Blog yang dibaca oleh bekas teman wanita dan berkata “i fell in love with his writing” kepada suami/teman lelaki tersayangnya…ouch, hehehe.

HARU BIRU

Sekali tengok tajuk filem ini macam filem kelakar bodoh yang digemari oleh orang-orang Malaysia (berdasarkan statistik kutipan tiket serta kerapnya filem bodoh begitu dibikin setiap tahun). Posternya juga ada misleading bila melihat empat karakter itu macam budak-budak poyo yang hendak melepak di KLCC. Aku rasa sepatutnya poster Haru Biru boleh dibuat dengan pendekatan yang lain.

 

 

poster-utama.jpg

 

Rupanya aku salah.

 

Haru Biru adalah filem yang buat aku kata "whoaaa!" "wauuuu!" "Gilalahhhh!" "Mak aihhhh!" "Fuyoooo!" dalam panggung. Jarang filem Melayu boleh beri aku rasa sebegitu.

 

Haru Biru mengenai persahabatan tiga orang kawan baik. Kid (Que Haidar) adalah ejen hartanah yang berjaya dan kacak dan bangsat. Ariyana (Dynas) adalah awek cun yang bercita-cita mahu menjadi model sementara Dani (Ijoy) adalah seorang 'artis' yang bakal mengadakan pameran solo di galeri seni dalam masa terdekat. Disebalik penampilan Kid yang serba kemas dan kacak, dia suka hisap dadah dan dada (Serius, aku bukan buat rima ke apa, memang itu karakter dia). Ariyana pula awek gedik yang boleh buat lelaki bodoh jatuh cinta dengan dia. Dani, rasanya tak layan dadah tapi dia jatuh cinta pada Adriana.

 

Masalahnya, Kid pernah menjalinkan hubungan kelamin dengan seorang awek Suzi (Betty) yang sudah tangkap cinta dengan mamat penangih ini. Suzi ini pula adalah perempuan simpanan kepada seorang orang kaya. Sudah jadi lumrah sekarang, perempuan tak kisah jadi perempuan simpanan asalkan dapat duit dan kesenangan yang aku agak cuma bertahan dua tiga tahun sahaja. Jadi si orang kaya ini layan Suzi macam binatang. Agak-agak horny saja, dia pergi kondominium si Suzi untuk melempiaskan nafsu serakah tak mengira sama ada Suzi haid ke, penat ke, malas ke, ada kerja ke atau apa sahaja.

 

 

Suzi asyik telefon Kid meminta mamat itu membawanya lari. Masalahnya Kid juga dah f**K dengan Ariana (aku akan jelaskan kenapa aku guna perkataan f**k). Dia sendiri sebenarnya bukan lelaki yang suka kepada komitmen. Ariyana pula tak tahu apa yang dia mahukan. Dia f**k dengan Kid tapi dalam masa yang sama seperti flirt dengan Dani. Dani pula si loser yang mengidam dari jauh.

 

 

harubiru1.jpg

 

Filem ini diarahkan oleh pengarah Cinta 100 Ela, Shadan Hashim dan penulis skrip Adlin Aman Ramlee. Raja Azmi yang pernah mengkritik Gubra menjadi penerbit.

 

Satu yang aku suka ialah kameranya. Filem ini adalah sebuah produksi kos rendah maka kameranya juga dengan stail filem-filem kos rendah luar negara yang biasa kita tengok. Tapi itulah kecantikannya. Gaya persembahan kamera itu yang memberi rasa murung dalam perjalanan plot. Jarang aku melihat filem Melayu seperti ini (Ya, Filem Melayu). Gambar lari dari fokus, warna yang kelam, bunyi bergema dan benda-benda seperti itu menjadi Haru Biru sebuah produksi yang unik.

