cerita ni pasal dia kurang suka menonton filem melayu. eh, tanak rebiu Dunia Baru season 3 ke? haha.
December 18th, 2007 at 11:41 am
Bart, if you read this, you should check out Anak Halal. Your sweetie, Raja Farah gets squeezed, hugged, kissed with just about anybody in this film. Man, even by 70 year-old pak pacak.
December 18th, 2007 at 12:31 pm
Fasha cantik, tapi sayang - Suara doraemon @ mickey mouse.
Nazim : sex (even scene yg pra pun) sells. Haha.
December 18th, 2007 at 3:50 pm
Kamarul - Tengok saja, lagipun mana tahu kau suka since aku rasa ada dua tiga kerat je yg tak suka anak halal ni.
Fasha Sandha still lebih best dari Fazura. Chsiyok!
December 24th, 2007 at 9:15 am
tak tak, fazura lagi mengiurkan.. tapi aku dah start suka raja farah la plak...
December 24th, 2007 at 9:45 am
Fasha or Fazura or what not, bila Lisa Surihani kicks you guys' ass besok dalam I'm Not Single, jangan lupa siapa yang uar-uarkan tentang dia kat korang terlebih dulu. *kenyit mata sambil buat tembakan olok-olok*
December 27th, 2007 at 4:15 pm
Raja Farah, I knew it. Bitch. Dalam filem ni, aku paling suka karakter Yong Salimah, lakonan Elyana.
January 3rd, 2008 at 10:30 pm
[...] Laman web ini disebut dalam rancangan Gala Tv di saluran Astro Awani (ch 123) disebabkan entri anak halal. [...]
January 6th, 2008 at 11:12 am
tinggal 10 minutes of fame sahaja..