SPAM
Spam adalah antara ciptaan dunia internet yang paling bangsat sekali. Spam boleh menyerang dalam banyak cara. Mungkin saudara Mystic lebih arif akan hal ini.
Blog juga tidak terlepas dari serangan bangsat-bangsat ini. Maka banyak cara digubah untuk memastikan anak-anak iblis ini tidak terlepas masuk ke dalam ruang komen atau ruang chat sesebuah blog.
Kadang-kala aku sendiri terhibur melihat spam yang datang bergolek. Mereka tidak pernah putus asa untuk menggoda keturunan Adam (dan Hawa, sudah tentu, jangan bawa kad generisma anda di sini).
Tapi spam yang baru masuk dalam kotak penapis pada hari ini membuatkan aku kagum, betapa usaha anak-anak iblis ini tidak pernah kenal jemu.
Ini adalah mesej spam tersebut:
wuzzup buddy? lama tak nampak posting ko kat sini.. aku dah bookmark website ko nih.. kalo ada apa2 updates inform la kat aku eh?
Dari:term life insurance
IP: 218.111.168.139
Baiklah, aku andaikan mesej di atas spam berdasarkan pemberi mesej yang aku tidak pasti siapa dan website yang ditulis membawa aku kepada satu laman web insurans.
Kalau si penghantar mesej itu memang manusia (aku kenal atau pembaca blog aku), maafkanlah.
Tapi ia jadi pengajaran kepada kamu, silalah beri nama sebenar atau nama samaran yang lebih menyakinkan.
Aight!
Nota: Bandwith laman web ini akan ‘menuju puncak’ dalam sehari dua lagi. Harap maaf. Bukan salah aku kerana terlalu popular. Buat gadis-gadis pemuja aku, sila kumpul rindu kalian dan kita jumpa lagi bila masalah bandwith ini selesai.
This entry was posted on Wednesday, July 18th, 2007 at 8:46 pm and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


