Aku rasa majoriti perempuan Melayu sudah bertepuk tangan dengan hero mereka.
Baca link ini: Lelaki Melayu Bermasalah
Aku setuju. Betul, aku setuju.
Nanti, jangan high-five tangan aku dahulu wahai perempuan-perempuan semua.
Aku setuju LELAKI MEMANG BERMASALAH. Ia masalah global. Bukan lelaki Melayu sahaja.
Nampak benar si Akmal Fairuz ini kecewa dengan lelaki Melayu.
Tapi kemudian aku keliru dengan fakta ini:
“Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.”
Betul, aku setuju dengan cakap dia. Betul, aku sebagai lelaki pun malu dengan kelakuan itu.
Kemudia dia bandingkan dengan orang bangsa lain:
“Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.”
Ohhhhhhhh, semacam membandingkan arnab dengan Tyrannosaurus Rex. Dia bandingkan lelaki-lelaki yang hampir sama taraf homeless (mungkin), yang aku agak, lahir di celah lorong, tidak berpelajaran dan lain tahap pemikiran dengan lelaki bangsa lain yang enak di bangku kuliah pengajian, baca naskhah falsafah dan di ajar adab manusia sejak kecil.
Aku mahu bertanya kepada dia, pernahkah dia menghabiskan masa di Masjid (bukan sekali dua, tapi beratus-ratus kali) bersama lelaki-lelaki di situ?
Pernahkah dia menghabiskan masa beratus-ratus kali di Perpustakaan bersama-sama lelaki Melayu di situ?
Pernahkah dia menghabiskan masa beratus-ratus kali bersama seorang bapa kepada tiga anak yang cuma tidur tiga jam semata-mata untuk keluarga?
Pernahkah dia menghabiskan masa beratus-ratus kali bersama pelajar-pelajar Universiti yang hidupnya di meja sebelah perpustakaan?
Pernahkah dia menghabiskan masa beratus-ratus kali bersama lelaki yang hafaz Al-Quran?
Pernahkah dia menghabiskan masa beratus-ratus kali bersama ayah-ayah muda yang lebih pentingkan perut anaknya berbanding perutnya?
Kemudian pop! Lelaki MELAYU semua bermasalah.
Fitrah perempuan (bukan MELAYU sahaja, semua bangsa pun), memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka mahukan. Mereka mahu dunia seperti yang mereka fantasikan. “Aku hendak lelaki yang setia, itu saja”, kemudia bila lelaki setia datang sebagai kekasih, datang pula cacat cela yang lain.
Lelaki Melayu memang malang. Sudahlah bangsa Melayu itu sendiri disalahkan dengan macam-macam, kemudian LELAKInya juga disalahkan, walaupun sebenarnya, ia isu global.
Aku tujukan entri ini kepada semua perempuan yang mendedikasikan hidupnya dan blognya untuk menghentam lelaki MELAYU.
Betul, lelaki memang tak guna. Ia bersifat global. Ia bukan masalah Melayu sahaja. Kamu lahir sebagai Melayu dan hidup 30 tahun sebagai Melayu, maka memang logik akal kamu lebih luas memandang kejelikan Melayu. Tapi alangkah dungunya kamu bila mengatakan “Lelaki Irish lebih pandai melayan perempuan” walhal fakta lelaki Irish yang kamu kenal cuma seorang, itu pun baru seminggu dan lebih dungu lagi…kamu tak pernah duduk di Irish pun untuk buat kesimpulan ini. Maka aku tak hairan kalau perempuan Irish pula kata “Lelaki Irish tak guna!”
Ya, teruskan hidup kamu wahai perempuan Melayu, sebab kami, lelaki Melayu akan terus berkuasa sehingga akhir zaman. Duduklah kamu di hujung katil berseorangan dan menangis tersedu-sedu dek kerana asyik mencari kesempurnaan. Kalau perempuan Melayu tidak lagi mahu menerima lelaki Melayu kerana bermasalah, kami lelaki Melayu pun tak hingin dengan perempuan Melayu sebab terlalu bodoh. Apa kelas dengan otak kami yang bergeliga ni.
Sebarkan entri aku dan aku bersedia menerima hate-mail.

Wednesday, 23. May 2007
Wooo!
Wednesday, 23. May 2007
vin, u terluka ke?
Wednesday, 23. May 2007
betul,pompuan mmg tak pernah puas dgn apa yg ada.Tp selalunya label tu ditujukan kat laki2 aja.
Dua2 ada cacat cela,tp tak pernah nak menerima.Membaiki jauh sekali.
