01 Oct 2007 HUJAN MALAM
 |  Category: jurnal

Aku suka kalau hujan turun waktu malam. Atau waktu subuh.

Semalam sejurus selepas aku habis menyedut Sampoerna Hijau buat kali kedua selepas tiga minit (rutin harian bulan Puasa sejurus sebelum waktu imsak), angin tiba-tiba menggila, langsir bilik berkibar keras laksana puntianak yang mahu melengkapkan kuota menyakat manusia pada malam itu. Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebat diserta sekali kombo ribut mega menyentak alam. Cuma yang tiada hanyalah paluan guruh dan hentakan kilat ke muka bumi.

Usai melayan Sampoerna dan meneguk air, aku baring sambil berselimut. Tiba-tiba aku teringat semasa kecil, semasa duduk di rumah beratapkan zink di kampung.

Lantas hujan subuh itu memberitahuku yang aku pernah suka dengan hujan pada waktu malam atau pada waktu sejurus sebelum azan subuh. Aku suka bunyi zink dengan melodi orkestra rintik hujan yang menjengkelkan. Dengan dentuman guruh, kilat serta hembusan angin maha yang seola-olah mahu mencabut paku alam.

Aku suka kerana pada waktu itu aku baring berselimut kesejukan dan aku akan tertidur untuk pergi bermain dengan makhluk mimpi.

Duduk di apartmen, kondo hatta rumah teres berbumbung bukan zink TIDAK AKAN SAMA SEKALI memberi perasaan yang sama seperti berlindung di bawah atap zink.

Aku suka kalau hujan ribut pada waktu malam.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses

  1. Aku suka hujan subuh yang berlarutan sampai ke pagi hari.Kena pula pada hari isnin.

    Hari bahagialah kalau ianya terjadi.

    Boleh tarik selimut lagi.Pejam mata lagi.

    Pukul 9 lebih telefon pejabat cakap aku MC.

    Minit mesyuarat jadi air liru basi!!!

  2. Meh tidor rumah saya. rumah saya atap zink lagi nih. haha. :lol:

  3. tambah lagi… kalau waktu hujan ribut malam tu, kau dah kawin lagi best! :shock:

  4. Bising atap zink ditimpa hujan pada waktu malam adalah nikmat yang tak terhingga. Untung sekarang ada kat kampung… dan sekarang musim hujan!

  5. woit jadi ya nonton RE..!

  6. :evil: :evil: :evil:
    saja nak cuba2..hehe

  7. saje je singgah..hehe :smile:

Leave a Reply