10 Dec 2007 ENCHANTED
 |  Category: Filem

SPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILER

SPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILER

enchanted-poster.jpg

Bolehlah dikatakan Enchanted sebuah filem fantasi-animasi-romantik-komedi.

Enchanted mengejutkan aku sebab - filem ini boleh tahanlah best.

Menggunakan formula parodi kisah-kisah dongeng sebagaimana yang pernah Shrek buat, tapi dengan gaya agak berlainan. Disney dikutuk sebab seolah-olah mempermainkan filem-filem animasi yang pernah membuatkan mereka terkenal dan kaya raya suatu ketika dahulu.

Secara asasnya, cerita berkisar seorang puteri Andalasia di alam kartun bernama Giselle yang hendak berkahwin dengan Prince Edward. Tapi mak tiri Prince Edward tak suka lalu menghumbankan Giselle ke dunia nyata. Di sini Giselle terpinga-pinga sebelum bertemu dengan Doctor Sheperd, maksud aku Patrick Dempsey, errr…Robert. Robert secara tidak sengaja terjumpa Dr. Grey Giselle ketika awek itu tersilap menyangka sebuah papan iklan sebagai istana.

enchanted-01.jpg

PLUS

- Boleh kata sebuah spoof kartun-kartun Disney tetapi dalam pada masa yang sama sebagai satu tribut atau nostalgia kartun-kartun dongeng yang pernah Disney buat.

- Banyak juga spoof dibuat sederhana dan tidak macam Shrek.

- Banyak reference kisah-kisah dongeng di sana-sini. Aku suka adegan Giselle bercerita pada anak Robert kisah Red Riding Hood versi sebenar (kononnya).

- Amy Adams. Filem ini berjaya sebab Amy Adams. Dia sudah mendapat reputasi yang baik dikalangan pengkritik dalam filem Junebug. Dia bawak Giselle cukup bagus sekali.

- Adegan Giselle yang tak habis-habis nak menari sampai receptionist tempat Robert bekerja kata dia gila.

- Aku juga sebenarnya suka adegan menyanyi ala Hindustan dalam satu babak filem ini. Tidak se-gah filem-filem klasik seperti Grease mungkin, tapi ada nostalgia juga di situ.

- Giselle (yang boleh bercakap dan control haiwan semasa di andalasia) juga buat benda yang sama di New York. Tapi bukan Bambi atau arnab atau binatang-binatang cute yang datang sebaliknya lipas, lalat, tikus dan burung merpati datang.

enchanted-02.jpg

MINUS

- Klise.

- Patrick Dempsey

- Karakter si Chipmunk Pip yang terlalu slapstik. Kurang menyukai banyak adegan melibatkan dia.

- Sesetengah bahagian pada ending (terutama bila menceritakan apa jadi pada setiap karakter. Memang ala Disney).

- Kalau tengok filem ini secara kritikal, terlalu banyak goof dan kurang logik. Tapi kalau fikir ini sebagai filem feel good dan sebuah pengalaman magis, anda tak akan tertekan.

enchanted-04.jpg

Secara kasarnya, Enchanted menghiburkan walau ada lopong pada beberapa bahagian. Bak kata Ebert, kita dah tengok animasi yang cuba jadi real (Beowulf) dan kini kita tengok realiti jadi animasi.

Bukanlah filem terbaik tahun ini tetapi berbaloi untuk menonton.

enchanted-03.jpg

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses

  1. :lol: sindir aku ye

  2. Uish, tang mana plak aku sindir ko nih? Ari tu Azwan terasa, hari ni ko plak terasa?

  3. 3
    Nazim Masnawi  
    Monday, 10. December 2007

    “Minus

    - Patrick Dempsey”

    Fuck you!

  4. Part yang Azwan terasa tu aku pun terasa sama, walau aku bukan ‘high born’ elitis. Mereka tak pelawa pun ko minum, kau aje yang terasa “out” kalau tak minum.

  5. Salaam bro..

    nak join tak tgk ANAK HALAL:

    16/12 ahad 4pm gsc.pavilion

    if mau email me:
    bicaraskrip@gmail.com

    asap..

    *tiket ditaja ;-)

    *pantlah tunggu jwpn sms kau!!! huh! :evil:

  6. typo.. spatutnyer dibaca:

    *penatlah tunggu jwpn sms kau!!! huh!

    matila org hengat aku mencarot! larriikkk!

Leave a Reply