31 Dec 2007 SINOPSIS OPERA ANGKASA
 |  Category: karya

operacover.jpgSebenarnya aku ambil dari cover belakang novel itu sahaja. Huhuhu -

Arman dan krew kapal angkasa Rajawali menjalankan khidmat pengangkutan kargo antara planet. Polisi mereka mudah: anda bayar, kami angkut. Tiada sebarang soalan ditanya. Suatu hari, mereka menerima tugasan yang disangka mudah. Tugas mereka: membawa pulang Faridah Hanum, anak saudara seorang senator yang pulang bercuti.

Namun ketika menjalankan tugas itu, mereka dikejar oleh pelbagai pihak termasuk lanun angkasa, pemburu upahan dan anggota kerajaan yang korup. Rupa-rupanya Faridah Hanum bukan gadis biasa. Gadis itu menjadi buruan kerana mewarisi kalung Raja Bersiung, salah satu daripada ‘empat Pusaka Kemusnahan’. Kalung itu adalah kunci yang mengaktifkan tujuh armada di tujuh galaksi. Sesiapa yang memilikinya dapat menguasai alam semesta.

Arman dan rakan-rakannya berusaha sedaya upaya menyelamatkan Faridah Hanum.

Dari situ merka membongkar satu lagi rahsia umat manusia….

Baru aku perasan blurp di atas ada sedikit bersifat spoiler. Ya.

Ini adalah (jika ada rezeki) projek novel fiksyen-sains bersiri aku. aku sudah merancang jalan cerita untuk sekurang-kurangnya empat siri. Namun untuk siri pertama ini lebih bersifat stand alone. Mungkin tahun depan akan keluar siri kedua kalau tiada masalah seperti A - aku mampus, B - Perang dunia, C - Wabak yang mengakibatkan kemusnahan umat manusia, D - hari kiamat, E - PTS bankrup, F - buku ini kena ban, G - Aku jadi pelakon dan berpindah ke Hollywood, H -  Aku bercinta dengan Elyana dan kami berdua lari ke Oman untuk membina hidup baru sebagai pasangan suami isteri yang bahagia seterusnya mempunyai dua orang anak comel serta rumah dengan pagar dan seekor kucing.

Sekian terima kasih.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses

  1. Cayalah. Tak sabar aku nak baca!

  2. “F - buku ini kena ban”
    Aaaahahahaha!

  3. again, syabas… :smile: !!!

  4. Peliklah kalau buku ni kena ban, sebab PTS dah check dulu. :lol:

    Minta satu edisi autograf Opera Angkasa. Nanti aku balas dengan satu edisi autograf Sayap Kristal pula. Haha. :twisted:

  5. nnt nak satu novel ni…

  6. hidup sci fi islami! muahaha

  7. Ted - ya, tak sabar juga baca novel anda. Huhu.

    Kangaq - hahaha

    Firdaus - Memang pelik pun sebab tak ada apa-apa dalam ini buku. Ya, nanti aku kasi.

    Mardhiah - aku post komen K-eight kau kat blog sol-jah.

    Ainin - Hikhik.

  8. kau pasti tajuknya ‘OPERA ANGKASA’ — HAHA!

  9. 9
    ryan razlan  
    Monday, 21. January 2008

    bro,

    kalau novel nie diangkat ke layar perak,lagu yg sesuai dilatarbelakangkan adalah “Opera Hidup” by Wings..

  10. Blurp tu memang sedikit spoiler, tapi ada twist lain yang cukup untuk cover spoiler tuh! :D

  11. :roll:
    Saya pening. Nak pilih ted, razi atau arman.

    Tiga lelaki yang mencerminkan Melayu.

  12. Sudah dibeli dan habis dibaca. Bijas sekali!!!

  1. [...] [diambil dari blog penulis OA] [...]

Leave a Reply