Kalau kalian dalam lingkungan umur aku (27 tahun), teringatkah kalian dengan siri buku terjemahan “Lima Sekawan”? aku masih ingat siri terjemahan tersebut yang dipromosi oleh tukang jual buku di sekolah rendah. Juga boleh didapati di rak pusat sumber dengan meriah sekali.
Aku agak siri terjemahan tersebut agak popular ketika itu. Siri terjemahan itu juga memperkenalkan aku kepada penulis novel kanak-kanak yang prolifik yakni Enid Blyton. Dia merupakan penulis pertama yang aku kenal (serasa kalau ingatan ini masih belum menipu). Malah lebih awal dari Roald Dahl.
Malah di kampung aku masih mempunyai beberapa siri ‘Famous Five” (tajuk asal siri novel penyiasatan kanak-kanak itu) yang pada asalnya dimiliki oleh ibuku. Dalam versi Bahasa Inggeris, sudah tentu.
Juga, pernahkah kalian membaca satu siri novel (juga karangan Enid Blyton) mengenai budak-budak perempuan sekolah asrama? Aku tak pasti tajuk novel terjemahannya tetapi tajuk asalnya ialah siri St. Claire (kisah kembar masuk sekolah asrama).
Aku agak teruja dengan kisah-kisah dalam siri St. Claire. Cuma keterujaan itu tidak boleh aku tonjolkan sangat kerana agak pelik seorang budak lelaki membaca kisah budak perempuan. Nanti dikatakan pondan. Aku masih ingat semasa van menjual buku cerita datang ke sekolah, budak-budak lelaki lain berebut membeli buku cerita berilustrasi RAMBO (70% gambar, 30% cerita). RAMBO adalah simbol ego budak lelaki sekolah rendah ketika itu. Juga beberapa buku cerita perang. Tapi aku secara senyap-senyap membeli siri terjemahan kisah St. Claire tersebut (gila wooo, mampus kalau budak lelaki lain tahu).
Tapi aku agak rasa beruntung kerana membaca karya-karya Enid Blyton ketika itu. Secara tidak langsung Enid Blyton menjadi penyambung kepada titik-titik hidup aku. Mungkin, jika mungkin, kalau aku memilih untuk membeli buku cerita berilustrasi RAMBO, Aliya Elyana takkan lahir, aku tak menjadi editor di Gempak Starz, aku tak berkenalan dengan kamu semua malah mungkin sekali dunia vovin ini tiada. Mungkin, jika mungkin, sekarang aku menjawat kerjaya yang lain sama sekali. Jurutera ke, pensyarah ke (member aku yang baca buku RAMBO itu sekarang menjadi pensyarah di Ipoh).
Untuk Puan Enid Blyton, terima kasih kerana melahirkan Lima Sekawan, siri St. Claire dan siri-siri lain.
Enid Blyton 1897 - 1968
- Apa nama penerbitan yang menerbitkan buku terjemahan Enid Blyton masa itu?
- zaman itu juga ada buku terjemahan Nancy Drew, Hardy Boys dan beberapa tajuk lagi.
- Sesiapa boleh beritahu aku tajuk siri St. Claire yang dibahasa Melayukan pada zaman itu?
- Tak silap aku nama ditukar kan? Dalam siri Nancy Drew ada nama Salma, Zarina dan sekor lagi member diorang. Aku juga teringat nama Johnson Lai (atau George Lai) tapi untuk siri yang mana entah.
- Siapa ada lagi buku-buku terjemahan tersebut?
Link:


Tuesday, 4. December 2007
salah satu sebab aku menulis adalah kerana aku suka sangat baca buku sejak kacil (ayah aku kerja kat perpustakaan pd satu masa) dan enid blyton adalah exposure aku pada buku time tu. tabik pada enid blyton!
