MASKARA 2: DARI PENGANJUR
MASKARA 2: LAPORAN PIHAK PENGANJUR
(Kemaskini pukul 11:03 pagi 12/07/2007 dengan catatan Fadli Al-Akiti)
Adegan baca-baca, main silap mata, dengar band Serunai Faqir dan banyak lagi selamat berlangsung di rumah Pena pada tarikh yang ramai cakap kera Mat (07/07/07).
Esis dan Elmaaniq dari Narayuda buat drama. Siap dengan ekspresi wajah. Betul-betul serius.
Alif Firdaus mencipta kelainan. Dia buat magik. Wanita di sebelahnya adalah Che Nid yang bakal masuk dalam kotak atas kerusi dan digergaji oleh Alif. Nota: Dia juga ada novel dan komik.
Fadli Al-Akiti membaca sedutan novel keduanya, Asain Nota: Penulis novel Jian yang ada dijual di kedai buku.
Azwan Ismail melancarkan projek zine puisi provokatif, MANTRA. Zine tersebut menampilkan nama-nama seperti Rahmat Harun, Nizam Zakaria, Fairul Nizam, Fadli Al-Akiti, Nazri M. Annuar, Diana Dirani, KG dan ramai lagi.
Pyanhabib dengan sajak komentar sosial.
Serunai Faqir dan band-nya, Gemala Kasturi sebagai pembuka majlis. Turut membawa novel terbarunya, 'Dewangga Sakti'. Sold-Out di MASKARA.
Attokz sebagai MC dengan sajak dan madah.
Maskara 2 agak istimewa untuk aku sebab kepelbagaian persembahan. Ada persembahan muzik tradisional, drama (play), baca puisi, baca sedutan novel, silap mata dan puisi tribute. Juga kesudian Nimoiz T.Y, Tifani Teh, Mat Jan, Fairul Nizam dan Basri untuk naik semasa sesi 'Open Mic'.
Separuh dari tetamu yang datang aku tak kenal langsung. Lebih ramai dari MASKARA 1. Maka aku anggap Maskara sudah naik satu tapak memperkenalkan majlis baca-baca kepada luar kelompok kawan-kawan aku. Fadz pula bermurah hati menaja Pizza yang menjadi tumpuan dari mi yang nampak tidak bermaya, muahahaha. Ada beberapa nama yang biasa aku jenguk di alam siber turut datang, tapi aku tak tahu yang mana satu. Ada juga yang malu-malu nak masuk. Aku juga malu-malu nak menegur. Bila semua malu, maka kita pun malu.
Aku mewakili pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada yang naik pentas dan yang tengok orang naik pentas sebab sudi datang di sebalik banyak majlis hiburan di sekitar KL dan TV yang meraikan tarikh keramat ini.
Entri lain:
Sesiapa yang berminat untuk menyertai atau nak datang tengok, boleh hubungi aku di emel: nazri123456789 at gmail dot com, jenguk-jenguk laman web ini atau ke laman web sindiket Sol-Jah. Sebarkan pada kawan-kawan lain ya.
MASKARA 3 akan berlangsung pada 4 Ogos 2007, Hari Sabtu, Pukul 830 malam di Rumah Pena. Senarai yang naik pentas akan aku umumkan nanti.
July 9th, 2007 at 5:58 pm
cadangan saya :
patut diadakan buku tetamu bagi memudahkan jemputan acara akan datang juga untuk melihat statistik kehadiran
TAHNIAH!!
(walaupun kau telah mengundan kami)
July 10th, 2007 at 9:05 am
Tahniah. Sokong cadangan Nida. Buku tamu utk keep track ur guest. Bertujuan utk keep track dan mailing list utk update berita terkini kepada tetamu yang hadir, serta tahu source mana mereka mengetahui ttg maskara.
Tahniah!
July 10th, 2007 at 10:12 am
*** This is a whisper message for nazri! ***
July 10th, 2007 at 10:30 am
Dalam buku tamu, pastikan ada alamat email.
Boleh buat mailing list untuk maskara. Lagi mudah nak inform orang-orang yang
pernah datang maskara previously.
Yang pernah datang.. mesti nak datang lagi..
July 10th, 2007 at 11:02 am
Ah bencinya aku tak dapat gi!!! mesti best gila ni...len kali buat kat jb lak lah weh...
bleh aku manifestasi novel aku jugak huhu! berangan. and btw, aku dah nak keluarkan
novel kedua- JELITA edaran Buku Prima. Jangan lupa carik kat kedai. Bacaan khas untuk
orang-orang yang sering mengimpikan syurga haha!
-nanieharyani-
July 10th, 2007 at 12:58 pm
Ah, lupa saja nak minta autograf Nazri M Annuar untuk naskah Mantra gue. Damn!
July 10th, 2007 at 6:14 pm
wah tak sangka aku tersenarai. kehekee. yeay! nnt nak dtg maskara lagi.
July 12th, 2007 at 9:27 am
*** This is a whisper message for nazri! ***
May 23rd, 2009 at 6:11 pm
Bawakan NEGARAKUS ke majlis anda:
http://negarakus.blogspot.com