28 Jul 2007 NOVEL MELAYU TERHANGAT
 |  Category: falsafah parodi

Aku sempat meronda-ronda di MPH Midvalley. Selain meninjau buku-buku, aku ternampak carta 10 novel Bahasa Melayu (Malaysia?) terlaris di MPH.

Kesimpulannya?

Dari senarai 10 tajuk terlaris itu;

3 darinya mempunyai perkataan Kasih

3 darinya mmepunyai perkataan hati

3 darinya mempunyai perkataan rindu.

Nah, pastikan jika kamu sedang menulis sebuah karya fiksyen sains agung pun, mesti ada salah satu perkataan di atas.

“Saya sedang menghasilkan sebuah novel mengisahkan seoang budak lelaki yang masuk ke sebuah sekolah ahli sihir dan berkawan dengan budak-budak yang belajar sihir. Saya namakan novel tersebut HATI SEORANG MIGISIAN“.

“Trilogi novel saya sudah siap. Ia mengisahkan sebentuk cincin yang dibuat oleh orang jahat. Beberapa orang kerdil memikul tanggungjawab untuk memusnahkan cincin puaka itu. Dalam pada masa yang sama, tentera makhluk jahat datang menyerang Istana manusia dan manusia, elf, wizard dan Gimli (sebab bangsanya sudah pupus) bersatu tenaga menghalang kuasa jahat tersebut. Tajuk Trilogi ini adalah RINDU DI PUNCAK MORDOR dan KASIH MANUSIA ABADI

Kamu mahu menulis novel bukan cinta tapi dalam pada masa yang sama mahu meraih duit bukan?

Nah, dengar nasihat aku. Pikirkan tajuk yang pop dan komersial.

Nota: Doakan aku kaya melampau-lampau dalam masa terdekat ini dan aku akan terbitkan karya-karya kamu tak kira tajuk ataupun ideologi di dalamnya. Janji aku suka cerita tulisan kamu. Muahahaha.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses

  1. Bagaimana pula dengan novel-novel yang laku dijual sepanjang zaman?

  2. agak la pelik bunyinya kalau novel thriller tapi guna nama rindu-rindu segala.

  3. 3
    Mat Jan  
    Monday, 30. July 2007

    ooo… patutlah novel Ramlee Awang Murshid (kulit buku tulis “novelis thriller no. 1 malaysia”) pun tajuknya:

    Hatiku Di Harajuku
    Cinta Sang Ratu
    Rahsia Perindu

    Hihi. Hati, cinta, rindu.

    Aku nak tulis Epilog Hati Pembunuh Bersiri.

  4. MatJan : hahaha. Aku gerenti sold out~

  5. Some SF dat tried the same formula but didnt work well, opss:

    Fitrah Kimiawi
    Dendam Siber

    aku punya idea:
    planet cinta
    planet rindu
    raksa rindu
    angkasa hati
    kapal cintaku
    logam cinta
    hati android
    hingga ketemu karbonmu

    dan lain2 lagi.

  6. Aku nak pitch novel baru ni ke DBP, cerita sians fiksyen, tajuk dia:

    Sayang Hatiku, Rindu Cintamu.

    Cerita pasal penaklukan makhluk marikh ke planet bumi. Ala-ala War Of The Worlds. Tapi tajuk War Of The Worlds tu tak boleh cari makan di malaysia ni.

  7. 7
    amirMukhriz  
    Monday, 30. July 2007

    hingga ketemu karbonmu???

    hhahhaa. aku book tajuk tu :p

  8. Cintaku di awangan wireless pejabatmu?

    Aku,Dia dan Rindu pada Internet

    Hatiku beri pada thumbdrive rindu mu.

    errr…boleh ker?

  9. Wah macam itu ceritanya … hehehe jiwa kacau betullah pembaca di sini.

  10. SAYA NI PEMINAT NOVEL2 MELAYU…. TAPI LAMA DAH TAK BACA NOVEL2 BAB
    SEKARANG SIBUK DENGAN KERJA… KALAU DULU.. KAKAK YANG TOLONG BELIKAN..
    TAPI SEKARANG KAKAK KERJA JAUH… KAWAN2 PUN DULU SELALU TOLONG
    PINJAM DI PERPUSTAKKAN.. TAPI YE LAH MANUSIA KAN… KAWAN2 PUN DAH JAUH..
    KERJA JUGA… SO SEKARANG NI HARAPKAN INTERNET JA LAH… TA PI TAK TAU WEBSITE..
    EM…. SY SUKA SANGAT BACA NOVEL MELAYU NI SEJAK SEKOLAH MENEGAH LAGI…
    TERUTAMA YANG CINTA2… TAPI SY BUKAN JIWANG…. MINAT JA… KADANG..
    SY SUKA TULIS2 KAT KERTAS CERITA2.. APA2 JA… KONON NAK TEST2 BUAT NOVEL SENDIRI..
    TAPAI SKRG TAK DAPAT DAH.. BANYAK KERJA… HAHAHAH

  11. novel murah di http://www.market786.com

Leave a Reply