ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

operacover.jpgSebenarnya aku ambil dari cover belakang novel itu sahaja. Huhuhu -

Arman dan krew kapal angkasa Rajawali menjalankan khidmat pengangkutan kargo antara planet. Polisi mereka mudah: anda bayar, kami angkut. Tiada sebarang soalan ditanya. Suatu hari, mereka menerima tugasan yang disangka mudah. Tugas mereka: membawa pulang Faridah Hanum, anak saudara seorang senator yang pulang bercuti.

Namun ketika menjalankan tugas itu, mereka dikejar oleh pelbagai pihak termasuk lanun angkasa, pemburu upahan dan anggota kerajaan yang korup. Rupa-rupanya Faridah Hanum bukan gadis biasa. Gadis itu menjadi buruan kerana mewarisi kalung Raja Bersiung, salah satu daripada 'empat Pusaka Kemusnahan'. Kalung itu adalah kunci yang mengaktifkan tujuh armada di tujuh galaksi. Sesiapa yang memilikinya dapat menguasai alam semesta.

Arman dan rakan-rakannya berusaha sedaya upaya menyelamatkan Faridah Hanum.

Dari situ merka membongkar satu lagi rahsia umat manusia....

Baru aku perasan blurp di atas ada sedikit bersifat spoiler. Ya.

Ini adalah (jika ada rezeki) projek novel fiksyen-sains bersiri aku. aku sudah merancang jalan cerita untuk sekurang-kurangnya empat siri. Namun untuk siri pertama ini lebih bersifat stand alone. Mungkin tahun depan akan keluar siri kedua kalau tiada masalah seperti A - aku mampus, B - Perang dunia, C - Wabak yang mengakibatkan kemusnahan umat manusia, D - hari kiamat, E - PTS bankrup, F - buku ini kena ban, G - Aku jadi pelakon dan berpindah ke Hollywood, H -  Aku bercinta dengan Elyana dan kami berdua lari ke Oman untuk membina hidup baru sebagai pasangan suami isteri yang bahagia seterusnya mempunyai dua orang anak comel serta rumah dengan pagar dan seekor kucing.

Sekian terima kasih.

18 Responses to “SINOPSIS OPERA ANGKASA”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.