Tuesday, 4. December 2007
zaman sekolah aku lak aku prefer Alfred Hitchcock punya cita.. 3 karakter dalam siri penyiasatan AH tu, Jalil, Gopal dan Ah Meng.. antara siri yang aku ingat Misteri Tengkorak Hidup (siri pertama yg aku baca), Misteri Azimat Senoi.. ada few lagi siri dia yg aku tak ingat tajuknya.. Aku try baca Nancy Drew punya siries tapi takleh masuk.. probably antagonist nya perempuan kot..
Tuesday, 4. December 2007
macam nuppy,aku banyak didedahkan dengan alfred hithcock tapi paling best sekali siri penyiasatan nancy drew yang disalmakan.
george lai tu aku rasa lima sekawan tu ler vov…
apa pun tabik untuk kau yg berjaya membawa legasi enid blyton dalam hidup kau.
aku?.tak dapat nak bawak sebabkan aku telah dipesongkan oleh bangsat2 yang mcm ko ceritakan dlm entri dulu tu….
Tuesday, 4. December 2007
Dia ada 2, satu St Claire, hok tu tak best sangat. Yang terjemahan Seri Melur tu yang best. Aku ingat satu watak budak pandai maths pada masa yang sama sangat pandai main musik. Orang percaya kalu pandai Math dan tak pandai musik. Aha Nora kalau tak silap aku, ini macam satu watak wallah geniuslah gitu.
Tapi cikgu English aku tak galak baca Blyton. Masa tu dah A Level dah, so lebih banyak baca paper dan jurnal-jurnal. Lagi pun sistem pendidikan British tak allow ko banyak masa nak baca-baca buku fiction pun. Setembun reading list yang ko kena habiskan masa course work ko. Tu aku heren macam mana sepupu aku kat UM boleh ada stembun sijil prog bersama masyarakat.
Wednesday, 5. December 2007
St Clare = Sekolah Tengku Asyikin? Rasanya
Malory Tower = Sekolah Seri Melur
Aku lagi suka Malory Tower…
Buku terjemahan kalo korang perasan tak best sebab bukan saja nama2 dimelayukan(yg ni tak kesah sgt) tapi yg lebih teruk ialah ia dipendekkan….cuba ambik 5 sekawan versi terjemahan dan the famous 5 yg sama judulnya, dan kira berapa mukasurat untuk satu bab…bezanya memang lebih dari 5 pages…
Apa2pun buku E.Blyton paling best sepanjang zaman ialah : Siri Adventure yg wataknya bernama Philip, Dinah, Jack & Mary Ann serta burung kakaktua bernama Kiki itu….yg ni ada 8 buku semuanya (paling aku suka adventure di laut tu).
Wednesday, 5. December 2007
INGAT!!!!!
dan GAIA betul. itulah nama-nama sekolah asrama perempuan tu. Ya Allah, sukanya aku baca buku2 tu. entah berapa kali khatam pun tak tau. Enid blyton, Alfred Hitchcock, Nancy Drew, Hardy Boys. Buku-buku tu mewarnai masa kecik aku.
Wednesday, 5. December 2007
Aku dah mula blur mana satu aku suka, sekolah Tengku asyikin ke sekolah seri melur. aku rasa sekolah seri melur. Thank you sebab kasi tahu.
Rasa semacam mahu baca balik terjemahan tu. Beri nostalgia.
Thursday, 6. December 2007
Aku kenal Enid Blyton masa kecik. masa layan buku2 ‘ladybird’. Mak aku tak syorkan beli yang Melayu jadi dia belikan yang Inggeris. Aku banyak membaca watak2 budak yang berkawan dengan elf atau pari2. Zaman tu, buku Alfred Hitchcock dan The Hardy Boys tgh meletup kat sekolah aku (Kajang) utk budak2 lelaki. Aku tak dapat baca masa tu tapi abang aku suka gila. Peliknya, masa kecik tu, bila kawan aku nampak kulit buku tu aku jaja kat kelas, deme tanya aku, citer apa ni.. Aku pun, entah macam mana bercerita yg bukan2, dgn plot gila2 ambil dari filem2 seram aku tgk masa kecik untuk ‘cerita’kan cerita ‘kulit’ novel Alfred Hitchcock tu. Masa dah besar sikit, aku sedikit malu ngan kwn2 Sri Petaling aku sebab deme layan Cristopher Pike dan perempuannya Sweet valley high sedang aku masa tu baru mula nak layan novel bebudak DBP. Tapi masa itu jugalah, aku ternampak novel Roald Dahl, dan mulalah adventur aku membaca cerita Roald Dahl yang gila2..
