Aku berpeluang bertemu dan berbual dengan seorang ‘orang besar’ dalam dunia penerbitan buku dan novel.
Satu ayat dia yang bermain dalam kepala otak aku ialah “kami sedang mencari karya yang lain dari yang lain”
Okey, kita tinggalkan sebentar perkara di atas.
Aku juga pernah berbual (YM) dengan seorang teman perempuan, yang mengeluh kerana karya-karyanya ditolak oleh penerbit. Sudah tiga novel karangannya gagal untuk dibawa ke-mana-mana.
Dia seorang yang berbakat. Tulisannya lari dari gaya klise penulis perempuan. Temanya bukan seperti tema yang berderet di rak buku Melayu. Tambah lagi, kalau Indonesia ada Ayu Utami, Malaysia ada dia, sampai begitu sekali aku mengangkat teman yang jauh lebih berbakat dariku.
Satu lagi ayat yang bermain di fikiran aku bila ada penerbibt bertanyakan kepada teman itu, “ada orang akan bacakah karya awak? Awak ada peminat tak?”
Itu, adalah soalan yang paling bangsat pernah aku dengar dari mulut penerbit. Ayat yang mungkin hampir sama pernah J.K Rowling dengar bila buku pertama Harry Potter menghadapi masalah ditolak oleh banyak penerbit. (Sekarang penerbit-penerbit itu boleh jilat ludah mereka).
Apa relevannya dengan cerita pertama? Relevannya ialah, sama seperti banyak hal, ayat “kami mahu cari lain dari yang lain” itu sebenarnya tidak menggambarkan maksud yang sebenar. Nah, si teman ini unik gayanya, segar temanya, tapi kenapa masih ditolak?
Kadang-kadang aku tersengih sendirian bila mendengar ucapan-ucapan dari orang-orang besar ini, bila bersungguh-sungguh bercerita tentang perjuangan sastera, tentang mencari penulis besar Malaysia, tentang apa sahaja. Tentang mahu unik, tentang itu, tentang ini. Tentang menerbitkan karya agung.
Itu cuma omong promosi. Marketing bak kata bahasa orang yang pernah menjajah Tanah Melayu. Kembalikepada perkara pokok, karya yang dihantar hendaklah mengikut selera perut mereka juga, yang kadang kala betul, dan kadang kala…salah…
Apa pun, teks ucapan itu bukan mereka yang tulis pun.
Untuk nota kecil, isu ini bukanlah isu Malaysia sahaja. Mungkin kalau aku berada di Amerika, peluang untuk melihat karya aku berada di rak buku jauh lebih rendah dari sini. Mungkin.
Aku ucapkan selamat berjaya kepada teman tersebut. Moga-moga dia dapat menjadi setanding Ayu Utami suatu hari nanti.

Sunday, 5. August 2007
im sori to say this but PAKCIK NOR n MAKCIK AI can eat shit! That goes for DR IR too!
Friday, 9. November 2007
hmph. macam berminat untuk membaca karya kawan kamu.