07 Dec 2007 KATCER DALAM RAI
 |  Category: bodoh

Gua sampai awal jugaklah kat situ. Jadi gua lepak-lepak sekejap kat salah satu kerusi kulit berdekatan dengan jam dalam lobi sambil usha awek-awek cun. Sekolah sekarang tengah cuti beb. Kat situ ramai gila awek tengah tunggu balak diorang. Awek duduk sambil silang kaki, awek duduk tak silang kaki, awek dengan kaki comel nak mampus, awek dengan kaki macam sial, awek nampak macam muslimah, awek yang mungkin kalau kamu kenal diorang ni macam sial. Okey jugaklah, cuci mata. Tapi dalam satu hal, rasa macam hampeh jugak, sebab, kamu tertanya-tanya apa yang akan terjadi kat diorang ni. Maksud aku bila diorang dah habis SPM atau habis U nanti. Kamu agak, kebanyakannya akan kahwin dengan mamat bangang mana ntah. Mamat jenis yang asyik nak borak pasal kereta diorang boleh pergi berapa laju. Jenis lelaki yang berubah jadi macam bangsat bila kamu kalahkan dia main golf atau paling cikai pun game bodoh macam Ping Pong. Lelaki yang tak berhati perut. Lelaki yang tak membaca buku. Lelaki boring - gua kena fikir balik pasal tu. maksud gua panggil sesetengah dari diorang boring. Gua memang tak faham lelaki boring. Serius. Bila gua kat Elkton Hills, gua duduk satu bilik dengan dengan budak ni, Harris Macklin selama dua bulan. Dia pandai jugaklah, tapi mamat yang paling boring gua penah jumpa. Suara dia agak garau dan tak berhenti-henti berborak. Dia tak berhenti berborak, dan yang paling macam sial, dia borak benda yang kau tak nak dengar pun. Tapi dia terer buat satu benda. Mangkuk ayun tu bersiul paling best yang pernah aku dengar.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses

  1. aku suka The Catcher in The Rye. Ia jujur dan kelakar, pada aku.

  2. this entry is not suppose to put under ‘bodoh’ category. it is a very good try.

  3. Perlu split kepada 2 perenggan.

  4. Taf - original teks dia dah macam tu. Membebel berjela-jela.

  5. Hana - ya, aku suka juga. Kelakau.

  6. huhuhu, best!

  7. aku nyaris nak beli Catcher In The Rye selepas terpengaruh dengan filem Theory Conspiracy.. tapi aku tak beli gak..

  8. Nuppy: Pg beli.
    Nazri: Try baca Hunchback of Notre Dame - the unabridged version. Meleret tak ingat. Tapi sesuai buat filem sbb meleret tu masuk segala perincian yang ada depan dan di belakang mata.

    Mata di belakang aku tak tau.

Leave a Reply