Wednesday, 20. February 2008
Salam perkenalan semua…
Waktu tu abg saya beli siri HB dan AH, manakala kakak pula beli siri HB dan ND dan adik membeli siri 5S. tapi saya baca kesemuanya. cuma waktu tu xde sesiapa yang menegur bila saya baca ND. sebenarnya siri ND lebih menarik jln ceirtanya berbanding HB. lebih seram dan mendebarkan. tetapi membaca siri ND tidak mengubah sifat seseorang lelaki (seperti saya). saya masih membesar menjadi seorang lelaki sejati yang sukakan aktiviti lasak dan adventure.
manakala kakak saya pula tetap ayu sebagai seorang wanita yg sudah berkahwin kekal dengan sifat kewanitaannya. Mungkin masa tu rakan sebaya kita dulu (sy 26) tidak sceptical berbanding bebudak masa kini.(kenapa ye?)…
saya pun pernah nampak buku2 seri melur tu di library sekolah rendah. tapi tak pernah teruja nak tengok. dia ada cerita2 misteri juga ke?. saya setuju dengan nazri. berahsia baca buku ND sebab takut ditertawakan rakan lelaki.
satu lagi, ironinya, lebih seronok melihat ilustrasi kulit dan ilus. dalam berbanding jalan cerita ketika tu. pernah satu masa, kerana kegilaan saya pada buku2 tersebut, saya cuma meinjam di libraray sehari satu setiap hari. kebanyakannya saya tak baca cuma sukakan ilustrasinya sahaja, kalakarkan?….
Thursday, 10. April 2008
bestnya..tapi sayang semua koleksi yang saya pernah beli zaman sekolah dulu dah hilang..ada sesapa tahu tak mana nak dapat novel kanak2 semua penulis tu..yang bahasa melayu punya? tolonglah saya
Thursday, 17. April 2008
Akak ni peminat novel enid blyton,sekolah rendah awal 70an.Memang waktu tu kegilaan ramai,kat library berlambak buku tu, bm dan bi.Kat kedai ada jual rm 2.50 je masa tu tapi takde duit nak beli.Camana nak kumpul duit belanja,belanja pun 20sen sehari.Sekarang ni pun tengah mencari koleksi dlm bm untuk anak-anak baca.Hari tu jumpa sebuah kat Ampang Park cerita lima sekawan.penerbitan Federal publications.Akak jumpa kak kedai kat jln tuanku,tajuknya sama dgn cerita enid blyton -sekolah tg asikin dan sekolah seri melur.Rasanya copyright novel enid blyton tapi tak ada nama penulis,penerbitan fargoes- siri pelajar.Banyak siri,serupa mcm cerita enid blyton yg akak pernah baca.Akak dah khatam semua siri.Yg original penerbitan federal tu tapi kat kedai buku yg akak pergi byk takde.Siapa ada info,manalah tau ada jual kat mana-mana online ke atau kat kedai buku lain,tolonglah beritau ya!Memang ramai yg ada kenangan manis dgn novel Enid Blyton ni.
