04 Jun 2007 MASKARA - SELEPAS
 |  Category: maskara

Acara “Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita suka” atau nama pendek, Maskara telah selamat berlangsung pada hari Sabtu, 8:30 malam.

Apa yang berlaku pada malam itu?

Kredit Gambar: King Binjai

Puja-Puja, Kredit Gambar: King Binjai

- Bacaan karya oleh Amyz, Amir Mukh, King Binjai, Nida, Daun, Panaharjuna, Jigo dan SM Zakir.

- Persembahan akustik Izzi dan Materabak. Aku suka intrumental “Bohemian Rhapsody” mereka. Klasik!

- Segmen surprise (open mic) - Saharil (legenda baru kita) sudi membacakan satu karya dari LCCU, bacaan sedutan novel dari Mat Jan dan bacaan duet paling pendek oleh Naga dan Mat Jan. *Fadz dapat gelaran: penulis fiksyen-sains ke-dua selepas Rahmat Haroun*

Amyz, Kredit Gambar: King Binjai

 

- Hiasan pentas ala-ala pemujaan. (Ya, kami puja benda-benda cantik, contohnya, perempuan, hihi)

- Mi tak habis. Aku harap orang-orang yang datang tu makan sampai habis. Sedap jugak weh!

- Lebih kurang 30 orang yang datang.

Izzi dan Materabak, Izzi berada di bahagian hadapan pentas, iaitu di bahagian kanan gambar sementara Materabak berada di belakang pentas iaitu di bahagian kiri gambar. Kredit Gambar: Amyz

 

- Ada sesi jual buku. Banyak juga buku-buku dari penulis yang datang diletakkan di meja. Menepati tujuan Maskara iaitu menjadi tempat penulis muda mempromosi hasil kerja mereka. Fadz siap letak novel-novel untuk diberikan secara percuma. Aku beli LCCU (Saharil), Buku Zakir, Sahabat Kole Kacang (Panah) dan beberapa buku lain.

Aku juga mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dari segi menyiapkan majlis, menyertainya dan juga yang sudi datang.

Amir Mukhriz, Kredit Gambar: Amyz

 

- Terima kasih kepada semua yang sudi menyertai dan naik ke atas pentas membaca karya mereka. Aku amat menghargainya.

- Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir.

- Terima kasih kepada Naga dan OP yang bertungkus lumus menyiapkan pentas (juga membuat poster yang cukup lawa)

- Terima kasih kepada Amir Mukh yang menjadi pegawai perhubungan awam aku.

- Terima kasih kepada Mat Jan yang sudi jadi ‘Aznil Nawawi” malam itu. Banyak benda spontan sebab tentatif acara aku cuma bagi pada dia 5 minit sebelum majlis. Huhuhu!

SM Zakir, Kredit Gambar: Amyz

 


-
Terima kasih kepada Amyz, Jigo, Samurai dan lain-lain yang sudi menyusun lilin-lilin pemujaan. Amyz dan Samurai sampai luka-luka tangan.<

- Terima kasih kepada Nazmi yang mendapatkan kebenaran rumah pena.

- Terima kasih kepada Attokz yang memberi promosi kepada wartawan Utusan, Kakiseni dan beberapa media lain. Wartawan Utusan datang buat liputan. Harapnya dapat baca apa yang mereka mahu komen.

- Terima kasih kepada Pena (SM Zakir terutamanya) kerana sudi beri tempat dan makanan.

>- Terima kasih kepada semuanya.

Saharil, Kredit Gambar: Amyz

 

Aku tidak menyangka program ini dapat dilaksanakan. Harapnya dapat diteruskan lagi. Banyak kelemahan pada malam itu, kelemahan itu aku jadikan sebagai satu proses belajar dan mengimpikan Maskara yang akan datang lebih sempurna. Jangan marah yach?

Nota: untuk sesiapa yang mahu menyertai atau nak info apa itu maskara, boleh hubungi aku. (nazri123456789 at gmail dot com)

Nota 2: Maskara adalah acara percuma untuk mempromosi diri sendiri. Sesiapa pun boleh datang tengok atau menyertai.

Terima kasih.

Link:

King Binjai

Mat Jan
Tifani

Sol-Jah

Pink Plankton

Forum Geng Jurnal

Lagi Gambar di blog Sol-Jah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses

  1. Platun ok, Platun.. Bukan Plankton! Itu dalam kartun SpongeBob! Arghhh!!

  2. Yang depan tu IZZI, yang belakang tu MATERABAK (sebab mate dia memang rabak tak hinggattttt).

    Minta semua betulkan ya.

  3. 3
    ayobkelubi  
    Tuesday, 5. June 2007

    itulah, plankton atau platun?. aku pun pening. hi hi hi, masih mabuk ribena lagi ke bang?. :)

  4. 4
    Tifani Teh  
    Tuesday, 5. June 2007

    Rasanya, MASKARA tak perlukan kesempurnaan. Kerana yang terlalu sempurna tu akhirnya akan bersifat mekanistik, robotik dll.

    Dah ok lah tu. Santai-santai je…

  5. aku suka aku suka parti korang..buatlah lagi :)

  6. Ya. Setuju dengan Moluska. Aku pun suka program yang santai². yang formal-formal tu boring~ MASKARA dah cukup hebat. ;-)

    Tahniah!!

  1. [...] liputan mengenai Maskara 1 yang berlangsung pada bulan lepas dalam akhbar Utusan Malaysia (ruangan [...]

Leave a Reply