16
Aug

HAK KREATIF

   Posted by: nazri   in falsafah parodi

Ada satu petikan kata, lebih kurang berbunyi begini;

“Manusia berhak untuk berekspresi dengan karya kreatifnya.”

Aku dah lupa ayat sebenarnya, dari mana aku baca dan siapa penuturnya. (Aku perlu selalu makan kismis). Maaf, bila aku ingat dan tahu siapa yang sebut, aku akan update. Yang penting, itu bukan ayat aku.

Apa pun, berdasarkan ayat itu, maksud aku ialah;

Tidak kira apa pun hasil kerjanya, kita seharusnya menilai dahulu sebelum menghentam membabi buta. Selepas menilainya, tidak elok juga untuk menjatuh sebawah-bawahnya si artis tersebut hanya kerana karyanya tidak selari dengan piawaian kehendak seni yang menjadi mazhab sesetengah individu.

Sebab asasnya sudah nyata, manusia dijadikan lain-lain. Maka logiknya juga idea persembahan setiap individu lain-lain.

Kenapa mesti sampai mengeluarkan ikrar “kita mesti tolak idea bla bla bla kerana idea itu bla bla bla”.

Maka kita sudah menjadi penghukum kepada manusia yang lain. Lantas memalaikatkan diri sendiri hanya kerana merasakan diri sendiri yang paling layak untuk menjadi yang terbaik?

Aku tidak menunding jari kepada sesiapa kerana ini isu sejagat.

Isu lama yang masih ada.

Aku tahu ramai yang tidak setuju dengan ideologi manusia bebas dengan hak berkarya.

Aku salah seorang penganut fahaman itu.

Nah, masihkah kalian yang tidak menganut ideologi yang sama seperti aku mahu minum teh, berbual-bual atau bertukar-tukar pandangan bila kita bertemu?

Kerna, kita sudah bercanggah fahaman?

Kita sudah jadi musuhkah?

This entry was posted on Thursday, August 16th, 2007 at 10:06 pm and is filed under falsafah parodi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments so far

kingbinjai
 1 

profesionalisme beb! itu yang patutnya lebih. lawan is lawan, bangkang is bangkang, debat is debat, minum is minum.

kalau bercanggah sampai taknak minum sama suruh dia go to hell! ha ha

August 17th, 2007 at 11:09 am
Tifani Teh
 2 

Kau ni….

Eh, bila kita nak minum teh sama-sama?

August 17th, 2007 at 11:37 am
sinaganaga
 3 

Tapi, KingBinjai tak perlu minta maaf bagi pihak Sindiket Sol-Jah, aku rasa. Ha ha.

August 17th, 2007 at 12:48 pm
Nazri
 4 

King - ya, betul, jom minum2

Taf Teh - Jom minum

Naga - Ya, jom minum

.

.

Tapi kalau belanja aku laaaaaaagiiii best.

Campur indomee goreng ke, hakhakhak.

August 17th, 2007 at 2:05 pm
Nazim Masnawi
 5 

“Kita sudah jadi musuhkah?”

Kalau tak jadi musuh pun, tapi R-E-S-P-E-C-T dah hilang; apa kes, beb?

August 17th, 2007 at 5:21 pm
 6 

tapi aku cepat terasa, macam mana?

August 17th, 2007 at 7:04 pm
kamarul
 7 

eh, citer pasal mamat yg gilekan kirsten dunst dalam g-files tu hak milik kreatif ko ye? best ah!

September 5th, 2007 at 11:53 am

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment