22
Nov

ANTARA FANTASI DAN BACKSTREET BOYS

   Posted by: nazri   in fantasi

Ada bagus dan tidak berapa bagus jika anda seorang peminat (atau penulis) karya-karya fantasi. Okey, aku tak merujuk fantasi seperti mana yang Haruki Murakami buat dan fantasi gaya Neil Gaiman juga berapa tidak tepat dalam konteks entri aku.

Aku maksudkan high-fantasy seperti, errr..Lord Of The Rings (sudah tentu), Night Watch, karya-karya David Asprin malah Terry Pratchett serta David Eddings. Fantasi dalam pemahaman peribadi, yang bersifat grandeur (jika aku tak salah memilih perkataan).

Untuk baiknya, fantasi berada di luar kelompok perang antara orang sastera dan orang pop (terutama Malaysia). Di kala orang sastera sibuk membedil orang pop hingga berkecai, mencarik, membakar dan mengkafirkan segalla karya pop yang tidak mengikut mazhab mereka, aku boleh katakan penulis fantasi berada di dalam medan tersendiri dan memerhati peperangan itu. Fantasi selalu tidak dipandang tinggi seperti karya sastera dan tidak juga hina seperti karya pop (bak kata pendapat semasa).

Tapi sebagai peminat karya fantasi, (high fantasy), mereka tidak akan berada di kasta teratas hiraki sastera.

Ambil sahaja contoh bila aku menunjukkan novel pertama Saga Song Of Ice and Fire dari George R.R Martin kepada seorang teman. Untuk orang yang sudah hadam dengan Shahnon Ahmda, Anwar Ridwan, Camus, Kafka, Joyce dan seangkatannya, novel itu hanya dipandang sinis. Laksana seorang budak kecil menunjukkan buku “Sang Kancil dan Sang Buaya” lagaknya. Tak mencabar minda. Tak provokatif. Tak intelektual. Tak ada falsafah.

Tapi tanya kepada peminat setia novel-novel fantasi, rata-rata akan memperkatakan tentang Song Of Ice and Fire sebagai satu masterpiece fantasi selepas era Tolkien. Malah jika dilihat karya Tolkien perlukan orang sehebat Peter Jackson untuk menjadikan versi filem best. Aku boleh katakan Song Of Ice And Fire perlukan orang yang sepuluh kali genius dari Peter Jackson untuk merealisasikan intipati buku-buku itu. Membacanya membuatkan seseorang itu berkata “whoaaaa! Genius”

George R.R Martin, sama seperti penulis fantasi yang lain mungkin tidak mempersembahkan falsafah sebagaimana Shahnon Ahmad, Anwar Ridwan, Camus, Kafka, Joyce dan seangkatannya lakukan dalam penulisan mereka. Mungkin tidak seintelek pemikiran penulis-penulis ini. Tetapi aku berharap, sekurang-kurangnya bacalah Song Of Ice and Fire dan lihat bagaimana kompleks dan berserabutnya pemikiran politik persembahan George R.R Martin.

Untuk orang-orang yang slow dan rigid, aku tak membayangkan penolakan karya-karya sastera ‘berat’. Bukan itu maksud aku. Cuma kadang kala falsafah itu datang dari banyak medium. untuk kita menilai hidup, tak semestinya hanya datang dari karya depress tentang lelaki menjadi lipas .

Ia mungkin datang dari lagu Backstreet Boys.

Cuma…siapa pseudo intelectual yang sudi mengaku dia dengar Backstreet Boys*.

*Satu justifikasi bahawa nyanyi lagu Show Me The Meaning Of Being Lonely dalam karaoke di Seri Petaling adalah kewl. Awwww!!!

This entry was posted on Thursday, November 22nd, 2007 at 4:22 am and is filed under fantasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments so far

 1 

haha.. tapi aku rasa, mereka takkan cakap apa pun, sebab mereka ‘tak kenal’ pun high fantasy.

November 22nd, 2007 at 9:08 am
 2 

Ya, aku setuju. “A Song of Ice and Fire” ialah the tahi. Buat Harry Potter macam gay dan emm… Harry Potter macam gay (Aku tidak suka Harry Potter yang sissy itu. :twisted: ).

November 22nd, 2007 at 10:09 am
 3 

Betul tu Fadz, mungkin aku bias, tapi aku tinguk, aku banding cerita kengkawan satu Malaysia, semua jabatan memang sah seolah pegawai kerajaan macam dah tersilau dengan kemilau lip-lap-lip-lap ustaz janggut sejemput baju Raihan dan ustazah cintan cintun, langsung yang lain semua tolak tepi kapiak, perosak.

Duh, aku pendokong mati katak pada rangkaian kata “Less is More” pernah di jerkah sebagai budak benci agama. Apa nak jadilah dengan Malaysia ni.

November 23rd, 2007 at 3:41 pm

One Trackback/Ping

  1. Taf Teh     Nov 22 2007 / 7pm:

    *** This is a whisper message for nazri! ***

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment