05 Oct 2007 KAMI
 |  Category: jurnal

01.gif

Ada satu rancangan tv di 8TV, drama bersiri tajuk Kami

Bukan, ia bukan sekuel untuk filem KAMI lakonan Sudirman suatu ketika dahulu.

Al-kisahnya mengenai 5 remaja yang menjalani kehidupan seperti remaja yang lain.

 

CONS KAMI

  • Selain Liyana Jasmay, orang lain agak Keanu Reeves sikit la (ya, ada antaranya yang pernah berlakon dan berteater sebelum ni, tapi…). Tak mengharapkan prestasi taraf Academy Awards, cuma bawah par sikit la.
  • Pace dan cerita ada sikit jumpy-jumpy.
  • Entah le, tapi aku agak kurang mengerti fokus cerita ini. Maksud aku ke mana cerita ini hendak membawa penonton? Atau memang sekadar memang nak tunjuk kehidupan dan latar seharian setiap karakter?
  • Okey, yang ini saja aku mengada-ngada nak komen, no big deal, tapi scene gig kurang efektif aaa.

PRO KAMI

  • Ada banyak adegan di dalam kedai buku (Satu elemen yang jarang pengarah Malaysia terfikir nak buat since, ya la, ramai pengarah Malaysia pun tak suka membaca buku - haah, tu nak marah la tu, nak buat petisyen la tu)
  • Jalan cerita setiap episod dari ‘point of view’ yang berbeza. Ep Satu dari POV Liyana Jasmay, Ep. 2 dari POV Ezani dan seterusnya. Aku tak pernah ada produksi Malaysia yang buat stail begini lagi (kalau ada, betulkan)
  • Disebabkan lain POV untuk lain episod, maka boleh kata perjalan cerita untuk setiap episod tidak linear dan agak smart dibuat. Kena follow siri ini dan fahami maksud aku. Sekali lagi, aku rasa tak pernah tengok stail penceritaan sebegini. Aku anggap ia superb untuk standard Malaysia.
  • Gig dan muzik underground. Jarang difokuskan 2 benda ini dalam produksi Malaysia. Balik-balik nak tunjuk artis warna warni ropol-ropol. Bodoh punya pengarah.
  • Zine pun ada. Inlah masa mengajar orang-orang Melayu yang tinggal dalam gua bahawa zine bukan bermakna benda subversif atau benda rosak akhlak sahaja.
  • Satu perkara yang menarik mengenai KAMI ialah, penekanan soal menghormati orang tua. Kalau karakter utama nak keluar rumah mesti mintak izin ibubapa, paling tidak pun akan cakap “Mak, Adii keluar dulu…” berbanding drama-drama mainstream Melayu lain yang sejak akhir-akhir ini banyak pulak karakter anak kurang ajar dan menderhaka. Tapi polis moral tak nampak semua itu sebab mereka pergi majlis berbuka puasa anjuran penerbit dan pengarah mainstream ini.
  • Nokia taja siri ini, jadi setiap episod ada adegan mempromosi kelebihan telefon itu, tapi dibuat secara subtle (pada aku) dan kena dengan jalan cerita. (Setakat inilah)

Pergilah tengok siri tv yang aku nobatkan antara karya Malaysia yang unik dan bermutu sejak beberapa tahun ini. Tapi tinggal 3 episod lagi sahaja. Jadi lebih baik kamu jangan dengar cakap aku dan pergi bunuh diri kerana terlepas rancangan maha hebat ini.

Nota:

1- Kalau sesiapa yang tahu band bernama Missing Chapter, mungkin (atau tidak) kalian perasan lagu mereka (Something Missing) dimuatkan (setakat ini) dalam tiga adegan. Pertama kali semasa adegan Adii masuk ke dalam bilik selepas tengok baju Public Enemy dia dibuat kain lap (episod 4), kedua semasa Adii jahit baju (episod 4) dan adegan Abu dan Abangnya keluar dari sungai dan bergegas untuk pulang ke rumah (episod 5).

Buat ahli-hali band Missing Chapter, cayalah!

