16 Nov 2007 MARI MELUKIS
 |  Category: memori semasa kecil

Sebelum aku menceburkan diri dalam hal ehwal menulis, sebelum aku sedar yang duit makan aku dicari dengan menulis, aku suka melukis.

lee14.jpg

Gambar tiada kaitan dengan entri. Kredit gambar: Liyana M. Annuar

 

Bakat aku (waktu itulah) tumpah dan terpancut-pancut dari abah aku yang semasa sekolah suka melukis (dia ketua kelab melukis di sekolah. Mula -mula aku tak percaya, tapi ada bukti dalam gambar majalah sekolah dia).

Minat melukis aku disemai oleh ibu (bapak aku menjadi seperti mana dirinya, pendiam dan jarang nak berbual).

Aku kemudian terus bersemangat dan merasakan diri ini berbakat bila menang hadiah saguhati pertandingan melukis peringkat negeri Perak. aku tak menang nombor satu, dua atau tiga. Tapi hadiah saguhati itu bermakna aku berada di kalangan kelompok atas berbanding ratusan budak-budak lain (saguhati itu hanya diberi dalam dua puluh hingga tiga puluh orang sahaja).

Sudah tentu medium lukisan yang paling dekat dengan aku ketika itu adalah komik dan kartun. aku membeli Gila-gila setiap bulan. Sekali sekala Mak aku belikan Beano dan beberapa majalah British. Malah mak aku dengan bangga bercerita betapa Beano itu menjadi bahan bacaannya ketika dia bersekolah di Tun Fatimah dahulu. Aku diperkenalkan dengan lawak-lawak British. Aku juga membaca Bambino dan kemudiannya bercumbu dengan Fantasi.

Di sekolah aku terus melukis, menggunakan buku nota kosong. Buku nota itulah aku melukis cerita (seperti novel grafik dan memberi kawan-kawan baca. Aku beli kertas lukisan A3 (yang selalu digunakan untuk melukis dalam kelas Pendidikan Seni). Aku lipat dua dan voila! Jadilah komik. Siap ada masthead dan logo kompeni berserta bilangan dan bulan keluaran di sebelah kiri (macam majalah). ada kolum editorial dan nama syarikat olok-olok.

Di dalam ‘majalah’ keluaran aku itu memuatkan beberapa komik. Kesemuanya di lukis oleh aku dengan beberapa nama samaran (konon-konon macam ramai penyumbanglah) dan tambah nak kasi orang yakin, aku lukis dengan stroke berbeza. aku beri kawan-kawan baca. Aku beri Pak Ngah aku baca yang ternanti-nanti ‘keluaran’ seterusnya.

Aku ingat lagi semasa darjah enam dalam kem UPSR, aku sempat menghasilkan sebuah ‘novel grafik’ (dilukis dalam buku nota kosong) bertajuk ‘Dynamic’. Cerita sekumpulan hantu kelakar yang berlawan dengan sekumpulan hantu jahat. Kawan-kawan aku membaca dan memberi semangat.

Nah, kenapa aku tidak lagi melukis atau menghasilkan komik sekarang?

Minat aku dibunuh oleh sindiran-sindiran pesimis oleh guru-guru yang mengajar aku. aku pernah disindir “dah baca gila-gila, tulis pun nak macam kartunis”, dia menegur aku yang menjawab beberapa soalan bahasa melayu dengan salah. Walhal bila difikirkan balik, budak-budak kelas aku yang tak minat melukis pada waktu itu pun buat kesalahan sama. Kesalahan ujian itu tak ada kaitan dengan minat melukis aku.
Mentaliti pesimis bangsat-bangsat ini berterusan bila berfikiran melukis tidak menjanjikan kesejahteraan hidup. Mereka bersyarah tentang jalan yang aku mahu pilih. fikiran mereka masih memandang Peguam, doktor, saintis dan jurutera sebagai pekerjaan yang menjadikan aku sebagai manusia.

Aku masih ingat teguran demi teguran, rata-rata menolak Gila-Gila sebagai bahan tidak akademik dan merosakkan masa depan aku. Siap menyebut beberapa nama kartunis top masa itu yang dianggap tidak ‘intelek’.
Dan aku memang tak pernah percaya dengan cikgu pendidikan seni. Cikgu Pendidikan seni sebenarnya telah membunuh beratus-ratus ‘artis seni’ Malaysia. Laksana mereka menembak ibu yang sedang mengandungkan Andy Warhol, atau ibu yang mengandungkan Picasso atau ibu yang mengandungkan Roslisham Ismail (ahahahaha).

Kini, tanpa praktis, tangan aku sudah keras sekerasnya dalam hal lukis melukis.

