Sebagai seorang yang agak obses dengan bolasepak, agak kurang juga entri mengenai bola di dalam blog aku. Jadi sempena dengan kedatangan musim baru Liga Overrated Perdana Inggeris maka aku ceritakan serba sedikit mengenai bagaimana aku menyokong tim kesukaan aku yakni tidak lain tidak bukan Manchester United yang serba gemilang dan tersohor (ya scouser, eat your heart out!)
Semuanya bermula jauh sebelum aku mengenai wanita sebagai objek menghairahkan dan politik adalah sesuatu yang begitu kotor.
Bagaimana aku boleh meminati pasukan yang paling hebat di dunia ini?
Oh, bukan kerana Fergie Fledglings, bukan David Beckham, bukan Ryan Giggs, bukan juga sebab George Best, bukan sebab Eric Cantona, bukan sebab Dennis Law, bukan sebab Bryan Robson, bukan sebab legenda Bobby Charlton, bukan sebab Steve Bruce, bukan sebab Brian McClair, bukan sebab mana-mana legenda Manchester United pun.

Semuanya bermula sekitar tahun 1989, ketika aku menyelak akhbar Utusan Malaysia. Terdapat satu carta liga bolasepak divisen satu Inggeris (sebelum era Premiership). Arsenal baru dimahkotakan juara sementara Liverpool membontot Arsenal. Zaman itu Tottenham Hotspurs dan Derby County adalah kuasa besar dan barangkali ramai budak zaman sekarang garu kepala bila aku sebut Nottingham Forest, QPR dan Wimbledon.
Di mana Manchester United?
Tu, kat nombor SEBELAS.
Zaman itu adalah zaman aku berkenalan dengan bolasepak. Lalu naluri aku mahu memilih satu kelab bola untuk aku ikut dan sokong sampai aku mampus. Aku pilih MANCHESTER UNITED atas sebab;
1- Nampak lawa sahaja perkataan itu (pada tanggapan aku yang masih di alam sekolah rendah)
2- Dia berada di pertengahan liga. Seperti budak-budak lain, aku tak mahu dilihat POYO menyokong Arsenal yang berada di puncak. Lagipun aku tak berapa suka dengan perkataan Arsenal. Zaman itu zaman aku mencari identiti, maka aku mahu dilihat unik.
Lalu pilihan kelab dikurangkan kepada DUA.
Liverpool atau Manchester United.
Memang nama Liverpool meniti bibir brader dan pakcik di kampung. Majoriti orang kampung berfahaman Liverpool. Aku takut dicerca kalau pilih yang lain. Nanti mereka taknak kawan dengan aku. Aku berkira-kira jalan manakah harus aku ikut. Aku fikir, Liverpool sebuah pasukan yang kuat, baik aku pilih Manchester United.
Maka bermulalah hidup aku berpegangkan mazhab Manchester United. Aku boleh katakan pemilihan Man U memang atas sebab nama sahaja yang aku kira lawa. Maka kalaulah ditakdirkan Man U ini jatuh terperosok ke divisen tiga sampai sekarang, mungkin sekali aku tak ikut EPL kot.
Apa jadi selepas itu?

Manchester United menjadi kuat, semakin ramai POYO claim mereka minat Manchester United dan dibenci oleh;
1- Scouser
2- Peminat kelab lain.
3- Poyo-poyo yang nak nampak cool dengan membenci Man. U.
Tidak aku sangka kelab yang aku ingat kelab cokia pada tahun 1989, yang berada di tengah liga (nombor sebelas) bakal menjadi sebuah nama besar suatu hari nanti.
Apa pun, tirai sudah diselak, masa untuk kalian yang berlainan fahaman memulakan sengketa.
Entri ini ditujukan kepada semua member aku yang minat bola, tak kira apa kelab pun. Kalian juga sudah tentu ada pengalaman bagaimana mula-mula sokong kelab kalian, tak kira Man U, Liverpoo, ARSEnal atau Chelshit dan lain-lain.
Ceritakan pengalaman anda.
[...] Vangardx, Rjuna, Khairuz, Vovin, Khairulnizam, Azwan, CuitSikit, GloryMU, Sesape nak jawab pn boleh!! Dialu-alukan sangat.. [...]
[...] Vangardx, Rjuna, Khairuz, Vovin, Khairulnizam, Azwan, CuitSikit, GloryMU, Sesape nak jawab pn boleh!! Dialu-alukan [...]