Kalau kalian dalam lingkungan umur aku (27 tahun), teringatkah kalian dengan siri buku terjemahan “Lima Sekawan”? aku masih ingat siri terjemahan tersebut yang dipromosi oleh tukang jual buku di sekolah rendah. Juga boleh didapati di rak pusat sumber dengan meriah sekali.
Aku agak siri terjemahan tersebut agak popular ketika itu. Siri terjemahan itu juga memperkenalkan aku kepada penulis novel kanak-kanak yang prolifik yakni Enid Blyton. Dia merupakan penulis pertama yang aku kenal (serasa kalau ingatan ini masih belum menipu). Malah lebih awal dari Roald Dahl.
Malah di kampung aku masih mempunyai beberapa siri ‘Famous Five” (tajuk asal siri novel penyiasatan kanak-kanak itu) yang pada asalnya dimiliki oleh ibuku. Dalam versi Bahasa Inggeris, sudah tentu.
Juga, pernahkah kalian membaca satu siri novel (juga karangan Enid Blyton) mengenai budak-budak perempuan sekolah asrama? Aku tak pasti tajuk novel terjemahannya tetapi tajuk asalnya ialah siri St. Claire (kisah kembar masuk sekolah asrama).
Aku agak teruja dengan kisah-kisah dalam siri St. Claire. Cuma keterujaan itu tidak boleh aku tonjolkan sangat kerana agak pelik seorang budak lelaki membaca kisah budak perempuan. Nanti dikatakan pondan. Aku masih ingat semasa van menjual buku cerita datang ke sekolah, budak-budak lelaki lain berebut membeli buku cerita berilustrasi RAMBO (70% gambar, 30% cerita). RAMBO adalah simbol ego budak lelaki sekolah rendah ketika itu. Juga beberapa buku cerita perang. Tapi aku secara senyap-senyap membeli siri terjemahan kisah St. Claire tersebut (gila wooo, mampus kalau budak lelaki lain tahu).
Tapi aku agak rasa beruntung kerana membaca karya-karya Enid Blyton ketika itu. Secara tidak langsung Enid Blyton menjadi penyambung kepada titik-titik hidup aku. Mungkin, jika mungkin, kalau aku memilih untuk membeli buku cerita berilustrasi RAMBO, Aliya Elyana takkan lahir, aku tak menjadi editor di Gempak Starz, aku tak berkenalan dengan kamu semua malah mungkin sekali dunia vovin ini tiada. Mungkin, jika mungkin, sekarang aku menjawat kerjaya yang lain sama sekali. Jurutera ke, pensyarah ke (member aku yang baca buku RAMBO itu sekarang menjadi pensyarah di Ipoh).
Untuk Puan Enid Blyton, terima kasih kerana melahirkan Lima Sekawan, siri St. Claire dan siri-siri lain.
Enid Blyton 1897 - 1968
- Apa nama penerbitan yang menerbitkan buku terjemahan Enid Blyton masa itu?
- zaman itu juga ada buku terjemahan Nancy Drew, Hardy Boys dan beberapa tajuk lagi.
- Sesiapa boleh beritahu aku tajuk siri St. Claire yang dibahasa Melayukan pada zaman itu?
- Tak silap aku nama ditukar kan? Dalam siri Nancy Drew ada nama Salma, Zarina dan sekor lagi member diorang. Aku juga teringat nama Johnson Lai (atau George Lai) tapi untuk siri yang mana entah.
- Siapa ada lagi buku-buku terjemahan tersebut?
Link:

16 comments so far
Leave a reply