15
Nov

BEOWULF

   Posted by: nazri   in Filem

beowulf-poster.jpg

Aku selalu teruja dengan cerita-cerita dongeng dari sebelah Scandinavia. Nama seperti Odin ketua dewa, Freya sidewa yang cantik, Valkyries yang membawa pahlawan yang mampus ke syurga, Bifrost jambatan dari Midgard ke Asgard dan ya, Beowulf si pahlawan vs Grendel si raksasa cukup cantik pada mata aku.
Aku juga teruja dengan cerita Beowulf yang pertama kali diperkenalkan semasa sekolah. (Aku ingat saudara Adzakael pernah melukis komik adegan Beowulf berlawan dengan Grendel dan si naga itu semasa sekolah).

Beowulf yang datang kali ini dalam bentuk motion capture (benda yang sama digunakan untuk membuat Gollum). Hasil kerja tangan Robert Zemeckis (kamu mungkin tak kenal dia tapi kenal dengan kerja dia seperti Back To The Future, atau lebih artistik seperti Contact, Forrest Gump dan Cast Away). Menurut Nazim Masnawi, filem Zemeckis tak pernah gagal sejak era Back To The Future.

Dua lagi nama yang menjadi tunggak filem ni ialah Neil Gaiman dan Roger Avary sebagai penulis lakon-layar. Jadi kamu tentu faham betapa aku akan memuji filem ini. Aku dah tak perlu puji-puji Neil Gaiman sebab dah pun dibuat semasa menulis pasal filem Stardust.

beowulf-01.jpg

Roger Avary juga antara penulis’pengarah yang aku suka dengan hasil kerjanya terutama Killing Zoe dan adaptasi Rules Of Attraction. Dia juga terlibat (mungkin orang boleh argue dengan kata penglibatannya minimal sahaja) dalam menghasilkan Pulp Fiction dan Reservoir Dogs. Tapi aku tetap suka.

aku rasa ramai sudah tahu plot cerita dongeng ini. Beowulf, pahlawan dari Geta yang datang ke sebuah kerajaan untuk membunuh seekor raksasa bernama Grendel dan si ibu Grendel.

Untuk aku, inilah filem animasi yang terbaik tahun ini (dan calon top 10 filem animasi terbaik sejak 5 tahun ini). Oh, tak, ia takde kisah bapa mencari anak atau seorang hero mencari identiti diri.

beowulf-021.jpg

Beowulf bukan cerita dongeng buat baik dibalas baik. Tiada happily ever After kegemaran orang Malaysia. Ia cerita seorang pahlawan yang ada sisi putih dan sisi hitam. Beowulf seorang yang bongkak tapi memang handal bertarung. Beowulf adalah seorang hero yang naik ke puncak tertinggi tetapi jatuh sedalam-dalamnya sebagai manusia. Objektif kerja heronya tidak jelas. Motivasinya lebih kepada reputasi dan ego. Lantaran kerana ego itulah dia (dalam satu segi) tewas dengan tetek ibu Grendel (serius, ibu Grendel bogel dalam ini pilem).

Beowluf kaki perempuan. Di sebalik otot pejal dan kekuatan itu, Beowluf secara tersirat kalah dengan perempuan. Adegan awal ketika dia bercerita tentang bertemu dengan makhluk laut betina membina karakternya yang kemudian ditunjukkan berhadapan dengan ibu Grendel. (Menurut Gaiman, kisah Beowulf ini dia tulis mengikut intrepretasinya sendiri lantaran tidak percaya bulat-bulat dengan puisi yang ditulis tentang Beowulf, seperti apa sebenarnya yang terjadi dalam gua ketika Beowulf berhadapan dengan ibu Grendel).

beowulf-03.jpg

Filem ini juga melanggar banyak peraturan konservatif yang selalu ada dalam filem animasi Disney dan Dreamworks. Mana kita hendak tengok Beowulf bertarung bogel dengan Grendel. Komposisi adegan Beowulf bogel ini agak indah sebab aku kira konek Beowulf tidak terserlah langsung lantaran ada sahaja ‘penghalang’ di depan konek lelaki tersebut. Juga karakter Beowulf ketika menjadi raja mempunyai gundik budak baru lepas PMR. Menjelaskan karakter Beowulf seorang yang gila beromen dengan bodi montok yang segar.

