27
Jul

KENAPA AKU IBLIS SPOILER

   Posted by: nazri   in jurnal

Okey, kepada yang tak tahu spoiler, secara asasnya, spoiler adalah:

- Kau sudah tahu hero mati walaupun belum menontonnya.

- Kau sudah tahu rahsia sesebuah filem yang dibina untuk didedahkan masa ending.

Asasnya la.

Sama seperti orang lain, aku juga tidak mahu tahu spoiler novel atau filem yang sedang/akan aku nikmati.

Tapi rakan-rakan yang rapat dengan aku tahu aku adalah Raja Spoiler. Aku akan chek wikipedia sebelum menonton/membaca (buku jarang aku buat).

Kenapa?

Kenapa aku berubah dari seorang budak kecil yang suka menikmati sesbeuah cerita tanpa mahu mengetahui apa yang berlaku pada pengakhirannya?

Ia ada kaitan dengan peristiwa hitam semasa aku berada di sekolah menengah.

Aku telah diliwat oleh seorang pelajar senior…

.

.

Okey, bukan, aku bohong kalian sahaja.

Takkan la kena liwat boleh buat aku jadi iblis spoiler. ye tak?

Sebuah filem (aku tak mahu memberi tajuk kerana nanti orang itu akan tahu). Sebuah filem yang aku teruja untuk menontonnya. Sebuah filem yang aku rasa bakal mengubah hidup aku (dan ya, ia mengubah pun).

Nak jadi cerita, disebabkan beberapa masalah, aku terlewat beberapa hari untuk ke panggung.

Nah!!!

Sehari sebelum aku pergi menontonnya, beberapa orang rakan aku dengan rela hati menceritakan apa yang berlaku di dalam filem itu, tanpa menyedari aku tak ingin mendengarnya.

Lantas…

Filem itu langsung tidak masuk senarai filem kegemaran aku sehingga kini sampai ada yang pelik kenapa aku tidak suka dengan filem tersebut.

Aku ibarat Anakin, yang terjerumus ke dalam Dark Side.

Ya, aku jahat.

Kohhh! Kohhh! Kohhh!

(Aku tak ingin menceritakan secara terperinci tragedi itu kerana tak ingin mengingatinya)

Maka sejak hari itu aku sudah imun dengan spoiler. Aku sudah tidak percaya dengan konsep spoiler.

Benar aku marah dengan snob-snob yang secara suka hati bercerita tentang apa yang mereka baca/tonton di depan orang yang belum menikmatinya. Itu yang aku buat sekarang.

Untuk nota kecil, perkara itu berlaku sepanjang masa, sehingga kini, bila ada dikalangan teman yang mendapat peluang menonton lebih awal dan kemudian boleh berborak mengenai filem itu di depan orang yang belum menontonnya. Aku juga buat begitu sekarang, tapi hey, bukankah aku iblis spoiler?

Ada yang konon bercerita tanpa memberi spoiler, tapi hey, tidakkah kamu tahu, keseluruhan plot di bina untuk spoiler itu, maka jika kamu bercerita tentang titik F yang kononnya tidak ada kaitan dengan titik J (spoiler), F itu adalah pembinaan untuk ke J. Secara tidak langsung, sekurang-kurangnya aku boleh mengaitkan titik F itu hingga memikirkan possibility spoiler. Contoh jika seorang hero akhirnya mati kanser (spoiler), maka bercerita tentang heroin yang bergaduh dengan hero yang suka hisap rokok juga sebenarnya memberi hint kepada spoiler itu. Itu adalah contoh lemah, aku tahu, tapi aku harap kalian faham point dia.

Perkara yang lebih baik ialah: jangan bercerita tentang filem itu di depan yang belum menontonnya langsung. Atau, jangan bercerita langsung. Duduk diam-diam.

Kamu boleh saja kata, “Kau pun buat begitu,”, betul, dan ya, aku adalah iblis spoiler.

Secara tak langsung, semua orang pernah bercerita tentang spoiler. Malah, jika kamu memberi gerak tubuh pun sudah dikira memberi spoiler, keluar ayat, “entah la, kau kena tengok dude, ” juga spoiler, ayat “Ending dia kau kena tengok” juga spoiler, “Dia buat karakter tu best la” secara teknikalnya spoiler, Kau tersenyum, geleng kepala juga spoiler dan banyak lagi.

Cuma yang pasti, akulah yang paling jahat. Jangan salah anggap, aku menghormati konsep ’spoiler’ dan kawan-kawan yang bencikan spoiler. Cuma…ya, aku sudah katakan tadi, aku jahat.

Nota: entri ini aku tulis bila membaca isu spoiler buku Harry Potter yang diletakkan oleh sesetengah si bodoh di dalam wikipedia. Aku bersimpati dengan peminat-peminat yang lain. Entri ini juga mendapat inspirasi dari entri Mooke dan berharap agar dia bersabar menempuh hari-hari muka.

Aight!

This entry was posted on Friday, July 27th, 2007 at 2:17 pm and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments so far

Amyz
 1 

Ya. Spoiler adalah seorang yang jahat gila babesss lah!
I hate spoiler. I hate you!!

July 28th, 2007 at 4:05 pm
Nazri
 2 

Fuck you

July 28th, 2007 at 6:06 pm
 3 

Jadi, jika aku ada orang mengusulkan tajuk filem yang aku sudah tonton semasa lepak minum teh tarik, aku hanya perlu diam membatu?

Jika dia mngacukan pistol ke kepala aku untuk mengetahui spoiler cerita itu bagaimana?

July 29th, 2007 at 5:12 pm
nazri
 4 

Hahahahaha…

Aku orang gila di alam ini.

:D

July 29th, 2007 at 5:19 pm
Amyz
 5 

Nazri : Hell yeahh.. You will LOVE to. :-p Bluuuehhhhh!!

July 30th, 2007 at 2:50 pm
 6 

Ye ke ko tak kene liwat.. ngaku jer laa..
ok ok.. ko tak kena liwat.. tapi yang meliwat.. hehe..

Biar terlewat, jangan terliwat!

August 3rd, 2007 at 3:57 pm
seli
 7 

perkenalkan, pemusnah iblis spoiler > http://seventh-art.blogspot.com/

September 8th, 2007 at 1:30 am

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment