DI WAKTU IA NAIK
Asasnya, peniaga memang musuh dimata pengguna (pembeli)
Okey, aku rewind jauh sebelum mengupas isu di atas.
Mak aku mengganggu tidur aku yang enak pada tengahari ahad lepas hanya kerana mahu memberitahu anak lelaki Chef Wan sama nama dengan nama aku.Terkial-kial aku membuka tv dan melihat anak chef wan yang dimaksudkan sedang memasak.
Dari topik anak chef Wan bergantu ke satu topik, melompat ke satu topik sehinggalah tiba ke topik mengenai harga ayam naik. Aku memetik rungutan dari Buletin Utama bila seorang pengguna merungut “tiap kali Bulan Puasa harga barang naik, tiap kali Hari Raya harga barang naik…” rungutan itu merujuk kepada harga ayam yang naik.
SILA KLIK UNTUK BACAAN SETERUSNYA
Mak memberi dua komen terhadap isu itu. Satu, peniaga yang menaikkan harga sesuka hati menjalankan kerja bukan atas niat untuk beribadah.
Whoaaa, ramai kawan-kawan aku yang sudah mula tutup blog aku. Iyelah, hal agama tak berapa cool untuk dibincangkan. Kalau boleh, bila borak sesuatu isu itu lebih baik jangan kaitkan dengan agama. Mungkin juga mahu orang cakap “Wahhh, disebalik gaya hidup liberal kau, hebat juga pengetahuan agama kau,” Jadi pilih mana satu karakter anda.
Okey, komen kedua dari mak ialah, selalunya pengguna memandang peniaga sebagai musuh, sebagai si bangsat yang tamat dan pentingkan duit sahaja. Pernahkah pengguna cuba menyelami apa masalah peniaga dan bayangkan diri berada di atas kasut peniaga? (in his shoes, haha).
Kenapa harga ayam naik?
Aha,
Bulan Ramadhan bermakna bulan di mana produktiviti akan berkurangan. Jangan tipulah, rata-rata akan lebih perlahan bila membuat kerja dan lebih lesu di waktu pejabat. Kemudian bos datang memberi satu workload yang agak besar dengan deadline yang pendek.
Apa kamu akan buat? Kamu tarik muka, kamu mengeluh dan mula maki bos sebagai jelmaan Firaun yang mati dalam Laut Merah ratusan tahun dahulu. Bagi kamu Tuan Haji yang sudah lima kali naik Haji itu tidak akan masuk syurga buat selama-lamanya lantaran dosanya memperhambakan kamu.
Tapi Tuan Haji nampak kamu tarik muka. Tuan Haji bukan seperti Firaun. Lalu untuk memberi motivasi kepada kamu menyudahkan kerja, Tuan Haji berkata OT bulan ini dinaiikan sedikit, atau Tuan Haji berjanji Bonus Raya akan tiba.
Kamu pun Yeayyy!!! dan mula bersemangat membuat kerja.
Nah, ambil situasi di atas dan letakkan di dalam senario penternak ayam.
Bulan Ramadhan ialah di mana bulan orang Melayu makan dengan penuh rakus. Permintaan untuk daging ayam meningkat. Bila permintan meningkat, maka pengeluaran harus digandakan bagi memenuhi perut gelojoh oranbg Melayu. Jadi ayam-ayam harus digandakan jumlahnya.
Pekerja-pekerja dikerah untuk menggandakan kerja. Walau pun di bulan ramadhan. Bulan yang sepatutnya dikurangkan waktu kerja, kini terbalik pula. Pekerja susah hati, dan maka bos ayam menggunakan taktik sebagaimana taktik Pak Haji tadi.
Lantas kos meningkat, harga meningkat.
Ini sekadar contoh. Mungkin ada pro-pengguna tertindas akan komen mengenai sebab-sebab lain ayam naik. Aku memberi satu contoh sahaja.
Point dia ialah, pengguna selalu lupa gaya hidup mereka sendiri sebenarnya yang menjadi musuh, bukan peniaga. Pengguna hanya tahu marah dan marah, tanpa menyelami terlebih dahulu apa masalah peniaga.
Jadi kalau tak boleh salahkan peniaga, nak salahkan siapa? Mungkin kerajaan? Maka begitulah perangai orang-orang kita, bila hasrat tak dipenuhi sahaja mula salahkan kerajaan. Kerajaan tak betul la, kerajaan korup la. Mungkin nanti kita boleh salahkan tuhan?
Jadi buat peniaga ayam, teruskan menaikkan harga ayam. Bukan masalah aku. Kalau ayam naik, aku makan ikan. Kalau harga ikan naik, aku makan nasi kosong. Cadangan aku: bela ayam sendiri (Hey, anjing pun orang boleh bela di rumah apartment). Okey, kalau cadangan itu tidak boleh diterima pakai, aku mencadangkan supaya ayam di makan sebulan sekali dan gantikan dengan sayur atau apa-apa makanan yang lebih murah.
Ada alasan lagi? Sila ambil pistol dan tembak kepala sendiri.
![]()
Dahulu ada beberapa ekor ayam kami bela di belakang rumah (aku rasa la bapak aku bela, dah asyik duduk kat rumah kitorang aje. Aku namakan ayam-ayam tu ‘ayamkenokkenok’.
5 comments so far
Leave a reply