Sinambungan dari konsep ulasan filem berkumpulan dari blog lama aku:
Tapi lebih ringkas.
PIRATES OF THE CARIBBEAN: AT WORLD’S END
Ada beberapa babak yang aku suka seperti semasa Jack jumpa ketam batu.Tapi secara keseluruhan, entah le, bukan tak bagus, cuma filem kedua sudah dibina untuk filem ketiga, tapi akhirnya?
Apa kejadahnya lanun-lanun lain boleh tengok saja Black Pearl berperang?
Aku jangkakan ada perang lanun-lanun yang besar.
Calipso atau apa ntah nama perempuan yang jadi besar itu, aku peduli apa,
Davy Jones, aku peduli apa,
Elizabeth dan William Turner, aku peduli apa,
Johnny Depp…wauuu!
Secara keseluruhan,
Hampeh!
HOT FADZ FUZZ
Filem paling best tahun ini (setakat bulan Jun), dari semua genre.
Dari kumpulan yang sama dalam filem Shaun Of The Dead.
Adegan hero buat flying kick terajang nenek tua merupakan masuk dalam senarai adegan cool filem yang pernah aku lihat. Nota kepada moralis: aku tak promote menderhaka kepada orang tua.
Lawak orang-orang British lagi best dari lawak-lawak orang Amerika. Juga hayati ‘kemewahan’ filem ini yang dibuat bersungguh-sungguh oleh sang pengarah dan penulis skripnya. Terlalu banyak trivia di dalamnya. Selepas tonton di panggung, kamu kena beli DVD dan tengok satu persatu ’small details’ yang diletakkan.
Edgar Wright dan Simon Pegg, kamu genius!
TRANSFORMERS
Baiklah, filem ini memang menghiburkan, aku tahu, aku tahu. Berbaloi untuk kamu pergi. Aksi robot tembak manusia, manusia tembak robot, robot lawan robot, robot tukar jadi kereta, kereta tukar jadi robot, Vending Machine tukar jadi robot, semuanya memang buat aku cakap “whoaaaaaaaaaa!!!”
TAPI
Tarnsformers mungkin dilihat gah sebab tak ada filem blockbuster kategori Giant Robot sebelum ini.
Maka kalaulah Transformers keluar selepas, ambil contoh, GUNDAM, Robotech, Giant Robot dan sebagainya, aku rasa orang akan kata filem ini sekadar…”okeylah”.
Transformers akan senasib dengan Fantastic Four yang mungkin akan kelihatan gah kalau filem Batman dan Spider-Man tidak pernah dihasilkan.
Jangan salah anggap, hasil kerja Michael Bay ini tetapi berbaloi duit kamu. Rasanya.
Cuma…adeh, ya lah ya lah, pop-corn films memang kena macam tu kan.
Sigh, aku takde kawan yang akan bersetuju.




Friday, 29. June 2007
Setuju. Hot Fuzz memang filem terbaik tahun ini. BY THE POWER OF GREYSKULL!
Sunday, 1. July 2007
Aku tak tengok hot fuzz lagi tapi kesemua cerita kau review okay lah..
Monday, 2. July 2007
Transformer sugguh hampeh. aku sunguh kecewa
Tuesday, 3. July 2007
Oooh~
Fadz? Fadz memang hot pun…
Tuesday, 3. July 2007
aku belum tengok Hot Fuzz..
Tapi yang pasti aku dah tengok Hot Fadz.. Wow!!
Tuesday, 3. July 2007
aku cukup kechiwa dengan transformers. Tapi Hot Fuzz memang kool!
Tuesday, 3. July 2007
Ted & Kamarul - Muahaha, aku nak tengok lagi. Banyak small details perlu dijenguk.
Empbone - tengok Hot Fuzz
Awek-awek - Ya, Fadz memang hot. opps..
Tuesday, 3. July 2007
Tarnsformers, hmm… tapi Tetsujin 28 dah keluar dulu. Hmm… camne pun aku sedang menunggu Neon Genesis Evangelion!
Wednesday, 4. July 2007
Zach - Tetsujin? entah-entah 5% saja penduduk dunia yang tahu pasal movie tu let alone yng dah tengok.
Monday, 9. July 2007
aku sokong…kalau dulu Shaun of the dead antara filem faveret aku, pasal Shaun boleh jalan pi kedai dan balik tanpa sedar satu kawasan tu dipenuhi Zombie.
Hot Fuzz pun sama. aku tak terjangka ending dia. Mungkin kita dah muak dengan lawak Amerika?
Transformers, terlalu gah di mata, tapi tak ada isi. so, aku bersetuju dengan ko
Sunday, 27. July 2008
Kalo saya, suka lihat film BATMAN
dari pada yang lain