Ketika aku belajar di sebuah sekolah elit (ya, memang elit dari definisi) di utara Perak, perangai aku lebih kurang bangsat seperti sekarang. Ada satu dua benda yang tidak diterima masyarakat majoriti di asrama yang selalu aku buat.
Lantas macam-macam nama mereka pakaikan ke badan aku. Orang Gila antara nama yang selalu keluar dari mulut mereka.
Juga satu lagi nama;
Pyan, sempena nama Pyanhabib.
Mereka kata aku gila seperti Pyanhabib. Aku agak semua sudah sedia maklum apa kegilaan yang aku buat. Sebuah sekolah SAINS yang bakal melahirkan profesor, jurutera, doktor dan macam-macam lagi didatangi dengan seorang budak yang lebih suka baca buku fantasi, tulis sajak dan tulis cerita. Pendek kata benda-benda yang tak mendatangkan faedah, tak intelek dan tak pandai, maka aku faham kenapa mereka panggil aku gila.
Era aku dipanggil Pyan berlaku sekitar tahun 1993 hingga 1994. Nama itu lenyap selepas aku masuk sekolah lain. Bangsat-bangsat yang memanggil aku nama Orang Gila atau Pyanhabib takkan aku ampunkan di akhirat kelak. Mampuslah kamu dibakar di neraka bersama aku nanti
Oke, jangan ambil serius.
1993 hingga 1994. Sekarang sudah tahun 2007.

Ini aku bersama Pyanhabib, kami berdua hadir memenuhi undangan membaca sajak di majlis Poetry Jamming di Annexe Central Market pada Jumaat lepas.
Siapa sangka selepas 14 tahun aku digelar dengan nama Pyan, akhirnya aku bergambar dengan tuan empunya nama, yang secara kecil atau besar, memberi inspirasi untuk aku jadi siapa aku sekarang.

Tuesday, 7. August 2007
vovin,
ketika remaja saya sering lihat pyan baca sajak bawah tiang lampu
dengan teman-temannya. amat teaterikal. zaman itu zaman kenangan
indah buat saya. ah, saya terlepas persembahan di annexe itu!
Wednesday, 8. August 2007
Gambar itu diambil oleh Sinaganaga.
Wednesday, 8. August 2007
Rimanilzah - wah, bertuah dapat melihat aksi Pyan masa era bersajak di bawah tiang. Zaman sekarang dah takde
Taf - Ya, sama-sama la kita (Pstt, Kafka ada tak kat situ?)
Naga - adeh, lupa letak kredit. Muahahaha.
Thursday, 9. August 2007
Wuhu! Untuk model gambar dan jurugambar (juga).
Haha!
Thursday, 9. August 2007
Holy cow! Pyanhabib’s mannerism looks exactly like Bart’s usual “garu kepala” pose! Mother of fuck!
Thursday, 9. August 2007
Nasib baik dulu-dulu orang panggil kau Pyanhabib.
Kalau dulu-dulu orang panggil kau Babi Hutan, tentu entri hari ini ada gambar kau dengan babi hutan.
Thursday, 9. August 2007
“Holy cow! Pyanhabib’s mannerism looks exactly like Bart’s usual “garu kepalaâ€? pose! Mother of fuck!”
Fuck Nazim. I’m better on doing that you moron.
btw, gambar lisa surihani semalam kat kosmo sangat lawa.
Thursday, 9. August 2007
“btw, gambar lisa surihani semalam kat kosmo sangat lawa.”
Who the fuck cares, man?!? Bak kata Bond kat M dalam Casino Royale la lepas Vespar mati, “The bitch is dead now.”
Thursday, 9. August 2007
Ok laa.. Rambut lebih kurang sama.. haha.
Thursday, 9. August 2007
“Who the fuck cares, man?”
Be careful what u said, Vovin does. Last time I was there at his messy table, Elyana ugly pose pix was a gooner. Heard that Lisa-Kosmo picture replace Elyana’s.
Friday, 10. August 2007
twins..Pyan n Pyan, like Tweedledum and Tweedledee !
Friday, 10. August 2007
“Heard that Lisa-Kosmo picture replace Elyana’s.”
Go ahead, I don’t give a damn. The last thing I need in this world is a wife who uses Maggi Cukup Rasa as a flavour enhencer in her cooking.
Fuck-a-doodle-do.