PROMO - MANTRA

Azwan Ismail sudah melancarkan projek zine puisi provokatif bertajum MANTRA. Barisan nama yang menyumbangkan puisi ialah;

Nizam Zakaria (penuis novel alam siber dan kini dengan projek siri TV Radio Gaga)

Rahmat Harun (penyair yang aku tak perlu perkenalkan lagi. Punya karisma tersendiri)

Clarissa Lee (seorang artis yang sudah banyak menyumbang usaha dalam dunia seni. Jenguk laman webnya)

Taf Teh (aku suka hasil tulisan dia. Susunan ayat (prosa?) yang aku sendiri tak pernah terfikir.

Azwan Ismail (ketua projek merangkap penyair yang kamu bakal kenal nanti)

Fairul Nizam (penyair yang sudah meningkat naik dan aku harap suatu hari nanti dia menang hadiah sastera dan belanja aku makan)

Mukhsin-X (ahli filsuf yang bakal menempatkan namanya dalam wikipedia 10 tahun dari sekarang)

Mak Bedah Kg. Tok Alang (sakit hati jugak sebab aku tak dibenarkan mendedahkan identiti manusia ni)

Nazri M. Annuar (paling hensem dalam barisan penyumbang ini)

M. Fadli Al-Akiti (Penulis sci-fi yang sedang mencipta nama untuk menggantikan Rahmat Haroun Hashim)

Batsheba (Okey, terus terang, aku tak kenal siapa dia)

kG (penyair muda yang sudah banyak pengalaman di atas pentas membaca hasil kerjanya.)

Hubungi projek.provokasi.puisi@gmail.com untuk mendapatkan naskhah Mantra anda.

Khidmat masyarakat ini ditaja oleh Syarikat Automotif Tengku Tamrin, pembekal Mobil Mudah Angkut Tengku Tamrin (MAMAT), mobil mudah angkut no. 1 Prima Putra!

This entry was posted on Wednesday, July 11th, 2007 at 3:35 pm and is filed under semboyan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “PROMO - MANTRA”

sinaganaga July 11th, 2007 at 10:55 pm

Vin,
Aku nak beli satu.

Tifani Teh July 12th, 2007 at 12:41 pm

En. Vin, tolong sampaikan salam saya kepada mamat paling hensem tu.

fadz July 12th, 2007 at 1:05 pm

waghhh, nak syok sendiri leh?

nazri July 12th, 2007 at 3:06 pm

Naga - Aku tak jual, ko kena emel kat Azwan.

Tif - Waalaikumsalam.

Fadz - syoknye Nazri. Muahahaha!

Leave a Reply