 

Dua, aku suka dengan karakter-karakter yang memang jujur. Lari dari idea propaganda moralis Melayu yang hendakkan hero mestilah seorang wali dan heroin pula model perempuan Melayu yang superfisial. Dalam Hari Biru, semua karakter adalah orang-orang yang biasa berada di sekeliling kita. Dua watak utama adalah penghisap rokok tegar. Sepanjang masa mulut mesti berasap. Aku suka itu, kerana kena dengan karakter yang ditampilkan. Adegan Ariyana beristigfar tapi tetapi beri Kid beromen dengan dia juga memberi satu grey kepada karakter-karakter ini. Sama grey seperti yang kita lihat dalam TV bila penyanyi perempuan pakai baju hanya tutup tetek di atas pentas boleh beri Assalamualaikum dan di jawab di bawah oleh penonton yang sedang pegang alat sulit teman wanita/lelakinya.

 

Tiga - aku suka adegan Que Haidar layan dadah dan ganja. Siap ada 'dapur'. Whoaaa! Aku sendiri tak percaya bagaimana adegan-adegan begitu boleh ada dalam filem di sebuah negara yang mementingkan imej-imej superfisial dalam filemnya. Seorang karakter yang suka hisap dadah dan sebuah filem tentang bahaya dadah, mestilah ada adegan ini bukan?

 

Ia adalah imej kontra di sebalik warna-warna harmoni hidup ini, ada raut-raut gelap yang duduk di dalamnya.

 

Empat - Aku suka adegan Ariyana marah Kid. "Kau cuma nak f**k aku, kau nak f**k dia dan f**K semua orang!" Pehhh! Walaupun perkataan FUCK itu dipotong, tetapi melihat karakter itu mengucapkannya di depan skrin sudah seakan membuatkan aku tepuk tangan. Ada beberapa adegan lagi yang melibatkan carutan tapi di potong. Tapi hey, itupun sudah cukup bagus. Aku suka! Hahahaha!

 

Eman Manan tampil sebagai karakter Abang Kecik. Karakter ketua samseng yang biasa kita lihat dalam filem-filem luar. Karakter ini, walaupun sekejap, tapi dibikin dan dilakonkan dengan berkesan. Tiada stereotaip ketua samseng filem Melayu yang biasa kita lihat. Raut wajah yang dimainkan menceritakan tentang Abang Kecik sepenuhnya. Aku suka adegan Abang Kecil berhadapan dengan Kid. "Budak-budak zaman sekarang, tak fikir panjang!" Lihat bagaimana Abang Kecil, seorang penjahat memberi nasihat kepada Kid yang juga agak jahat. Ada grey dalam komposisi watak abang Kecil, juga meninggalkan stereotaip karakter ketua jahat yang ada dalam kitab penjaga moral Malaysia iaitu kalau jahat mestilah jahat seratus peratus sampai boleh merogol ibu sendiri.

 

 

harubiru2.jpg

 

Satu lagi adegan yang aku suka bila Suzi datang merempuh bilik Kid yang baru lepas berzina dengan Ariyana. Suzi dan Ariyana bergaduh berebut lelaki itu. Teka apa yang Kid buat? Mungkin kamu akan fikir Kid pergi meleraikan dengan ayat "Sayang, please, jangan gaduh! bla bla bla...." Tidak sama sekali! Kid bangun, keluar dari bilik, duduk di depan laman rumah mendengar pergaduhan dua betina itu sambil menghisap rokok dan ketawa tak henti-henti. Dani yang baru pulang duduk di sebelah Kid. Kid lalu menghulurkan rokok "hisap rokok dulu". Adegan ini menggambarkan betapa bangsatnya perangai si Kid dan dibuat dengan baik.

 

Sebenarnya di satu sisi, filem ini amat bagus untuk mendedahkan apa yang berlaku sekarang. Imej tentang bahaya dadah, alkohol dan seks di dalam ini mungkin tidak sekuat filem-filem yang pernah di buat oleh orang luar seperti Requiem For A dream, Kids, Bully, Trainspotting dan banyak lagi. Tapi aku harap ini sebagai satu langkah awal dan pembuka mata untuk sebuah filem yang dibikin untuk buat penonton mengeletar. Aku tidak pro aktiviti menghisap dadah dan semua itu, tetapi sebuah filem seperti Requiem For A Dream lebih membuatkan aku menggigil dan insaf selepas menontonnya berbanding dengan semua filem syurga plastik yang bersyarah mengenai bahaya dadah. Kalau kita boleh buat pameran menunjukkan gambar-gambar kemalangan dan mangsa dadah, kenapa tidak dengan filem? Haru Biru memaparkan negativiti manusia dan kesan kejatuhannya bila bergelumang dengan dadah, alkohol dan seks.

 

Secara keseluruhan, Haru Biru memberi satu perasaan yang istimewa bila menontonnya. Imej-imej kelam tiga karakter di dalamnya adalah realiti yang berada di sekeliling kita. Aku suka keraba Haru Biru tidak cuba mencipta syurga plastik atau berselindung di sebalik idea "Penonton mahu eskapisme". Kalau boleh, pergilah menonton dalam hujung minggu ini kerana pada pendapat aku, Haru Biru takkan dapat bernafas di panggung minggu depan. Tak ramai yang akan tengok sebab tiada lawak Apek di dalamnya, tiada orang berbual dalam bahasa baku, tiada lawak-lawak orang Pulau Pinang, tiada bekas pelajar Akademi Fantasia dan tiada-tiada benda yang orang Melayu selalu suka bila menonton filem.

 

Kredit Gambar: Laman Rasmi Haru Biru (Diambil tanpa izin)

 

Data IMDB

19 Responses to “HARU BIRU”

  1. Nazim Masnawi Says:
    July 27th, 2007 at 4:05 pm

    "Karakter ini, walaupun sekejap, tapi dibikin dan dilakonkan dengan berkesan. "

    Correctamundo! Eman Manan somehow manages to be just that right kind of scumbag that makes you ache for the spin-off film, "Abang Kecik Begins," right then and there.

    Can't believe that Raja Azmi boleh buat a film this good. All these non-plastic Malay films dah mula diterbit oleh para produser dengan slow-slow. Mungkin "Remp-It" yang start dulu, but "Haru Biru" without no doubt has perfected it.

  2. Abang Kecik spin-off far more better than Castello i might say?

    Pray for that. Would love to see Haru Biru again just to watch Abang Kecik punya scene.

    Kirim salam kat Roy.

  3. roman h tan Says:
    July 27th, 2007 at 9:55 pm

    Cayalah bro! Mmg aku tunggu citer ni. Gempak sgt ke? The making kuar
    kat astro banyak kali. Last2 gua tengok kat mid valley. Rupanya lain
    macam!
    Kebanyakkan adegan dalan HaruBIRU memang menyentap
    kepala hotak aku!
    Scene eman manan memang gua agree giler dengan korang! naik
    bulu roma! Suprisingly combination adlin dengan raja azmi dapat bagi
    sesuatu option yang berbaloi untuk aku check out!

    All the best!

  4. Nazim Masnawi Says:
    July 28th, 2007 at 7:54 am

    "Kirim salam kat Roy."

    To Roy alone, or to both him and Natasya?

  5. Muahahaha...

    All the best for both of them. :P

  6. sup buntut Says:
    July 29th, 2007 at 9:06 pm

    aku meme suko dgn komen bro "SAYA",aku qhaso dio ni pong HARU BIRU jugok nih..aku tgk tigo kali doh pong tok puwah lagih..ceqhito Transformer pong aku tgk sekali jah,meme harulah ceqhito nih.tapi dale banyok2 watok hok aku suko,watok Eman Manan jadi "abe kecik".ni aku nok qoyak sikit pado mamat2 hok hisak dadoh,baik mung gi tgk ceqhito nih lepah tu mung taubat la,jange taubuat.tapi kalu aku,aku suko hisak dado.

    ni aku nok tamboh satu lg scene hok aku pulok suko sekali dale ceqhito nih- ariana gochoh(gaduh)nga suzi kat lokasi tempat ariana shooting- hok suzi qoyak ko ariana "bijik kelentit kau tu dah gatal sangat ke?" meme tino kalu takdok bijik, ado gapo lagi?

    apo2 pong,aku nok ucapke syabas pado pengaroh ceqhito nih hok aku qhaso dio ni pong meme poyo jugok,tok laing tok buke Shadan Hashim..

  7. ko pnye komen dah cukup mengatakan filem ni hebat.tp blum lg terbukti
    coz aku blom brksmpatan.tp yg aku paaaaaaaaling nk komen ialah;
    please ah woi para penggiat filem melayu.tolong lah poster tu kasik
    mencengkam pandangan skett!!!filem baguss.poster cam harammm!!!
    klu dr poster jeek dah gagal nk tarik org, ape lgik nk ajak jenguk filem n
    mesej2 yg terkandung dlm dia!klu org yg peka mmgla xheran coz mmg
    pndai judge a book by its cover.tp yg bodoh2 alang yg pndang filem
    omputih jek, mane la nk sangkut.tlg ah woi.kasik upgrade skett poster2
    filem kita.dah la industri tenat giler babeng yg manjang jek kalah ngn
    filem indon.cilakeee btoll!!!

  8. i didnt know dat u really really like this film, so my risky choice berbaloi
    jugak. hey,aku tgk requiem, aku seriously nak amik diet pills Ellen Brustyn,
    she rocks!!

    blue for lunch, orange for dinner...

    Abg Kecik: "budak-budak zaman sekarang..."

  9. sup buntut = tok pahe kawe bile mu rhoyak kate bro "SAYA".

    akam = tengok le Haru Biru. Takde la hebat sampai tahap dewa, tapi aku sukalah for personal reason.

    Fadz = aku memang nak tengok pon. Aku suka gak karakter mak mamat tu. Paling berkesan dalam movie tu. Apa nama dia? Ms Goldfarb kan?

  10. aku tunggu saja pejuang moral malaya akan bersuara mengatakan ini filem tak bagusssss.

    tapi aku tetap kata ini filem paling eerrrr.. apa ayat tu?.filem paling kalau ko tgk mesti ko nak kejer macam kid pastu boleh hisap dadah and dada banyak-banyak!. hahahaha

  11. roman h tan Says:
    July 31st, 2007 at 3:31 pm

    aku tgk requeim 4 dream kat UK masa citer tu first kuar kat sana dulu.
    bayangkan tk potong pastu on big screen. Gripping! Haru biru walau
    tak sehebat dewa mat saleh, tapi element2 yang ada dah cukup utk
    memberi signal, langkah baru, arah tuju, kerja kuat dan kejujuran
    "budak2 sekarang"bikin filem...

  12. maria ozawa Says:
    August 7th, 2007 at 3:34 pm

    Betul la. Dynas mazam asha

  13. Yo bro.. check out album muzik darpd filem Haru Biru.. Lagu Joe Filzoww
    (Too Phat) bduet dgn ALI Group(roslan and mukhlis), paling BEST!
    Album Edaran Universal Music..Tryla dengarr.

  14. I heard and believe that the film is good......
    Have you all thought of what actually makes the movie attractive????

    Have you all experienced the quality of the sounds before in any
    of our Malaysian movies??????

    The sound quality and music arrangements are superb!!!!
    Dont you all think so????

    That is Roslan Aziz masterpiece!!! No one can deny that rite?

    Puteri Gunung Ledang the Musical also got overwelming response from
    Malaysian....Why????

    I dont deny that the actors are very good, the scripts are superb,
    shots taken were superb........

    Well!!!! I salute this piece of production by our Malaysians....

    Malaysia Boleh!!!

    There goes again Roslan Aziz masterpiece....and now in Malaysian movies..
    Keep it UP Roslan Aziz....... we want to hear more from you!!!

  15. [...] Haru-Biru oleh Nazri (Vovin) Haru Biru-Visi Baru oleh Fadz Laman Web Haru Biru [...]

  16. [...] Anak Halal menjanjikan satu pengalaman sinematik yang cukup mengujakan. Seperti yang aku tonton dalam Haru Biru. [...]

  17. haru biru adalah research aku tapi xsangka ia selucah ini.

  18. sape abang long tuh?

  19. Salam ziarah.. Teruskan usaha anda.. Selamat berjaya.. Good luck!!

Leave a Reply