Ia juga melanggar peraturan moral iaitu ayah membunuh si anak (tak mahu cerita lanjut sebab spoiler). Satu elemen yang tidak disukai oleh moralis Malaysia. Bayangkan cerita ‘kartun’ ada benda ini. Whoaaaaaaaa!!! (Aku agak moralis-moralis Malaysia bertempik sana sini membayangkan kehancuran negara yang ‘dicintai’).

Aku juga suka dengan muzik latar. Tidak terlalu meriah dengan bunyi-bunyian. Ada kala ia sepi, ada kala ia bergema dengan komposisi garapan Alan Silvestri. Conroh masa Grendel mengamuk, pada walnya langsung tak ada sebarang muzik. Hanya ketika ia sudah membunuh separuh dewan dan bergerak nak bunuh king baru terselit runut bunyi mendebarkan (suspence, hahahaha).

beowulf-04.jpg

Untuk peminat hardcore Beowulf mungkin kecewa kerana Gaiman ada mengubah sedikit ceritanya. Tapi aku tidak peduli itu. Gubahan bersama Roger Avary ini sudah cukup lancar. Kalau kamu mahu jadi snob silakan. Snob memang takkan dapat dipuaskan sampai kiamat.

Keseluruhannya, kamu mesti tengok Beowulf di panggung untuk cinematic experience. Pergi! Gabungan Zemeckis, Gaiman dan Avary sudah cukup untuk melanggar semua peraturan konservatif dunia animasi. Bila pelanggaran ini berlaku, ketika itulah sinar harapan muncul balik setelah digelapkan dengan animasi-animasi sampah seperti Shrek 3, Bee Movie, Cars dan banyak lagi.

Eh, bila Beowulf mula ditayangkan untuk umum aaa? (Gua dapat tengok special invitation sebab gua best).

This entry was posted on Thursday, November 15th, 2007 at 10:56 am and is filed under Filem. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 comments so far

Amyz
 1 

Beowulf dah start tayangan hari ini.

November 15th, 2007 at 2:50 pm
Nazim Masnawi
 2 

“Menurut Nazim Masnawi, filem Zemeckis tak pernah gagal sejak era Back To The Future.”

In terms of commercial*. Well, mungkin Death Becomes Her agak kureng sikit, but still far from “gagal.” Secara kritikal, aku tak berapa suka Forrest Gump dan Castaway. (Sorry, Polar Express aku tak pernah tengok.) Dan What Lies Beneath gotta be one of the most bangsat films of all-time.

*Filem dia sebelum BTTF iaitu Romancing the Stones pun laku jugak. Maksud aku kat situ sejak dia dah jadi a force to be reckon with di Hollywood; bukan setakat antara padawan-padawan learner yang lahir dari sperma Spielberg masa era 80-an.

November 16th, 2007 at 12:02 pm
nazri
 3 

Nazim Masnawi - Kau jangan mulut kau tu, Speilberg rocks okay. Star Wars sampai sekarang jadi ikon satu dunia!

November 16th, 2007 at 4:00 pm
 4 

Nazri, what does Spielberg go to do with Star Wars? I thought he is an ET? Anw, yeap Spielberg’s Close Encounter is my all time best sci-fi surpassing 2001.

I loveeee What Lies Beneath..!

“Snob memang takkan dapat dipuaskan sampai kiamat.”- huhu, Nazim is a snob, heheh..

November 21st, 2007 at 11:15 am
 5 

oh aku juga tewas dengan tetek ibu grendel ahhahaha :grin:

January 6th, 2008 at 10:48 am

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment