SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER ORANG JAHAT MATI LAST SEKALI SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER MAK MERTUA MATI LAST SEKALI SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER

I Am Legend (Gua adalah legenda) adalah filem adaptasi dari novel fiksyen-sains-seram Richard Matheson. Ini adalah adaptasi kali keempat selepas The Last Man On Earth (1964), The Omega Man (1971) dan sebuah direct-to-dvd yang juga keluar tahun ini.
Pengarah filem ini ialah Francis Lawrence, yang mengarah filem Constantine, yang aku suka gila, tapi ramai teman tak suka, dan aku tak hairan kalau sekali lagi kami bercanggah pendapat.
premisnya bercerita pasal seorang doktor yang dikatakan telah berjaya menemui penawar untuk kanser. Yeay! akhirnya kanser dapat diubatti (dan aku boleh hidap rokok lebih banyak). Tapi…penawar itu mencetuskan sesuatu yang tidak dijangka. Satu virus baru merebak dan lebih merbahaya dari Aids. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan dan udara. Menjelang 3 tahun kemudian, semua manusia sudah bertukar menjadi ‘vampire’ (bukan, semua manusia tak bertukar jadi PEGUAM, ini vampire betul, Mat Jan jangan marah!).

Lebih haru lagi, tinggal Dr. Robert Neville seorang diri di bandar New York. Secara magisnya, dia imun kepada virus tersebut. Dia ditemani oleh anjingnya, Sam yang juga imun dari serangan virus udara tetapi boleh dijangkiti melalui sentuhan. Dr. Neville hidup seorang diri di tengah bandar, siang mencari makanan atau apa-apa bahan keperluan (dia siap tanam jagung tengah-tengah bandar) dan malam-malam tidur di bathtub sambil mendengar bunyi raungan ngeri vampire-vampire di luar. (Kalau aku mungkin juga sudah putus asa dan bunuh diri sahaja).
Secara keseluruhan, aku agak suka dengan adaptasi ini. Ingat, filem ini terdedah kepada dua komen klise oleh peminat buku (a.k.a purist), 1 - mereka mungkin akan cakap “buku lagi best” dan 2 - mungkin sekali mereka akan cakap “tak sama macam buku la!”.
I am Legend adalah antara beberapa karya yang aku rasa perlu 1 - Tak sama dengan buku dan 2 - Perubahan plot. Maka purist yang selama ini obses dengan dua komen di atas pastinya kecewa.
Terdapat beberapa perubahan drastik antara buku dan filem ini.
Okey, aku tak mahu komen mengenai perbandingan itu. Komen aku terhadap produk ini secara solo dan berasingan.

Pertama mengenai tone gelap filem ini. Filem ini tidak memberi tone gelap yang secukupnya. Maksud aku, aku kurang merasai kengerian yang dihadirkan oleh vampire-vampire tersebut. Kurang takut. Satu-satunya imej yang buat aku takut semasa audiens pertama kali ditunjukkan dengan vampire tersebut. Semasa Will Smith tak sengaja masuk ke dalam salah sebuah sarang. Dia tersuluh satu kumpulan vampire yang sedang berdiri macam tidur dan cepat-cepat tutup lampu. aku rasa kaget. Membayangkan diri aku berada di situ. Di situ aku di bawa ke alam takut Dr. Neville. Betapa vampire ini begitu merbahaya. Tapi selepas itu, hmmm, kurang takutlah. Malah adegan di sebuah kawasan lapang ketika vampire-vampire itu mengerumuni Will Smith pun kurang takut. Lagipun nak suspens apa, adegan itu di pertengahan cerita dan hero dah konfemlah takkan mampus. Malah ketika pertama kali bunyi-bunyi vampire itu meraung (semasa adegan Will Smith dalam bathtub) lebih menyeramkan. Kita bermain dengan imaginasi sendiri membayangkan benda-benda itu berkeliaran. (Melainkan anda tak ada imaginasi - pernah terjadi kepada kenalan, yang aku ingat dia ada imaginasi tinggi - bertanya mengenai satu benda - yang sepatutnya dia boleh guna imaginasinya - opsss, siapa pulak yang nak terasa kali ini, muahahahahahahahahaha! - Gurau! Gurau! :P).

