Tuan Tanah* memberi komen ini dalam entri Lelaki Melayu Bermasalah
“Perempuan Irish memang ada mengadu yang lelaki Irish tak gentlemen. Tak macam lelaki Itali.
Donia… donia…”
Aku terbayangkan insiden ini yang mungkin berlaku serentak:
MALAYSIA
Faridah:
Lelaki Melayu memang sial. Kau tahu, Dina, tadi si Azman ______________ (sila masukkan satu perangai buruk yang sesuai). Tak macam Robbie** (dia berasal dari Ireland dan menetap di Malaysia untuk bekerja sebagai konsultan), dia ___________ (sila masukkan satu perbuatan baik yang sesuai). Kenapa lelaki Melayu tak macam lelaki Ireland hah?
Dina:
Lelaki Melayu, semua sama je! Ptuih!
::
IRELAND
Helena:
Stupid, stupid Irish men! Charlotte, do you know, Robbie** ______________ (sila masukkan satu perangai buruk yang sesuai), why can’t he be like Francesco*** (dia berasal dari Itali dan menetap di Ireland untuk bekerja sebagai pereka grafik). Francesco _______________ (sila masukkan perbuatan baik yang sesuai). Why Irish men never learn from Italian men?
Charlotte:
Heh! Those feckin Irish Man! Worst men on earth!
*Tidak, Tuan Tanah bukan perempuan Melayu yang tinggal di Malaysia dan cuma kenal lelaki Ireland dua tiga minggu atau pun melalui pembacaan dan filem-filem Ireland. Beliau adalah perempuan Melayu yang duduk di Ireland dan bercampur dengan orang-orang tempatan.
**Nama panjangnya adalah Robbie Keane (tiada kaitan dengan pemain Spurs)
***Nama panjangnya adalah Francesco Totti (tiada kaitan dengan pemain Roma)

Friday, 1. June 2007
pompuan Asia ckp kat aku,lelaki Eropah paling romantik.
pompuan Eropah ckp kat aku,lelaki Asia paling romantik.
hmmmm…
Friday, 1. June 2007
Hahahahaha.
Di sini mahu beritahu, yang bernama LELAKI, tak kira di mana LELAKI itu berada, bangsa apa pun LELAKI itu dan negara mana pun LELAKI itu tinggal. Mereka semua SAMA SAJA. Kan?
Nanti timbul satu tajuk baru : LELAKI MEMANG BERMASALAH.
~Oh. Ramai pula yang kasi aku hate-mail lagi nanti~
Friday, 1. June 2007
sebelum lebih ramai orang yang naik angin,
Tujuan entri ini untuk bersatira dan sedikit komentar sosial.
Jadi layan entri ini dengan santai sambil minum ribena dan hisap rokok Sampoerna Hijau.
Aight!
Friday, 1. June 2007
Perempuan yang menulis artikel itu yang ada masalah sebenarnya.
-patutla pompuan suka kat aku..sebab aku guna nama ala barat
kah! kah!
Saturday, 2. June 2007
Oopsss… Lupa pulak nak tambah lagi hari tu.
Perempuan Itali (saya pernah ada housemate Italian) memang mengaku yang lelaki Itali memang gentleman… TAPI… nampak aje macam gentleman, tapi sebenarnya mereka ni mulut manis, dan kaki perempuan (dek kehebatan mulut manis bergula mereka tu)
Monday, 4. June 2007
err apa kata kita tanya perempuan Congo atau perempuan2 di negara Afrika yang lain..tentang lelaki2 mereka pulak..hehe