Aku ke Borders The Curve. Saja jalan-jalan selepas kecewa melihat barisan yang panjang di kaunter tiket Cineleisure. Harapan menonton samaada Harry Putput atau Robot Tukar-Tukar hancur sama sekali.
Ahh, boleh cari buku panduan menulis skrip.
Aku taip di ‘mesin carian’ kata kunci ’screenplay’.
Keluar beberapa tajuk. Antara tajuk yang menarik perhatian aku terletak di seksyen ‘Writing And Publishing’. Aku pusing-pusing sekitar kedai dua tingkat itu. Tiada seksyen ‘Writing And Publishing’. Buku tersebut adalah sebuah naskhah panduan bagaimana mahu menulis skrip dengan baik. Aku cuba jenguk di bahagian rak buku-buku filem. Yang ada cuma satu rak buku-buku skrip filem seperti Eternal Sunshine, Monty Python dan banyak lagi.
Aku capai peta di tepi kaunter (ya, masih mengekalkan karakter lelaki yang tidak suka bertanya, jadi? bencilah aku). Tiada seksyen ‘Writing And Publishing’ di dalam peta. Berikut adalah seksyen yang ada;
- Ground Floor
- Gifts & Stationery
- Fiction/Literature
- Romance
- Graphic Novels & Manga
- Science Fiction
- Mystery & Thriller
- True Crimes & Westerns
- Business & Finance
- Religion
- Computer
- Science
- Social Science
- Law
- History
- Mind, Body, Spirit
- Self Help & Psychology
Juga termasuk tiga seksyen khas iaitu Bargains, Bestsellers & New Releases
- 1st Floor
- Language
- Sports & Games
- Audio Books
- Animals
- Cooking
- Crafts & Home
- Health & Medicine
- Art & Architecture
- Media
- Music Books
- Reference
- Parenting
- Young Adult
- Humour
- Travel & Maps
- Malay
- Music CDs
- Movies DVDs & VCDs
- Chinese
Serta tiga seksyen lain iaitu Bargains, Bestsellers dan Childrens.
Maka, di manakah gamaknya seksyen ‘Writing and Publishing’ itu?
Cuba teka?
Siapa dapat teka dengan betul aku kasi RM10. (Ada dua orang tak layak untuk menyertai peraduan ini kerana seorang darinya berada dengan aku semasa kejadian dan seorang lagi memainkan peranan menerima sms “weh, kat mana seksyen buku How to write di Borders Curve?” dan menjawab “di __________”. Dua ekor ini tahu siapa anda.
Teka cepat. Jawab di kotak komen dan terima RM10 dari aku.

Monday, 16. July 2007
RM10 sahaja? Tak mahu tekalah. Kalo RM100 ke, RM1000 ke, Sejuta ke. Best la jugak.. :-p
Monday, 16. July 2007
either ‘crafts & home’ or reference
Monday, 16. July 2007
Kat Reference ke? Aku tak ingat bawah seksyen mana, tapi kalau nak tunjukkan, tau saja aku di mana.
Monday, 16. July 2007
kat belakang seksyen young adult. kecik je section tu.
Tuesday, 17. July 2007
Literature?
tak tak.. kat section ANIMAL.
Tuesday, 17. July 2007
ohhh, young adults ye?
Friday, 20. July 2007
Kat reference mungkin, tapi aku berat katakan ‘Writing & Publishing’ terselit di seksyen Self-Help pun mungkin juga.
Sebab siapa yang nak belajar menulis ni kira tahap sakit kronik juga. Ha ha!
Ada mutut ka?
Monday, 23. July 2007
kat 1st Floor - Media.. ?