2- Nama LIYANA sekarang sudah menjadi satu nama besar dalam pop-culture. Makin ramai perempuan bernama LIYANA yang muncul. Liyana Jasmay, Liyana awek jaga tol LDP Puchong tu, Liyana poet yang selalu baca sajak dan ramai lagi. Kebanyakan yang bernama LIYANA ini lahir sekitar tahun 1982-1986, ini termasuklah adik aku. Aku tertanya-tanya apa yang terjadi sekitar waktu itu sehingg membuatkan ibubapa berhasrat untuk memberi nama itu menyebabkan ramai pulak perempuan nama LIYANA (ya dengan ejaan seperti itu) muncul pada era ini.

3. adi.gif Ani Zayanah Ibrahim yang berlakon sebagai Adii ini comel la jugak dengan suara serak seksi macam Sazzy Falak. Pehhh, aku memang lemah dengan perempuan suara serak ini.

Kredit gambar dari laman web rasmi: KAMI

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses

  1. mak cakap sebab time tu
    puteri diana baru kawen n popular…
    ramai mak2 letak nama diana…
    liyana pulak sebab taknak same cam semua org yang letak nam diana tu…
    tu yang tukar liyana…ade sikit nnnaaaaaaananana blakang jadilah…

  2. Aku dah agak mesti ko buat ulasan drama ni, tapi tu la 8 episod je, nak perkenalkan karekter je dah 5 episod,

    lagi 3 episod? haha aku suka watak Abu & Ali argh aku gay ke ni

  3. Lepas drama ni ada filem dia pulak datang tahun depan.

    Aku macam kau.Suka gila kat Adii tu.Gila bayang dibuatnya kat dia.

  4. Ali tu kiyoot gak kan? kan? Ye. Dia je lah yg hensem dalam Kami tu. Abu tu dah out of list. Haha.

  5. 5
    ayobkelubi  
    Monday, 8. October 2007

    yeah, liyana jasmay rock!. aku suka dia. 2 minggu lepas,aku baca sokabau mingguan malaysia,liyana jasmay jd cover sokabau kecik tu.

    dia ckp KAMI tu mmg 8 episod utk tv then sambung ker filem.

    statement yang dia buat dlm sokabau tu yg buat aku makin suka dgn liyana nie.

    dia ckp, “buat apa cari lelaki bangsa asing,lelaki bangsa melayu ramai lagi yang hensem-hensem apa”. pergghh,makan dalam tu!.

    three cheers for liyana jasmay!.

  6. huhu, aku dah banyak terlepas tapi tetap nak tgk!
    btw, eleh, promote novel lagi…

  7. Shemod - Dah tanya mak pasal nama Liyana tuh.

    Rjuna - kalo ko gay pon aku tetap kawan ngan ko.

    Rainbow - suara serak dia best.

    Amyz - ummm, cute jugaklah kot. :-”

    Ayob - Minggu lepas aku pergi event bukak pose Astro, minah Liyana Jasmay nih ada. Muka jawa sket.

    Fadz - ummm, novel?

  8. 8
    Nazim Masnawi  
    Tuesday, 9. October 2007

    I have out-grown the name Liyana.

  9. “garangnya!tapi cuteeee..”

    skrg ni kalau cakap je mesti tambah perkata cuteee tu..
    haha..matilah..

    i prefer abu than ali..trajic bila tgk abang dia mati..

  10. weyh..
    spe de pic adii send kat aku weyh..
    niy emel aku..
    fabregas_arsenalfc@yahoo.com
    smoge tuhan mrahmati korg..

  11. 11
    semafu asuma  
    Thursday, 18. October 2007

    :smile:
    hoh…..aku ske ngn cte ‘KAMI’ nie….
    walaupon byk pengulangan scene tp tetatp beshh…
    aku sggup bgn dr tdo semata2 nk tgk cte nie jer….pastuh aku tdo balik….
    antara ayat yg aku ingt & berulang kali ditayangkn mse 1st dorg g gig…
    pastuh c ali jth kn hp c lynn…..
    he says ‘SORRY’……
    c abu nyampuk ‘garangnye tapi kiuuuuttt’ (smbil memuncungkn mulut nye…ahahahahhah)

  12. cte nie besh

  13. 13
    kami oR we??  
    Thursday, 25. October 2007

    :cool: aku ras la kn…cte neyh mmg besh..tp xde unssur2 moral yg blh d ktghkan…anyway..aku ska cta neyh..!!!!

  14. http://rapidshare.com/files/65735912/OST_KAMI_THE_ALBUM.zip

    OST Series Kami di 8TV!

Leave a Reply