Tapi malam yang digambarkan dalam filem ini nyata memang memberi kesan. Kira sampai sekarang aku terbayang bagaimanakah hidup aku kalau bergantung kepada penggera jam tangan yang berbunyi tanda maghrib sudah tiba dan aku harus segera masuk ke dalam rumah. Itu yang berlaku pada Will Smith. Dia bergantung kepada jam tangan itu. Maka tersilap kira, dia akan lambat sampai ke rumah dan menutup segala pintu dan tingkap. adegan semasa Will Smith kena perangkap dan tergantung di udara juga suspens. Dia terkena perangkap tersebut pada waktu tengah hari dan jatuh pengsan. Dia sedar hanya ketika maghrib hampir tiba. Bayangkan, dia perlu lekas melepaskan diri atau vampire berjumlah jutaan makhluk itu akan membahamnya.
Bahagian yang tidak linear dalam cerita ini disampaikan dengan imbas kembali beberapa minit sebelum dia membawa anak dan isterinya keluar. Di sini mungkin mahu membangunkan plot epidemik yang sudah semakin kacau selain ‘back story’ Dr. neville dengan keluarganya. Seterusnya menyampaikan kepada audiens apa yang terjadi kepada anak dan isterinya. Tapi aku kurang faham relevannya dengan karakter Dr. Neville sekarang. Sebab nampak kehilangan anak dan isterinya seperti kurang memberi impak kepadanya.Seolah-olah kalau tak ada adegan anak dan isterinya itu pun, karakter Dr. Neville ini masih kuat persembahannya.
Ada beberapa small details yang aku perasan. Satu ketika Dr. Neville buka peti ais dan kelihatan seperti keratan cover majalah dengan gambar Dr. Neville. Memberi hint kepada kita bahawa dia adalah ’seseorang’ semasa epidemik ini mula merebak. Juga ketika di satu rumah, sebuah lagi keratan dengan tajuk ‘berjaga-jaga dengan anjing’, memberi hint Dr. Neville bakal berdepan dengan bahaya anjing vampire tidak lama lagi.

Satu lagi adegan aku suka (dua sebenarnya) ialah di kedai buku. Terdapat beberapa patung yang dipakaikan dengan pakaian. Di letak seolah-olah pengunjung kedai itu. Will Smith berinteraksi dengan mereka semua setiap hari, laksana seperti orang betul. Tanda rindunya mamat tersebut dengan interaksi bersama manusia. Malah adegan dia menangis mengucapkan hello depan patung awek dalam kedai buku itu sungguh mengharukan. Satu penilaian kepada sikap manusia sekarang yang memang tak endah pun dengan manusia lain.
Antara dialog yang aku ingat ialah bila Will Smith menutur ayat “tuhan tak buat semua ini. Manusia yang buat” memberi kesan. Satu tamparan kepada manusia zaman sekarang yang asyik nak menyalahkan tuhan atas apa sahaja buruk yang datang. Mungkin kawan-kawan anti-tuhan atau yang jenis suka mencabar tuhan dengan falsafah mereka tidak suka, entah. Tetapi itu yang aku rasa. Disebalik menyalahkan tuhan, kadang-kadang manusia itu sendiri yang suka berbuat kemusnahan.
Satu lagi benda yang aku tak suka ialah sesetengah bahagian pada ending. Okey, tengok sendiri dan nilaikan.
Apa pun, sebuah filem yang menarik dan terpulang kepada penilaian tersendiri. I Am Legend masih berada dalam lingkungan atas pagar untuk diperdebatkan sama ada ia best atau tidak. Malah mungkin juga ada antara teman yang memberi hujah konkrit dan buat aku angguk kenapa ia tidak best. Terpulang, kalau tak best, terus terang sahaja cakap kat aku. Untuk aku, ia sudah cukup memghiburkan, untuk kalian, diri sendiri rasa.
*** This is a whisper message for nazri! ***