Sepatutnya nak bandingkan oren dgn oren la,bukan dgn Ferrari,gilo ko apo pompuan ni.
Tp mmg betulla ramai lelaki Melayu yg suka mengorat/mengacau pompuan kat tepi jalan.Tapi jarang sgt aku jumpa lelaki Aussie homeless or kaki lepak mengorat/mengacau tepi jalan selama bertahun2 kat sini.Kalau ada pun,yang tengah mabuk,tu pun sikit sangat.
Wednesday, 23. May 2007
manusia, mana ada sempurna? cuma part yang saya setuju dalam surat ini, ada tercatat di blog saya dan perenggan kedua berwarna merah dalam blog ini. and im done talking..
Wednesday, 23. May 2007
Aduiii…aku masa baca tulisan dia semalam. Sakit hati betul, sebab tuduhan dia tak mencerminkan dia sorang yang berfikir secara rasional. Dia terlalu ikut perasaan dia, emosional. Adui…lagik satu sifat perempuan, mereka nie cepat PERASAN. Hehehe…
Wednesday, 23. May 2007
ohhh…lelaki melayu mmg malang… isk!
Thursday, 24. May 2007
wahh, cayalah…mmg, dlm surat tu ada ’sweeping generalization’.
Thursday, 24. May 2007
Aku boleh bayangkan minah tu jerit kat boyfriend dia waktu gaduh, “You stupid Malay man! You stupid, stupid malay man!”
Bwahahaha!
Pseudo-intellectuals – can’t help themselves, can they?
Thursday, 24. May 2007
pergi ke http://www.zaharuddin.net
ada ulasan uztaz pasal isu ni..ulasan yang menggunakan ilmu..bukan emosi..
Friday, 25. May 2007
Friday, 25. May 2007
Mintak simpang dapat bini macam minah ni!
Friday, 25. May 2007
Mystic - Point di bawah bukan bermakna aku tak setuju dengan senario yang diberi…
Tapi…
Itu adalah generalization. Macam aku cakap, Bukan Melayu sahaja. Same goes dengan race lain. Semua race ada advantage dan disadvantage. Buka gambaran luas-luas, cuba masuk ke dalam race lain, dan kau akan nampak masalah yang lain.
Kita dipupuk oleh datuk moyang untuk mengeji bangsa sendiri (Tak percaya baca teks Munsyi Abdullah), maka aku tak hairan bila kita asyik jelik dengan bangsa kita sendiri.
Semacam orang kristian kata SEMUA orang Islam itu terrorist. Kita marah. Kita kata mereka comformist. Walhal kita juga jadi comformist macam mereka. Maka, betullah point aku, manusia tetap perangainya sama walau berlainan bangsa.
Jadi aku marah bila kata SEMUA Melayu begitu. Sebab aku mahu beri kredit kepada Melayu yang bukan begitu. Mungkin hari ini cuma seorang, kita cuba perlahan-lahan, lagipun lebih baik mencuba dari berputus asa bukan?
Ini masalah global, dan kita tak pandang dengan gambaran keseluruhan. Kadang-kadang, orang Melayu ditekan sebab mereka, sampai satu tahap disuruh jadi bangsa sempurna. The Holy Race.
Tapi…iyelah…Mungkin aku kena jadi terkenal untuk buat benda-benda itu semua dan orang ikut cakap aku. Mungkin aku kena jadi ditaktor. Mungkin selepas aku mati.
Monday, 28. May 2007
pada aku.. bangsa melayu hari ini ramai yang POYO, dan masih mempercayai mereka sangat bagus. Padahal nonesense.. tabiat LANDLORD sejak zaman dulu duk terbawa2.
Dan mereka masih merasakan yang Melayu itu sangat hebat. Hingga satu hari nanti, mereka mungkin terjeda dan sedar mereka sebenarnya… nothing!
Thursday, 31. May 2007
Vovin,
Perempuan Irish memang ada mengadu yang lelaki Irish tak gentlemen. Tak macam lelaki Itali.
Donia… donia…
Monday, 4. June 2007
itulah pasal. aku pun ada ulas dlm groups aku. macam nak bagitau something jek si akmal fairuz tu
Wednesday, 21. November 2007
jangan layan perempuan melayu yang macam tue… kita carik je bangsa asing paling cikai dapat cina pon boleh laaa… sekurang2 nya boleh meramaikan lagi orang islam… bila diorang masuk islam mersti diorang masuk melayu sekali sbb kawin dengan melayu… secara tidak langsung bilangan orang melayu semakin ramai dan kuasa politik kita semakin kuat…