Sebenarnya aku tidaklah menyalahkan bangsat-bangsat itu sepenuhnya. Salah aku juga kerana terlalu lemah dan tewas lebih awal. Tapi ia menjadi pengajaran kepada aku, supaya mendorong anak aku kelak. Supaya menyemarakkan lagi apa-apa bidang seni yang dia suka. Dan aku harus berhati-hati, jika, anak aku minat menulis seperti aku, datang pula bangsat di sekolah yang menyindir “menulis bukan boleh hidup senang,” kepada anak aku.

Aku kembali terfikir bila menghadiri Art for Grab di Annexe tempohari, kemudian melayang pula beberapa kawan painter aku yang sudah boleh kahwin hanya dengan menjual lukisan atau kawan aku, Ise (Roslisham) yang sudah ke Australia, Indonesia, Jepun dan sekarang berada di Vietnam dengan kerja-kerja seninya.

Mungkin kalau aku tidak cepat mati dengan tembakan-tembakan dari cikgu-cikgu bangsat itu, aku sudah boleh melukis untuk Vertgo Comics, atau lukisan aku dipamerkan di galeri atau boleh duduk minum semeja dengan ramai atis lain dan menjelajah ke seluruh dunia.

Ingatan aku untuk budak-budak yang baru hendak bermula, pakailah baju kalis peluru kerna Malaysia bukan negara seni dan orang-orangnya (tak semua) takkan menghargai seni sampai kiamat. Jangan mati sebelum kamu menjadi dewasa.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses

  1. Masa sekolah dulu, I even won 3rd place in drawing competition. Better than saguhati. Haha. :-p

    TETAPI, ada bangsat2 di sekolah yg cakap perkara yang sama. Lebih sedih, my uncle pun ada cakap perkara yang sama, everytime I told him, I won any drawing competition. Bagila encourage sikit. Tau nak mengutuk je

    Oke. Adik-adik yang suka melukis & menulis, dengar nasihat abang vovin tu ye? Hidup kita, kita tentukan. Bukan bangsat-bangsat kat sekolah tu.

  2. wah ini kisah hidup seorang editor

    aku pula minat seni lukis dibunuh bapaku sendiri, sedang aman aku di bahagian seni & sastera, dihantarnya aku ke sekolah teknik,

    tapi aku tak pernah salahkan bapak, hendak seribu daya kan :razz:

  3. Betul-betul

    Hendak seribu daya…

    tapi budak2 umur 8,9 tahun (yang frasa ‘hendak seribu daya’ itu pun belum tentu mereka belajar lagi) melintasi era-era fragile, bila minat mereka akan cepat mati bila ditembak oleh cikgu konservatif begini. Mereka cepat percaya dengan apa yang cikgu suapkan.

    Lain la kalau dah sekolah menengah ke, dah pandai degil tak mau dengar cakap cikgu.

    Berhati-hatilah memilih cikgu waktu anak kamu berusia 7,8,9,10 tahun.

  4. 4
    sinaganaga  
    Friday, 16. November 2007

    aku pelukis

  5. Semasa sekolah dahulu, keluarga juga tidak menyokong saya melukis. Mereka suruh belajar rajin-rajin sehingga masuk universiti. Masuk ke universiti, mereka suruh isi borang jadi cikgu, tapi saya memohon multimedia. kan perkataan Multimedia itu lebih canggih dari perkataan senilukis.. hahaha :twisted: :twisted:

  6. :roll: aku tak pandai melukis :roll: (banyak benda aku tak pandai), tapi masa sekolah darjah 1 aku menang sagu hati gak melukis tema “Rumah saya”, dapat sagu hati sebab “peserta tidak melukis dirinya dan keluarganya di dalam lukisan”. Dulu masa kecik, aku suka lakar2 corak pelik2, macam yg. Latiff Mohidin suka buat tu. Mak bapak aku terlalu open kot, apa2 yg anak2 nak, mak bapak aku beri. Abang aku kuat melukis, jadi selalu mintak ayah aku beli kanvas lah, cat lah, benda2 pelik tu, tapi abang aku jenis tak tekun, nak cepat, jadi mmg, lukisan dia tak lah menarik (tapi jadi pereka grafik gak, tapi aku tak suka idea2 dia).. Aku ingat lagi masa belajar kat Kapar. Aku rasa, masa tu, sekolah itu aja yg suka memberi pandangan positif terhadap seorang individu dengan kemahiran mereka (hanya ustazah kitaorg je yg garang semacam), tak pernah kutuk. Mungkin aku lagi nasib baik kot, dikelilingi dengan optimisme.

  7. saya nak mendalami teknik melukis. Ble tak toolng ajarkan asas melukis?

Leave a Reply