SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*
Budak yang naik penyapu datang kembali dalam “Harry Potter And The Order Of Phoenix“.
Selain dari Sorcerer’s Stone (sebab ia yang pertama) dan Prisoner Of Azkaban (paling aku suka), filem-filem HP yang lain seakan mengecewakan aku. Ingat, aku bukan peminat Buku apatah lagi filemnya. Tapi aku juga bukan pembenci HP, cuma dipandang dari sudut adaptasi, HP tidak banyak memberi hiburan pada aku.
Tapi…
Ada beberapa benda yang menarik dalam The Order Of Phoenix.
Secara tipikal sejak empat filem yang lalu, filem dibuka dengan Harry Potter berada di rumah keluarga angkatnya, kena buli bla bla. Kali ini Dementhor datang menyerangnya. Harry terpaksa guna magik patronus di depan muggles. Jadi dia mesti dihukum. Kemudian datang satu pakatan mengatakan Dumbledore ada isu dengan ministry. dia nak jatuhkan ministry. Dikatakan bahawa Harry Potter sengaja mendakan cerita tentang kembalinya The Dark Lord. Pihak atasan tidak mahu percaya Cedric (rujuk filem sebelum ini) dibunuh oleh Voldermort.
Kemudian muncul pula The Order Of Phoenix, satu gerakan rahsia, antara ahlinya ialah Sirius Black. Selepas dibicarakan, majoriti pihak atasan mengundi Harry tak bersalah dan dia dibenarkan belajar di Hogwarts. Tapi masalah baru datang semasa Prof Dumbledore mengumumkan kedatangan cikgu Dark Arts yang baru iaitu Dolores Umbridge. Miss Umbridge ni orang kerajaan (ministry), maka tipikal orang kerajaan, dia hendak memastikan keadaan teratur agar NAMA BAIK KERAJAAN terpeliharan walaupun sudah nyata kebodohan kerajaan itu berada di depan mata. Perlahan-lahan dia mengambil alih tempat Dumbledore dan buat macam-macam peraturan.
Harry Potter dan budak-budak lain pun bengang. Masakan tidak, nak bercumbu antara lelaki dan perempuan tak dibenarkan, nak berkumpul ramai-ramai pun tak dibenarkan. Secara senyap-senyap Harry buat geng sendiri yang dinamakan ‘Dumbledore’s Army’. Mereka berlatih magik patronus dalam usaha melengkapkan diri dengan ramalan bahawa Voldermort mungkin akan menyerang.
Peminat HP sendiri tentu tahu, semakin lama, cerita HP ini semakin gelap, semakin ‘dark’. Maka aku suka dengan usaha sang pengarah David Yates yang memberi feel ‘darkness’ dalam atmosfera The Order Of Phoenix. Di sini kita boleh lihat Harry yang semakin besar dan semakin rebel. Hilang sudah wajah comel dia semasa filem pertama dahulu.
The Order Of Phoenix juga memberi sindiran tajam kepada kerajaan yang terlalu obses untuk mengawal rakyatnya. Kerajaan yang takut dengan kedatangan Dark Lord. Dalam usaha untuk memastikan mereka mengawal manusia, macam-macam undang-undang dikenakan seperti “Tak boleh berhimpun ramai-ramai”, “tak boleh buat persatuan,” “sesiapa yang jadi spy diberi kredit tambahan” dan banyak lagi. Senario ini boleh kita lihat dalam arus politik tempatan pun bila yang memegang kuasa terlalu takut dengan si penentang sehingga sanggup mengenakan berbagai-bagai sekatan, atas nama “perpaduan”. Mereka tidak peduli siapa yang mati asalkan terus dapat duduk di kerusi empuk.
Akhbar The Daily Prophet yang menyebarkan berita-berita mengikut kehendak kerajaan juga merupakan elemen yang aku suka. Adegan Harry bergaduh dengan seorang pembuli sebenarnya menempelak media masa kini. “Mak aku baca Daily Prophet yang tulis pasal kau tipu orang dengan kata Voldermort dah kembali,” Harry balas, “Mak kau tu bodoh percaya bulat-bulat dengan paper”. Ini satu isu yang menarik ditambah dengan senario masyarakat lebih percaya kepada laporan akhbar yang sudah jelas sekali digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan kuasa mereka.
Maka aku tak hairan kalau usaha memperbodohkan masyarakat ini akan berterusan sehingga kiamat, kerana, mahu mengaku atau tidak, itulah peranan media di seluruh dunia.
Climatic Battle. Ah, yang paling aku suka dalam semua siri HP.
Ia bermula dengan Harry serta kawan-kawan terperangkap dalam bilik Department of Mystery. Mereka diganggu oleh Death Eaters. Kemudian adegan naik satu tahap bila geng The Order Of Pheonix datang membantu. Ahli shir baik yang lebih otai dan ahli sihir jahat bertarung sambil budak-budak mencari perlindungan. Sirus Black mampus dibunuh oleh Bellatrix Lestrange. Harry marah gila lalu kejar perempuan itu. (Bellatrix muncul sekejap, tapi aku rasa untuk membina karakter yang bakal muncul dalam buku ke-tujuh dan membunuh…opsss, spoiler ke? Belum baca buku ke-tujuh ke? oppsss…) Tetapi Voldermort muncul dan mahu mneghapuskan Harry. Tapi jeng! jeng! Dumbledore datang dan berlaku pertarungan antara dua otai ahli sihir. Pertarungan Dumbledore dan Voldemort mengingatkan aku kepada pertarungan Obi Wan Kenobi versi kerepot dengan Darth Vader. Masa ini ditunjukkan keganasan ilmu sihir itu di mana budak kecil seperti Harry belum mampu nak melawannya.
Okey, itu sahaja yang aku suka.
Selebihnya, aku tak suka. (Aku memandang dari sudut adaptasi dan untuk pro Harry Potter yang masih nak mempertahankan filem, come on, banyak novel ke filem lain yang sempurna adaptasinya, maka Harry Potter sepatutnya juga boleh dibuat dengan lebih bagus).
Sekian terima kasih.







Tuesday, 24. July 2007
boleh lah…janji berbaloi bayar rm6 tgk wayang…dah anta sajak kat editor..tak de reply…
tak best kot…sajak bru wat…de kat blog..
Thursday, 26. July 2007
Uhuhu. Sirius Black dah mati. Sedihnya. Sedihnya.
Sunday, 29. July 2007
Luna kiut..