Monday, 2. June 2008
Teringat masa aku darjah 6 selalu pinjam buku cerita ni kat library sekolah.Itu kisah 26 tahun lps hehee…
Friday, 25. July 2008
tak sangka ramai jugak seangkatan rupanya. aku dulu pun time sekolah rendah sekitar 1983-1990 memang giler nan benda-nbenda ni. bila SPM, masuk U, aku lupa jap buku-buku koleksi tu. tapi skang dah keje anak dah 2 aku jadi ketagih balik. selalu masuk web enidblyton.net. rupanya member seluruh dunia pun ketagih buku-buku ni. semua nostalgia zaman kecik diorang. takde ke web melayu yang ketengahkan citer-citer ni ? aku skang sebab jauh ngat ngan koleksi aku kat Kelate( skang dok Miri) selalu la plak baca & buat koleksi e-book citer Enid Blyton, Alfred Hitchcock dan sebagainya ni. Tak sangka masih best…
Monday, 25. August 2008
Ini senarai lengkap terjemahan buku-buku Enid Blyton: St Clare’s dan Mallory Towers:
Sebelum diterbitkan oleh Hasrat Pelajar (terbitan 1993), kalau tidak salah buku-buku ini (buku-buku Enid Blyton) pernah diterbitkan oleh Penerbitan Fargoes pada tahun-tahun 1970-an. Waktu di sekolah rendah (akhir tahun-tahun 70-an) saya pernah membaca buku-buku terjemahan ini. Ini bermakna, sebelum Hasrat Pelajar menerbitkannya semula, sudah ada penerbit lain yang menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Saya tidak dapat fakta yang tepat, tetapi mengambil kesimpulan penerbit tersebut adalah Fargoes kerana buku-buku Enid Blyton yang lain diterbitkan oleh Penerbitan Fargoes ini pada tahun-tahun 70an.
(Rujuk: http://www.pendeta.um.edu.my - “Misteri di desa bunyi loceng”. Blyton, Enid. Kuala Lumpur : Penerbitan Fargoes, 1974)
Siri Lima Sekawan (Famous Five) diterbitkan oleh Penerbit Fargoes juga pada tahun 1974.
Siri saudara kembar itu saya sudah lupa nama wataknya, cuma ingat kuat dengan judul “Anak Kembar Encik Harun.”
Siri Sekolah Seri Melur itu memang watak utamanya bernama Rozi (Darrell). Paling saya ingat dua watak lain, Maimunah (Mavis) yang bersuara merdu dan pandai bernyanyi serta Amin aka Tengku Aminah (nama Inggeris asal: Bill aka Wilhelmina yang pada setiap penggal baru akan dihantar ke sekolah oleh abang-abang dan adik lelakinya yang turut menunggang kuda).
Juga, saya masih ingat kepada adik Rozi yang akhirnya turut memasuki Sekolah Seri Melur ketika Rozi di Tingkatan 4.
Paling saya suka ialah salah satu bab dari siri ini: Jamuan Tengah Malam
SAUDARA KEMBAR DI SEKOLAH TG ASHIKIN (Terj. AZIZAH SHARIF, Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
ANAK KEMBAR ENCIK HARUN (Terj. AZIZAH SHARIF, Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
PENGGAL KETIGA DI SEKOLAH TG ASHIKIN (Terj. SITI SAPUAH, Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
TINGKATAN 2 DI SEKOLAH TG ASHIKIN (Terj. SITI SAPUAH, Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
TINGKATAN 4 DI SEKOLAH TG ASHIKIN (Terj. SITI SAPUAH, Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
TINGKATAN 5 DI SEKOLAH TENGKU ASHIKIN (Terj. SITI SAPUAH, Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
Terjemahan daripada:
The Twins at St Clare’s
The O’ Sullivan Twins
Summer Term at St Clare’s
The Second Form at St Clare’s
Claudine at St Clare’s
Fifth Formers of St Clare’s
TINGKATAN 1 DI SERI MELUR (Terj. AZIZAH SHARIF Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
TINGKATAN 2 DI SERI MELUR (Terj. AZIZAH SHARIF Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
TINGKATAN TIGA DI SERI MELUR (Terj. AZIZAH SHARIF Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
TINGKATAN 4 DI SERI MELUR (Terj. AZIZAH SHARIF Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
TINGKATAN 5 DI SERI MELUR (Terj. AZIZAH SHARIF Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
PENGGAL TERAKHIR DI SERI MELUR (Terj. AZIZAH SHARIF Penerbit: Hasrat Pelajar, KL. 1993)
Terjemahan daripada:
First Term at Malory Towers (1946)
Second Form at Malory Towers
Third Year at Malory Towers (1948)
Upper Fourth at Malory Towers
In The Fifth at Malory Towers
Last Term at Malory Towers
Juga dari rujukan pendeta.um.edu.my, terdapat siri ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu pada tahun 1974.
Pelajar paling nakal disekolah Blyton, Enid. Kuala Lumpur : Penerbitan Fargoes, 1974.
Naughtiest Girl In The School
Lagi kisah pelajar nakal Blyton, Enid. Kuala Lumpur : Penerbitan Fargoes, 1974.
Naughtiest Girl Again
Pelajar nakal menjadi ketua murid Blyton, Enid. Kuala Lumpur : Penerbitan Fargoes, 1974.
Naughtiest Girl Is A Monitor
**bagus betul kerja2 cari buku2 lama macam ini! macam buat penyelidikan akademik atau buat makalah saja.
\(*o*)/
Monday, 25. August 2008
aaa, terima kasih NB kerana sudi berkongsi
Boleh dijadikan panduan untuk cari balik di mana-mana kedai buku.
Wednesday, 27. August 2008
setelah suku abad, dua buku enid blyton yang sangat berbekas di hati, “lima sekawan cabut lari” (sebab nama anjing/kucing yang jahat itu “busu” tapi dipanggil “busuk”) dan “rahsia kota sarang intai (secret of the spiggy hole).
pengaruh kuat benar buku2 enid blyton pada saya. cuma fikir masa itu kalau bergaduh dengan emak, boleh ikut macam budak-budak lima sekawan dan mike, jack, peggy dan nora (rahsia kota sarang intai), naik perahu dan lari tinggal di pulau.
suka betul baca buku2 seri melur dan sek. tg ashikin. tapi bila masuk asrama tingkatan 1-5, tak ada pula berlaku perkara-perkara macam dalam buku. apa-apa pun, sampai sekarang, saya masih suka enid blyton.
dulu, waktu ada rancangan golden dreams benson & hedges, saya pun cuba masuk. saya tulis dalam borang, impian saya adalah untuk dapat baca semua buku-buku karya enid blyton.
tup! tup! yang dapat masuk adalah a lady yang golden dreams-nya mahu 1000 pasang kasut.
agaknya memang betul, sampai sekarang pun walaupun nilai sebuah buku ternyata lebih rendah daripada nilai sepasang kasut, orang masih tak suka baca buku.
hey! encik vovin aka nazri, terima kasih entri tentang enid blyton ini. benda-benda serupa ini memang selalu buat saya h a p p y.
\(*.*)/
Wednesday, 24. September 2008
sy ada hampir kesemua koleksi siri salma atau nancy drew yg dulunya semasa terbitan hasrat pelajar harganya cuma rm1.90.
enid blyton pun ada beberapa siri. antaranya sekolah tengku ashikin & seri melur, 5 sekwan.. mcm2 la. betul2 mengimbau kenangan
kebetulan ms sy bc entry ni sy baru saja baca semula kesemuanya utk kali yg keberapa ratus
Tuesday, 14. October 2008
ada sesiapa yang tahu di mana nak dapatkan koleksi buku² ini tak?
Wednesday, 5. November 2008
Salam semua…
Sy minat gile siri enid blyton (5 sekawan) n alfred hitchcock (3 penyiasat). Pastu buku cerita yg leh choose jalan citer tu. tak ingat nama dia tp cara bacanya, kita leh pilih 2 atau lebih kemungkinan/sambungan. Oleh itu, sy harap sgt kalau ada sapa2 kat sini yg leh bg tau mana nak beli koleksi buku2 ni. sy da bertahun cari tp tak jupe2 gak. buku terakhir dlm koleksi sy, Misteri Permata Embun (Alfred Hitchcock), Gangguan Tgh Malam (english-Five Go Off in the Caravan) (5 sekawan) n Five on Kirrin Island Again (5 sekawan).. tapi sume da ilang masa pindah umah. minta tolong sgt ye kalau ada sapa2 leh bg maklumat or kalu nak jual kat sy pun ok gak.. kalu ada, tolong email kat amirahuia@yahoo.com.. BIG THANK YOU