NOVEL MELAYU TERHANGAT
Aku sempat meronda-ronda di MPH Midvalley. Selain meninjau buku-buku, aku ternampak carta 10 novel Bahasa Melayu (Malaysia?) terlaris di MPH.
Kesimpulannya?
Dari senarai 10 tajuk terlaris itu;
3 darinya mempunyai perkataan Kasih
3 darinya mmepunyai perkataan hati
3 darinya mempunyai perkataan rindu.
Nah, pastikan jika kamu sedang menulis sebuah karya fiksyen sains agung pun, mesti ada salah satu perkataan di atas.
“Saya sedang menghasilkan sebuah novel mengisahkan seoang budak lelaki yang masuk ke sebuah sekolah ahli sihir dan berkawan dengan budak-budak yang belajar sihir. Saya namakan novel tersebut HATI SEORANG MIGISIAN“.
“Trilogi novel saya sudah siap. Ia mengisahkan sebentuk cincin yang dibuat oleh orang jahat. Beberapa orang kerdil memikul tanggungjawab untuk memusnahkan cincin puaka itu. Dalam pada masa yang sama, tentera makhluk jahat datang menyerang Istana manusia dan manusia, elf, wizard dan Gimli (sebab bangsanya sudah pupus) bersatu tenaga menghalang kuasa jahat tersebut. Tajuk Trilogi ini adalah RINDU DI PUNCAK MORDOR dan KASIH MANUSIA ABADI“
Kamu mahu menulis novel bukan cinta tapi dalam pada masa yang sama mahu meraih duit bukan?
Nah, dengar nasihat aku. Pikirkan tajuk yang pop dan komersial.
Nota: Doakan aku kaya melampau-lampau dalam masa terdekat ini dan aku akan terbitkan karya-karya kamu tak kira tajuk ataupun ideologi di dalamnya. Janji aku suka cerita tulisan kamu. Muahahaha.
11 comments so far
Leave a reply