17
May

BANGANG YANG PARIS HILTON

   Posted by: nazri   in jurnal

Paris Hilton adalah ikon kepada perempuan bangang. Jangan salah sangka, aku tak kata dia jahat, aku tak benci dia, tapi itu tidak menafikan fakta bahawa dia adalah ikon perempuan bangang.

Kemudian, ada pula si bangang yang buat petisyen ini. Bayangkan ada manusia buat petisyen untuk perempuan bangang, menjadikan dia dua (atau lebih) bangang dari si bangang tersebut.
Oh, aku ingat era orang darjat/pangkat besar terlepas dari hukuman hanya pada zaman feudal atau zaman-zaman Raja/Sultan dulu.

Rupanya sekarang pun sama.

Apa kata nanti aku buat macam tu juga. Memandu mabuk lepas tu buat petisyen suruh lepaskan aku.

Lepas tu ada pula suara jerit “Kau siapa nak buat petisyen, Paris Hilton tu kaya”.

Oh, kalau anda nak hidup zaman feudal lagi, silakan. Tiba-tiba mengamalkan prinsip “Aku lahir macam ini lalu aku kena terima semua sampah-sampah hidup ke atas aku seraya aku kena sembah orang yang ada pangkat besar sebab mereka boleh buat apa sahaja”.

Semacam “Oh, mak bapak aku sampah, maka aku sampah, jadi aku kena ikut cakap-cakap keturunan intan berlian”

Lebih baik kamu duduk di tengah jalan beri lori langgar badan kamu tu. Tak guna hidup pun.

Kaya ke, cantik ke, berpangkat besar ke, bangang tetap bangang. Peduli apa aku miskin dan tak hensem. Tak ada aku nak puji orang pangkat besar tapi tak hormat orang lain.

Bodoh!

Sekian entri kemarahan aku hari ini.

This entry was posted on Thursday, May 17th, 2007 at 4:53 pm and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 comments so far

 1 

anak2 orang kaya dan ternama macam tu memang selalunya bangang. Biasanya lelaki kaya akan kawin dengan perempuan cantik yang bangang, dan dapat anak bangang. ha ha ha (tapi lagu paris hilton tu, layan gak, ha ha)

May 17th, 2007 at 5:58 pm
edelweiss
 2 

i LOVE this entry. ;)

May 17th, 2007 at 7:38 pm
budak baik
 3 

Kesian Paris Hilton.

May 18th, 2007 at 9:46 am
badal
 4 

ingat tak kejadian kereta rempuh meja depan restoran mamak kat Seksyen 14,P.Jaya lewat 3 tahun lepas?aku hampir jadi mangsa..nasib baik aku sempat lari(tapi seorang perempuan meninggal dan beberapa org lain parah)..pemandunya perempuan..dalam soal jawab mahkamah dia kata kerata terbabas sebab nak mengelak kereta lain yang tiba2 memotong kereta dia..tapi sebenarnya minah ni bergaduh ngan balaknya dalam kereta tu..anak orang kaya pulak tu minah ni..BANGANG!!

May 18th, 2007 at 9:52 am
 5 

Sekarang siapa yang mahu tukar tempat dengan paris?
Tiada!

May 18th, 2007 at 10:50 am
Amyz
 6 

Kekunun teraniaya la tu.. bullshit!

Sebab dia anak org kaya, dia boleh terbit album wpun suara dia hampas. Sbb dia anak org kaya, dia boleh berlakon filem yang entah apa-apa.

Dia pempuan yg bangang dan tak hot langsung!

May 18th, 2007 at 11:36 am
daun
 7 

marahnya ko pada paris hilton.. Besar impak paris hilton dalam hidup ko.. ahahaha..

Untuk menambah.. Paris Hilton igt dia can get away with murder.. orang kaya mmg gitu laa..

p/s: Amyz.. haritu ko suka lagi paris hilton tu.. :P

May 18th, 2007 at 11:43 am
 8 

Haha hukuman Paris Hilton akan dikurangkan-kalu die behave ah.
Mmg die deserve hukuman tu,sape suruh bwk keter takde lesen?Bentley ke,Ferrari ke,BMW ke,Kancil ke,sumer same.Kereta.
Badal,ko tak jadi saksi dlm kes tu ke?
psl anak org kaya bangang,aku tak setuju kalo dibuat rumusan secara rambang gitu.Ramai gak org2 dr golongan anak org kaya bijak pandai belaka dan bole kawal emosi,tp x kurang juga yg pandai tp emo dan dah la tak pandai,emo lagi tu.

May 18th, 2007 at 11:45 am
Nazri
 9 

Adzakael - betul, cuma maki-makian aku kepada golongan yang tak pandai dan sistem feudal yang masih bersarang di kotak orang Melayu sekarang.

Lebih kepada yang melanggar peraturan.

Yang mana orang kaya/berpangkat tapi hati baik tu, sila teruskan hidup anda, anda tak ada kaitan dengan entri aku.

May 18th, 2007 at 11:48 am
 10 

Itulah bezanya antara orang berduit dengan orang yang tak berduit. Kalau penjara dia sama taraf macam bilik aku…aku pun terasa macam nak masuk…

May 18th, 2007 at 12:49 pm
Amyz
 11 

Daun: Keji la ko nih! Ekekeke.

May 18th, 2007 at 2:51 pm
 12 

ah biasalah tu. akan ada orang-orang yang bajet die berhak mendapat sesuatu yang lebih dari org lain. like everybody in the world owes them something. bukan orang kaya sahaja. tetapi orang-orang yang bak kata ko: bodoh dan bangang.
p/s:paris hilton tetap hampeh. hehe..

May 20th, 2007 at 2:50 am
 13 

sekali sekala biar dia rasa apa rasanya jadi orang biasa & tak terlalu berharap pada duit

May 21st, 2007 at 7:42 pm

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment