25 Jun 2007 SIRI FAIZ DAN AYAHNYA DALAM KISAH: HERO
 |  Category: Tulisan

“Itulah dia, propaganda Amerika!” ayah Faiz menutup televisyen sambil terus membebel, “kalau filem diorang je, mesti diorang hero, mesti askar diorang paling hebat, mesti polis diorang yang paling baik, mesti diorang yang selesaikan semua masalah”

Ayah Faiz baru selesai menonton sebuah filem Blockbuster Hollywood yang mengisahkan seorang tentera Amerika yang berjaya menyelamatkan dunia dari ancaman serangan nuklear serta memperlihatkan kedunguan negara lain dalam mengatasi konflik.

Faiz yang sedang asyik di depan komputer sekadar tersenyum dan menggelengkan kepala. Ini bukan kali pertama ayahnya meluahkan sentimen anti-Amerika. Tapi dia sendiri tidak mahu melayan sangat karenah ayahnya malam ini, dia ada kerja yang perlu diselesaikan.

“Masih belum siap lakon-layar tu?” soal ayahnya tiba-tiba.

“Ya ayah, Faiz masih tak tahu samaada nak matikan karakter hero di akhir cerita atau tak.”

“Matikan hero? Kenapa mesti matikan hero? Bukankah hero itu orang Melayu yang sedang melawan pengganas Amerika? Kita mesti tunjuk hero Melayu kita kuat! Hero kena menang. Barulah jadi sumber inspirasi kepada penonton-penonton Melayu kita!” hujah ayahnya bersemangat.

“Tapi, bukankah nanti cerita saya akan nampak sama sahaja seperti filem yang baru ayah tengok tadi? Bukankah nanti cerita saya juga akan dicop propaganda?” Faiz mengusik ayahnya sambil terus tersenyum.

“Itu Amerika. Amerika memang jahat. Masuk neraka punya. Kita orang Melayu, orang Melayu masuk syurga,” balas ayahnya sambil masuk ke dalam bilik.

TAMAT

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses

  1. 1
    Tifani Teh  
    Monday, 25. June 2007

    O. Sebab itu la aku tak ada site meter dan disable comment (pada awalnya). Aku tak nak beremosi dengan jumlah pengunjung dan penyanjung! Ehem…

    Tapikan Vin, aku rasa terlampau banyak blog2 bagus & hebat. Lalu, orang baca-baca cabut, baca-baca lompat blog. Bukan tak komen, tak sempat nak komen. Kejar masa dude…

  2. Aku being sarkastik saja.

    Dan sila komen entri yang berkenaan ya che Tifana.

    Hik!

  3. harapnya ada sequel lagi.

  4. Bukan hero melayu asyik pasrah dengan kekecewaan cinta ke? Hahaha.

  5. Aku tak kisah apa yang jadi pada hero. Selagi hero itu Fahrin atau sapa tah nama budak singapore yang jadi hero dalam Emil Emilda tu.

  6. Daun, nama dia Aaron. Aaron. Ingattt tauuu.. hahaha. Oh fahrin.. pengsan~

  7. emphbone: Mesej kat aku saja tu tak payah la tick. Yang lain-lain tu, aku tak reti camne nak setting.

    Kalau buat registration, lagi ramai yang tak mau komen, leceh katanya.

  8. hero melayu pun mati juga, tapi mati natural…:p

Leave a Reply